Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Cara periksa dan tuntut semula wang yang tidak dituntut secara online.
Bayangkan anda sebenarnya mempunyai wang diluar sana yang anda sendiri pun tak tahu kewujudannya.
Mungkin datang daripada baki akaun bank sudah lama anda tak gunakan, claim insuran, akaun bisnes yang dah lama tutup dan sebagainya.
Dalam post ini kami ceritakan bagaimana nak periksa jika anda mempunyai wang yang tidak dituntut.
Dan jika ada, bagaimana nak tuntut semula wang tersebut.
Semuanya secara online sahaja.
Sebelum itu, kita lihat secara ringkas dahulu:
(atau kalau nak cepat, skip terus ke bahagian cara periksa dan claim, senang cerita)
Apa itu wang yang tidak dituntut?
Menurut definisi daripada kerajaan Malaysia, wang tidak dituntut datangnya dari 3 kategori iaitu:
1 Wang yang perlu dibayar secara sah kepada pemilik tetapi masih belum dibayar.
Contohnya seperti:
- Gaji, upah, bonus dan wang lain untuk pekerja / orang berkerja.
- Keuntungan yang telah disahkan dan perlu dibahagikan.
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan.
- draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa dan telah expired.
- Simpanan tetap (fix deposit) yang telah matang.
- Cagaran atau deposit.
- Penghutang / peminjam yang terlebih bayar.
2 Wang yang disimpan dalam satu-satu akaun tetapi tidak dikendalikan / dibiarkan oleh empunya dalam masa melebihi 7 tahun.
Contohnya seperti:
- Akaun simpanan (Saving account)
- Akaun semasa (Current account)
- Simpanan tetap (fix deposit)
3 Wang yang telah dimasukkan dalam sesuatu akaun dagangan (trade account) tetapi tidak dikendalikan atau digunakan dalam apa-apa urusniaga dalam tempoh masa 2 tahun.
Contohnya seperti:
- Akaun pemiutang dagangan
- Akaun penghutang dagangan dengan berbaki kredit (terlebih bayar)
Cara periksa & tuntut semula wang jika wujud
Diringkaskan cara untuk periksa dan tuntut semula wang adalah seperti berikut:
- Daftar akaun di portal eGUMIS
- Cari rekod menggunakan nombor IC
- Lengkapkan butir-butir penerima
- Muatnaik dokumen berkaitan
- Tunggu bayaran masuk
Teruskan membaca untuk maklumat lengkap setiap langkah diatas.
Nota: Selain diri anda sendiri, anda boleh periksa rekod untuk orang lain. Hanya perlukan nombor IC.
1 Daftar akaun di portal eGUMIS
Pertama sekali, lawati halaman portal eGUMIS dan daftar akaun.
eGUMIS adalah portal dekat laman Jabatan Akauntan Negara yang diwujudkan untuk tujuan ini.
Pada halaman utama, klik pada pautan ‘pendaftaran’ yang terletak di bahagian atas, penjuru kanan.
Kemudian lengkapkan butiran yang diperlukan.
Lepas login masuk, anda kena lengkapkan butiran lanjut dalam bahagian profile.
2 Cari rekod menggunakan nombor IC
Seterusnya anda akan disapa oleh paparan ringkasan (dashboard) seperti berikut:
Pada bahagian atas, terdapat butang besar berwarna ungu bertulis ‘Klik sini untuk carian wang tak dituntut’.
Klik pada butang tersebut untuk periksa rekod anda.
Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan (tanpa tanda sengkang).
Hanya 2 carian sehari sahaja dibenarkan, oleh itu jangan salah masuk nombor kad pengenalan.
Keputusan carian akan keluar dalam ruangan yang disediakan.
Jika rekod wang tak dituntut anda keluar, boleh teruskan untuk claim wang tersebut.
3 Lengkapkan butir-butir penerima
Dalam rekod yang keluar tadi, klik pada butang ‘Proceed to application’.
Lihat pada bahagian ‘Payee Details’ pada bahagian bawah sekali.
Pada sebelah kanan bahagian tersebut, terdapat pautan ‘Add Payee’.
Klik butang tersebut untuk masukkan butir-butir lengkap anda dan bank anda. Bila siap, jangan lupa klik pada butang ‘save’.
Teruskan ke bahagian tertentu dengan menekan butang ‘Next’.
4 Muatnaik dokumen berkaitan
Bergantung pada kategori wang yang dituntut tersebut, anda akan diminta untuk memuatnaik dokumen yang berkaitan.
Yang pastinya 2 jenis dokumen ini anda pasti kena sediakan:
- Salinan kad pengenalan atau jenis dokumen pengenalan diri lain
- Salinan penyata bank yang dipilih
Muat naik kesemua dokumen yang diperlukan.
Setelah siap, paparan ‘rekod telah berjaya dihantar’ akan muncul.
5 Tunggu bayaran masuk
Siap kesemua proses diatas, selanjutnya anda hanya perlu tunggu tuntutan wang tersebut masuk ke dalam bank yang anda pilih.
Kebiasaaanya, proses tuntutan ini akan selesai dalam masa 30 hari bekerja daripada tarikh anda kemukakan tuntutan.
Jika terdapat sebarang masalah, contohnya dokumen tidak lengkap, tidak diterima, anda akan mendapat makluman daripada eGUMIS melalui email atau cara perhubungan yang anda pilih.
Untuk lebih pasti, anda boleh login dari masa ke semasa untuk melihat status tuntutan anda dalam portal eGUMIS pada bahagian dashboard (ringkasan).
Semoga post ini bermanfaat untuk kegunaan bersama.
Kongsikan, terdapat berbilion wang rakyat Malaysia yang tidak dituntut. Kalau lebih masa akan ‘dilupuskan’ oleh kerajaan dan digunakan untuk tujuan ‘pembangunan’.
Leave a Reply