Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Nak aktifkan membership anda? Kena bayar $20 + $30 😂
Berita baik!
JAAL sudah meng-update laman mereka.
Kini tampil lebih cantik dan menawan:
Paparan-paparan yang disediakan bila anda login juga semakin canggih.
(Walaupun masih terdapat kepincangan sana dan sini)
Berita tak baik?
Janji manis jadi member FREE dan potensi dapat USD1,000 tidak ditunaikan… 😂
Nak jadi member kena bayar…
Jika anda ada terbaca post terdahulu berkenaan JAA Lifestyle review ini anda pasti faham.
Dalam banyak-banyak komen dalam post tersebut ada seorang Bro bertanya:
Ok Bro, no problem.
Mari kita lihat update-updatenya:
Update terbaru JAA Lifestyle
- Menjadi semakin perahsia
- Account status Inactive!
- The KYC Specialist
- Kena bayar, bayar dan bayar
Dalam post ini kita singkatkan JAA Lifestyle kepada JAAL.
1. Menjadi semakin perahsia
Berikut merupakan paparan laman web JAAL untuk yang bukan member:
Selain daripada apa yang diperlihatkan dalam paparan utama ini, semua menu atau butang akan membawa anda ke ruangan untuk mendaftar:
Sebelum ini, masih banyak maklumat yang anda boleh lihat contohnya page about us dan sebagainya.
Pada bahagian bawah laman, terdapat pautan untuk term of service, refund policy dan sebagainya.
Tapi pautan-pautan tersebut masih tak berfungsi.
Tak pasti sama ada masih belum siap atau memang tak ada.
Patut jangan push update kalau belum siap…
Kesimpulannya untuk nak maklumat lebih kena daftar dulu.
Tak ada banyak yang boleh dilihat pada bahagian luar laman ini.
Kita cuba login masuk.
2. Account status Inactive!
Untuk tujuan review, saya ada mendaftar akaun palsu.
Kita cuba bagi john87 login masuk.
Paparan pertama selepas login:
Semakin canggih nampaknya panel member ini.
Potential income, share, value share, commissions…
Sebentar, kenapa status member Bro John Monster Inactive?
Dimana silapnya?
Cuba tekan butang Activate dekat sebelah:
Paparan berikut muncul:
Apa maksudnya semua ini?
Kena bayar untuk jadi ahli?
(Tapi sebelum ni kata jadi member free, tak bayar apa-apa…)
Saya balik semula ke paparan member tadi, sebab dekat atas juga ada satu lagi benda berwarna merah.
3. The KYC Specialist
Dekat atas dia kata ‘akaun not verifed’, link ‘KYC’ ready:
Seingat saya sewaktu buat review dahulu, dia memang ada mention pasal proses verifikasi.
Mungkin ini yang dimaksudkan olehnya.
Tak ada masalah, cuba kita tengok link KYC ini.
Bila klik dekat link tersebut, paparan ini muncul:
Diringkaskan katanya:
Untuk proses verifikasi anda kena bayar USD20.
Siapa KYC ini?
Bila saya klik dekat butang ‘Proceed to the kyc‘, paparan laman baru seperti berikut muncul:
Wow, cepatnya nak mintak duit.
Sebelum tu, saya nak mention satu perkara penting:
Jangan sesekali percaya payment gateway yang tidak secure
Dalam paparan payment tadi url dekat atas bagi lihat:
Yang bermaksud page tersebut tidak mempunyai ssl.
Terutama sekali transaksi kad yang meminta anda masukkan no kad dan no cvv.
Orang boleh pintas maklumat yang anda hantar.
Ok, kita sambung sambung semula.
Siapa KYC ini?
Dekat paparan sebelum kad kredit tadi dia ada bagi maklumat berkenaan laman web KYC iaitu: Emerger.law.
Kita boleh cuba lihat siapa KYC daripada url tersebut.
Berikut merupakan laman web KYC:
Berapa lama syarikat ini sudah beroperasi?
Bila kita periksa guna ‘Waybackmachine‘ rekod menunjukkan syarikat ini MUNGKIN baru sahaja ditubuhkan.
Mungkin selepas JAAL.
Sebab kalau syarikat @ laman web ini sudah lama, mustahil tak ada rekod imbasan dekat ‘Waybackmachine’.
Kenapa JAAL nak guna syarikat baru?
Kenapa tak guna sahaja syarikat yang sedia ada yang kredibilitinya lebih tinggi?
Mungkinkah?
Diringkaskan, untuk verifikasi anda kena bayar USD20 dan cara bayaran hanya melalui kad.
(USD20 bersamaan dengan RM85 mengikut pertukaran matawang semasa).
Dan yang paling nyata kelihatan sekarang adalah:
4. Bayar, bayar dan bayar.
Mahu dapatkan $1,000?
Kena bayar dahulu untuk verification $20.
Nak sertai program tengok iklan untuk dapat iklan?
Kena bayar dahulu untuk verification $20.
Nak aktifkan sistem bonus untuk dapat komisen daripada orang bawahan?
Juga kena bayar proses verifikasi $20.
Lepas tu kena beli activation package $30.
Kemana daftar free yang dinyatakan JAAL suatu ketika dahulu?
Tuan dan puan sekalian,
Pelaburan seperti ini sangat tinggi risikonya.
Hanya sesuai bagi yang suka menderma dan gemarkan risiko.
Yang pastinya pemilik JAAL ini pasti sedang bergembira.
Leave a Reply