Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Jangan mudah terpedaya dengan teknik phishing di Facebook.
Phishing adalah teknik yang digunakan oleh scammer untuk mendapatkan maklumat peribadi dan sensitif daripada anda dengan cara menyamar menjadi pihak tertentu.
Maklumat ini akan digunakan oleh scammer untuk tujuan mengambil alih akaun, memeras ugut, menyamar menjadi anda dan berbagai macam lagi.
Dalam post ini kita lihat bagaimana teknik phishing di Facebook dan cara untuk kenal pasti phishing tersebut.
Teknik phishing di facebook
Baru-baru ini, notifikasi seperti ini muncul dalam page Facebook:
Bila saya klik pada notifikasi tersebut, paparan penuh keluar:
Link yang diberikan dalam paparan tersebut membawa pengguna ke paparan seperti berikut:
Dan seterusnya paparan seperti ini:
Ini adalah salah satu teknik phishing yang digunakan oleh scammer di Facebook. Jangan terpedaya dan memberikan maklumat anda dengan mudah.
Bagaimana cara kenal pasti teknik phishing di Facebook?
Berikut beberapa cara untuk anda kenal teknik phishing di Facebook:
1. Meminta maklumat seperti username, password dan maklumat sensitif lain.
Facebook tidak akan meminta maklumat sensitif seperti ini. Maklumat berkenaan dengan akaun sudah adalah dalam rekod mereka.
2. url yang digunakan berbeza dan bukan url facebook
Lihat pada ruangan url address page tersebut. Jika ia bukan url facebook itu adalah scam:
3. Memberikan ‘ancaman’ agar anda cepat bertindak
Biasanya teknik phishing akan memberikan bentuk ancaman yang mana meminta anda untuk segera membuat tindakan dalam satu masa tertentu.
4. Kesalahan ejaan atau bentuk ayat yang pelik
Selalunya terdapat kesalahan ejaan dan bentuk susunan ayat yang ada juga tidak normal. Lebih-lebih lagi jika dibuat oleh para scammer yang bukan menggunakan bahasa tersebut.
5. Halaman yang dipaparkan tidak berfungsi sepenuhnya
Selain daripada ruangan yang meminta maklumat daripada anda, apa-apa butang atau pautan lain yang ada dalam halaman tersebut tidak berfungsi.
6. Pemberitahuan / notifikasi datang dengan cara yang tidak relevan
Dalam contoh diatas, pemberitahuan datang dengan cara scammer ‘rekomen’ atau ‘review’ page anda. Kena pastikan dengan teliti.
Yang mana fungsi tersebut adalah untuk page review.
Dan jika saya klik pada nama ‘Technical Suports Pager’, ia sebenarnya adalah ‘Facebook Page’.
Kemungkinan juga page ini telah dicuri melalui teknik phishing yang sama dan digunakan sebagai ‘kambing hitam’ atau ‘hub’ untuk melakukan kegiatan phishing ini.
Kepada semua pengguna, sila berhati-hati dengan teknik phishing di facebook.
Jika anda terima sebarang notifikasi, warning atau msg yang meragukan, jangan terus percaya. Periksa dengan teliti terlebih dahulu.
Sebarkan info ini terutama untuk golongan pengguna facebook yang berumur atau yang kurang peka terhadap teknik scam yang berleluasa di dunia online.
Leave a Reply