Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
JAA Lifestyle bagi percuma 1000USD. Benar atau palsu? Scam?
Adakah ini satu penipuan?
Disaat berjuang melawan Covid-19, netizen di Malaysia dikejutkan lagi dengan satu tawaran lumayan.
Daftar jadi ahli JAA Lifestyle dan anda akan terima bonus sebanyak USD 1000.
Sangat murah hati syarikat ini.
Jarang ada syarikat yang murah hati boleh bagi 1000 USD, bukan untuk seorang dua, tapi semua ahli akan dibayar.
Bromoden sangat tertarik dengan tawaran ini.
So, kami mengambil keputusan untuk buat kajian dengan lebih mendalam.
Adakah syarikat ini benar-benar sah?
Atau lagi satu variasi taktik scam?
Topik yang kita akan bawa:
JAA lifestyle: Benar atau scam?
- Apa itu JAA Lifestyle?
- Siapa pemilik JAA Lifestyle?
- Apa yang ditawarkan oleh JAA Lifestyle?
- Apakah perniagaan yang dijalankan oleh JAA Lifestyle?
- Adakah JAA Lifestyle boleh dipercayai?
- Kesimpulan: Benar atau Scam?
Lepas baca review ini, baca juga: Update Terbaru JAA Lifestyle! Mana Free nya?
Teruskan membaca.
Apa itu JAA Lifestyle?
Berikut merupakan rupa bentuk laman utama website JAA lifestyle:
Komen pertama yang muncul:
Jika JAA lifestyle serius dengan bisnes mereka, sepatutnya perbaiki sedikit rekabentuk laman ini.
Nampak sangat dibuat oleh amatur.
Kotak-kotak breaking news tu nampak sangat main letak sahaja.
(Mungkin nak jimat kos. Tapi kata sanggup bayar 1000USD)
Menurut pengenalan yang diberikan dalam laman mereka;
JAA Lifestyle enables its global community members to share our mission of financial freedom by dynamically engaging through JAA Lifestyle’s cooperative affiliate business model. This model cultivates sustainable passive income streams and opportunities to build generational wealth for its community members.
JAA Lifestyle was formed to provide every person with the opportunity to create financial freedom while living an amazing lifestyle.
Jika diringkaskan katanya:
JAA lifestyle adalah syarikat yang menjalankan bisnes bermodelkan affiliate. Misinya nak mencapai kebebasan dari segi kewangan bersama-sama dengan ahlinya (anda yang mendaftar). Pendeknya nak jadi kaya tapi tak perlu nak bersusah paya – pasif income.
Bila dibaca dengan lebih teliti, infomasi yang diberikan dalam laman mereka agak bercampur aduk.
Mereka nyatakan akan ada:
- JAA Clubs seluruh dunia khas untuk member
- JAA Car Clubs – Harga member USD5,000?
- JAA VIP Membership – Harga member USD10,000?
- Juga akan ada pelbagai majalah? Lifestyle, kapal terbang, barang mewah…
Siapa pemilik JAA Lifestyle?
Jika kita nak jadi ahli mana-mana group, kita mesti ambil tahu siapa pemiliknya.
Atau sekurang-kurangnya tahu siapa pihak pengurusan, siapa dekat atas.
Di bahagian ‘About us yang tersedia dalam laman JAA Lifestyle tidak ada dinyatakan siapa pemilik atau orang yang terlibat dengan syarikat ini.
Agak sedikit meragukan.
Mereka cuma cerita pasal nak bagi ahli-ahlinya jadi kaya dan raya.
Sepatutnya untuk yakinkan orang, mereka kenalah perkenalkan diri.
Kita ambil contoh syarikat lain (yang sah), contohnya ‘Involve Asia’.
Mereka juga syarikat bermodelkan pemasaran, platform affiliate.
Mereka dengan yakin mempamerkan siapa empunya syarikat dalam laman mereka:
Terdapat infomasi yang menyatakan JAA Lifestyle mungkin berasal daripada Hongkong.
Dalam bahagian term of service mereka, JAA lifestyle Term of Services, bahagian no 28 Notices, menyatakan:
All legal notices or demands to or upon jaalifestyle.com shall be made in writing and sent to jaalifestyle.com personally, by courier, certified mail, or facsimile to the following entity and address: Attn: Legal Department. jaalifestyle.com JAA Lifestyle, 8 Finance Street, Central, Hong Kong
Berdasarkan alamat tersebut mungkin pejabat JAA Lifestyle (jika wujud) terletak di sekitar sini:
Mungkin dalam bangunan ini?
Tapi bila diperiksa saya tak jumpa apa-apa rekod yang mengkaitkan syarikat ini wujud dalam bangunan ini.
(Mungkin pembuat laman mereka hanya copy dan paste ‘term of service’ dari mana-mana..)
Cara selanjutnya, kita cuba pula tengok butir-butir pendaftaran laman url domain JAA lifestyle ini.
Saya cuba gunakan khidmat ‘Who is‘ untuk lihat butir-butir pendaftaran untuk laman JAA Lifestyle.
Tapi nampaknya maklumat untuk url ‘jaalifestyle.com‘ dirahsiakan:
Belum habis lagi.
Jika laman jaalifestyle.com ini menjadi popular, pemilik pasti akan membeli nama domain yang sama dengan extension yang berbeza.
Contohnya jaalifestyle.org atau pun jaalifestyle.net.
Kerana takut nama tersebut dibeli orang lain.
Jika saya taipkan nama domain tersebut dan ia memberikan laman yang sama maksudnya pemiliknya juga adalah orang yang sama.
Dan, nampaknya tekaan saya betul.
jaalifestyle.net membawa saya ke laman yang sama – laman web JAA lifestyle.
Dan apabila saya periksa maklumat ‘Whois’ nya, maka terpaparlah maklumat seperti berikut:
Siapa ‘Shain Hymon‘?
Cuba bertanya dengan pak cik Google:
Saya cuba klik keputusan yang pertama iaitu ‘YouTube Channel‘.
Apa yang kita nampak?
JAA lifestyle muncul dalam senarai subscription Shain Hymon.
Diringkaskan fakta yang ada:
- jaalifestyle.net membawa kita ke laman web yang sama iaitu laman web JAA Lifestyle.
- jaalifestyle.net dimiliki oleh Shain Hymon
- Shain Hymon adalah subscriber untuk Youtube channel JAA Lifestyle
Shain Hymon mungkin adalah pemilik atau seseorang yang mempunyai kaitan dengan jaalifestyle.com.
Bila saya cuba melihat video yang diupload olehnya semuanya agak berkaitan dengan JAA Lifestyle.
Dia banyak berkata-kata berkenaan revolusi dalam dunia perniagaan.
(Mungkin orang ini sedang berusaha nak buat idea bisnes baru dan JAA adalah salah satu idea terbarunya?)
Apa yang ditawarkan oleh JAA Lifestyle?
Berdasarkan dari apa yang terkandung dalam mesej yang tular di media sosial, kita akan mendapat USD1000 apabila mendaftar menjadi ahli JAA Lifestyle.
Tak perlu bayar apa-apa, tetap akan dapat jumlah ini.
Untuk melihat lebih lanjut, saya kena mendaftar dengan JAA Lifestyle.
Saya gunakan butir-butir palsu, no telefon sementara dan juga email baru untuk tujuan mendaftar.
(Tidak ada satu pun yang berkaitan dengan diri saya)
Saya nak cari dan cuba faham berkenaan USD1000 tu.
Dalam bahagian News & Promo (hanya boleh dilihat oleh member) menyatakan:
Register for Free NOW and Receive up to $1,000 without any work
Maknanya, kalau register nanti kena bayar?
Berikut dinyatakan faedah jika menjadi member JAA Lifestyle:
So, maknanya bukan JAA yang bayar USD1000 tu…
Tapi partner mereka…
Bonus tu katanya akan dibayar bermula dari Oktober 2020 atau sejurus selepas jumlah member mencapai 10 juta orang.
Berikut merupakan langkah-langkah yang dinyatakan untuk mendapat bonus USD1000 tersebut:
LANGKAH 1: Selepas sampai jumlah member 10 juta tu, setiap ahli kena lalui sistem verifikasi yang mana dilakukan oleh pihak ketiga.
Maknanya, butir-butir peribadi anda akan diminta.
LANGKAH 2: Lepas proses verifikasi, kena install apps dalam smartphone. Sekali lagi mereka nyatakan sini, bonus anda bukan mereka yang bayar tetapi partner mereka.
Apps yang disuruh install tadi tujuannya untuk kita tengok ads (iklan).
Kemudian anda akan dibayar berdasarkan ads yang anda tengok.
Maknanya, kita ini disuruh jadi member untuk tengok ads partner mereka lah ya?
Maksudnya USD1000 tadi bukanlah terus di bayar dalam jumlah 1000, tetapi ikut jumlah terkumpul hasil daripada ads yang kita tengok.
Maknanya iklan USD1,000 tu tak betul…
Iklan USD1,000 tu digunakan untuk tarik orang masuk daftar.
Mungkin ada potensi untuk dapatkan 1000, jika rangkaian dibawah anda luas. Seperti konsep MLM.
Selain itu JAA Lifestyle juga tawarkan apa yang mereka panggil sebagai ‘Future Share‘ atau FS.
Katanya, nanti bila syarikat JAA Lifestyle berjaya untuk disenaraikan dalam senarai saham, FS itu adalah saham anda dalam syarikat.
Bila anda daftar mereka akan bagi $50 FS.
Kemudian bila anda berjaya bawa orang daftar dibawah anda bonus FS juga akan diberikan.
(Semakin kedengaran seperti MLM).
Berikut diringkaskan apakah yang ditawarkan jika anda daftar dengan JAA lifestyle ini:
- Daftar percuma dan anda berpotensi mendapat bonus sehingga USD1000 setahun.
- Bukan daftar terus dapat, kena kumpul dari 0. USD1,000 adalah jumlah yang mungkin anda boleh dapat.
- Bonus tersebut anda perolehi daripada melihat iklan (ads) daripada app yang disediakan oleh partner mereka
- Kadar bonus menjadi semakin besar jika terdapat banyak ahli dibawah anda (mendaftar atas rujukan anda)
- Sistem ini hanya akan bermula selepas Oktober 2020, atau sejurus selepas JAA Lifestyle mendapat 10 juta ahli.
- Bila daftar juga anda akan diberikan FS (future share) sebanyak USD50.
- FS ini akan bertukar menjadi saham anda jika JAA Lifestyle berjaya disenaraikan dalam perdagangan saham.
- Anda juga akan mendapat bonus FS untuk setiap ahli yang didaftarkan dibawah anda.
Apakah perniagaan yang dijalankan oleh JAA Lifestyle?
Apa sebenarnya perniagaan yang dijalankan oleh JAA Lifestyle ini?
Apa yang saya faham melalui laman webnya, produk JAA Lifestyle mungkin adalah:
- Ahlinya (Setiap orang yang mendaftar)
- Keahlian kelab
- Lifestyle Package
- 10 jenis majalah lifestyle
Setiap ahli (member), sesiapa yang mendaftar dengan JAA Lifestyle mungkin akan menjadi sebahagian daripada produk syarikat ini.
Anda akan ‘dijual sebagai produk’ kepada mana-mana partner JAA pada masa akan datang untuk melihat ads.
Dimana anda akan dijanjikan bonus untuk setiap ads yang anda lihat.
Selain itu syarikat ini juga menjual keahlian kelab sebagai produk.
Terdapat 3 jenis kelab: JAA Clubs World Wide, JAA Car Club, JAA VIP Membership yang mana berharga daripada $5,000 ke $10,000.
Lifestyle Package adalah produk untuk ahli yang sebelum ini mendaftar secara percuma.
(Untuk sesiapa yang telah mendaftar setelah melihat tawaran USD1000 itu..)
Package ini akan mengaktifkan keahlian daripada free member kepada ahli JAA Clubs World Wide.
Untuk produk ini, ia menggunakan sistem MLM (multi level marketing).
Anda beli package ini, kemudian bila ahli bawa anda beli package yang sama anda akan mendapat bonus komisen.
Dan produk yang terakhir adalah majalah lifestyle.
JAA nyatakan bahawa mereka akan terbitkan 10 majalah setiap bulan untuk bagi tips pada anda bagaimana nak menjalani hidup yang penuh dengan lifestyle…
Adakah JAA Lifestyle boleh dipercayai?
Pertama sekali, bila kita nak putuskan nak percaya atau tidak, kita kena kaji dahulu latar belakang syarikat.
Oleh kerana JAA Lifestyle ini kelihatan masih baru, belum ada review atau testimoni semasa, kita lihat latar belakang pemiliknya.
Latar belakang ‘Shain Hymon’, pemilik JAA Lifestyle
Shain Hymon kemungkinan besar merupakan pemilik JAA.
Setakat ini hanya Shain Hymon yang mempunyai bukti yang berkait rapat dengan JAA Lifestyle.
Siapa Shain Hymon?
Ini gambar beliau:
Apakah sejarah masa lampau beliau?
Sebelum JAA Lifestyle, beliau memiliki satu lagi syarikat yang dipanggil LMG – Lifestyle Marketing Group
Konsep LMG ini hampir sama dengan JAA Lifestyle.
Jual keahlian dan sistem MLM.
Sebelum ini juga beliau pernah menyertai program ‘The Perfect Solution’ (TPS) pada tahun 2016.
Program TPS ini juga berkonsepkan MLM.
Hampir semua sejarah bisnes beliau berkonsepkan MLM.
Balik kepada soalan utama kita:
Boleh percaya tak JAA Lifestyle ini?
Jika anda jenis yang pandai nak cari dan yakinkan orang, mungkin anda boleh cuba ‘Percaya’ Syarikat ini.
Anda mungkin boleh mendapatkan income yang agak lumayan jika berjaya menarik ahli masuk dan membina satu pasukan yang besar.
Pendapat saya, lebih baik hindarkan diri daripada bisnes jenis ini.
Kerana:
Pertama, untuk benar-benar berjaya mendapatkan income yang lumayan anda perlu mengeluarkan duit/belanja.
Ahli-ahli anda juga kena lakukan yang sama.
Bayar untuk dapat duit.
Duit yang dipungut dari ahli dekat bawah diagih-agihkan dekat upline.
Jangan terpedaya dengan USD1000 tu.
Susah untuk anda untuk kumpul USD1000 tersebut dengan hanya tengok iklan.
Melainkan team dibawah anda sangat-sangat besar.
Kedua, Terdapat besar risiko bisnes seperti ini akan hilang bila-bila masa sahaja.
Bila syarikat ambil keputusan untuk gulung tikar kerana tak dapat sambutan, atau atas sebab-sebab undang-undang, bersama-sama anda digulung sekali.
Biasanya jenis yang seperti ini (MLM), yang untung adalah pemiliknya dan juga oran-orang yang terawal join.
Ketiga, syarikat ini meminta data peribadi anda.
Kita tak mahu bagi data peribadi kita dengan sambil lewa.
Terutama sekali pada pihak yang latar belakangnya agak meragukan.
Seperti JAA Lifestyle ini, dia tak perkenalkan dengan jelas siapakah sebenarnya mereka.
Data peribadi anda boleh disalahgunakan, contohnya untuk memohon kad kredit, untuk tujuan penyamaran, untuk tujuan sabotaj dan sebagainya.
(Tapi angkara USD1000 banyak orang tak kisah tentang data peribadi ini…)
Kesimpulannya, Benar atau Scam?
Besar kemungkinan syarikat ini bukan scam.
Mereka ada tawarkan produk dan servis, yang mana boleh menjadikan mereka syarikat sah – syarikat MLM yang sah dari segi undang-undang.
Dan tak ada testimoni atau aduan tipu scam yang boleh dikaitkan dengan empunya syarikat ini, Shain Hymon.
Ia kelihatan seperti scam kerana mereka tak jelaskan dengan betul apa itu bonus USD1000 dan juga tak ada maklumat tentang pemilik yang dipaparkan.
Akan tetapi pada pendapat saya lebih baik jauhkan diri daripada bisnes seperti ini atas sebab sebab yang saya nyatakan diatas.
Dan lagi satu, mesej WhatsApp yang tular ini tak betul:
TIDAK ADA FREE USD1,000.
Jumlah tersebut adalah jumlah terkumpul yang mungkin anda akan dapat selepas setahun melihat iklan-iklan.
Oleh itu, jika anda nak promosi jangan guna kenyataan seperti berikut.
Nampak sangat seperti scammer.
Adam says
Sy terdaftr tp xmasuk ic dgn no fon pom.. cuma dftr email shja.. adakah Masih selamat email sy?
Bro J. Jack says
Selamat… Cuma terdapat kemungkinan mereka akan hantar berbagai macam benda ke email tuan.
Erien says
Scam ker jaa nie …da terdaftar tp bg nama palsu tp email jer betul?? Hurmm mcm mana??
Bro J. Jack says
Kalau setakat email mungkin tak ada masalah… cuma mungkin akan datanglah nanti berbagai email masuk inbox.. Kalau tak silap saya email tu boleh edit..cuba login masuk kemudian ubah maklumat diri yang telah didaftarkan.
AZIE says
Saya dah daftar JAA..selepas ni Syt wujudkan kyc utk pastikan ahli adalah benar dan bukan fake.Bayangkan kalau semua fake .Syt mungkin rugi dan tidaklah wujud lg company JAA.Satu lg saya ada maklumat ttg alamat JAA life yg saya cari.Saya tak pasti samada boleh dipercayai atau tidak maklumat tu..10 corporate drive, birlington.us no tel .+1.6027165339
Pau says
Bodohnya yang percaya.
aher says
di malaysia ramai jaa lifestiyle, di indonesia juga banyak orang yang tawarkan syarikat itu untuk gabung.
users says
Semua tu sama macam fingo dulu ramai cakap fingo tu scam. Fingo tu menipu x byr duit ambik maklumat peribadi mcm2 lg. Banyak yg x percaya dgn fingo. byk yg cakap mna ada syarikat bagi duit cuma dgn cari org sja daftar fingo free x keluar modal tp dpt duit. Bila fingo dh popular ramai yg masuk. Sampai sngup keluar duit sampai rm199. Sebab nk langan pakej fingo tu. Sama juga jaa lifestyle ni syarikat bru nk up. Sama macam fingo dulu. Apa-apapun kita lihat sja mungkin jaa lifestyle ni betul. Mungkin juga scam.
Pau says
Bodohnya
Ajai Remli says
Iye.. mmg mcm fingo.. tapi fingo dulu alamat ny wujud.. cuma org je x percaya.. JAA ni ada 3 alamat, kesemua ny x wujup.. ada yg kat dalam laut. Bgunan JAA kat dlam laut.. xke mnyusahkan org.. pecah habis boat2 kapal2 org nak lalu..
Pastu jaa tukar pulak alamat.. pergi washington.. dah hutan belantara pulak dah.. bila dah kecoh dia tukar pulak kat london..
Tengok kat maps..itu semua bagunan sekolah perniagaan.. school of bussines..
Bila cek pada pihak ketiga dia.. Emerger.law.. kata ny d Dubai..
Pakai PO box susah org nak cari alamat..
Tp dia bodoh.. cuba taip kat google PO Box in Dubai..
Ada 1 website dubai yg menyatakan list segala nama penyewa di Dubai.. pilih bandar Sharjah.. xde pun nama emerger.law..
Bawah aku duk ada 640 org.. dari malaysia sampai ke indonesia group aku duk ada..
Kalau nak berharap.. aku lagi mengharap kan JAA ni d landasan yg betul .
Angan2 syurga je bro..
Puuuuiiihhhhh….!!!!!
Semoga JAA bisa merubah kan dan merealisasi kan impian kita..
Kluar apps betul2..
Dari bayar duit dollar nak bayar duit euro pulak..
Mentang lah euro jatuh teruk..
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
azri says
bagaimana sy untuk delete acc jaa yg telah didaftarkan itu?
Bro J. Jack says
Saya tak jumpa lagi cara nak delete acc. Cuma akaun tu boleh edit. Cuba login acc, kemudian edit butir2. Yang benar tu palsukan…
RasMuhammad says
Tak boleh nak edit email..dah lah pakai email betul 😭😭
Marqkey says
I wan’t
Bro J. Jack says
NO..you dont want to invove in this type of business…
Bejo says
Apakah ini benar adanya,data sy utk regist hanya nama lengkap dan email.apa masih aman.
Harapan sy smg bukan scamer .
Krn sdh sampai ke Indonesia .
Bro J. Jack says
Harap bukan scam. Kalau nak ubah data, cuba login dan ubah. Data benar palsukan…termasuk email..
Eza says
Terima ksih infonya, tp sy pnya satu prmintaan, boleh tolong kaji sedikit psal web ni ? (imvideon.space) Trima ksih dan maaf mnyusahkan tuan.
B. L. Joseph says
Sama-sama.. Saudari boleh lihat reviewnya sini imvideon.space review. Tiak menyusahkan, ini kebaikkan bersama..
Azack says
Pendapat sy laa.. Benda free try je lah.. Klu scam pun xde rugi ape pun.. Lg pun masa daftar xde minta nombo akaun pun..
Sy penah join MLM.. Bayau beratus, jenuh nk tarik kwn2 join.. Smua takut sbb kena pakai duit.. Bila kita sponser daftar berebut nk daftar siap kata “benda free” join je laa..
So, benda ni dah free.. Bedal je lah.. Klu scam pun se-sen pun tak rugi.. Klu bkn scam, anda juga yg dpt untung..
Apabila brader ni korek serba sedikit, yakin sy tu dr 50% jd 70%.. Nk jadikan 100% tu bila pokoknya berbuah..
Andai kata menjadi, sy belanja brader, istri & anak2 dinner di Sky Dinner.. Insya-Allah.. Syaratnya : kena kumpul dulu laa hasil dr program ni.. Ada duit, baru la boleh payung kembang.. Huhuhu.. 😅😅
Ajai Remli says
Free opah kamu.. yg kena bayar kyc tu menatang haram apa pulak..
Free atuk nenek lu lah yg belanja..
X habis manusia bodoh ni kat dunia..
Free ngan bayar pun xleh nak beza..
Bangun lah.. jangan bermimpi di siang hari bro…!!!
Bila mak suruh pergi sekolah tu lain kali pergi lah.. jangan lari sembunyi dalam reban ayam..
Kan dah bodoh xleh nak ajar..
Cerdik xleh nak tegur..
anggun says
sy baru je ditawarkan. sy ada buat research sikit berkenaan bisnes dia ni. bisnes yg mcm youtube gak kalau kita banyak tengok iklan affiliate dia banyaklah bonus kita dapat. tapi iklan tu iklan syarikat2 affilate dia berkenaan lifestyle yg kita kalau org tu suka shopping sukalah dia menyopping , klu suka melancong akan membooking la dia disalah satu pakej2 pelancongan yg ditawarkan. itu lah program pengiklanan dia. bermaksud syarikat affiliate byr dia untuk iklan tersebut rm mata wang US atau USD yg nilai besar lah dan agih keuntungan kepada ahli spt kita. Sy rasa begitulah bisnes modal dia.
so yg RM100 tu sy anggap sbg modal. mana2 bisnes kene mulakan dengan modal. lagi banyak kita kumpul team lagi banyaklah bonus kita dapat dari team kita yg sama2 membyar rm100 tu sama mcm kita.
HAZIQ FAIZAL BIN HUSAINI says
Macam mane dengan segala database diri kita yang ade dalam email .? X ke scammer boleh jual database kita .. sbb dekat luar negara n dlm negara ni pun dah byk kes jual database personal
Syed says
Saya tak ragu kajian anda dalam perihal begini.. namun kebenaran nya cerita anda itu masih belum dpt membuang niat peserta yg faham akan akad jalan cerita nya. Teknik pembayaran yang anda jelas kan amat teratur seolah2 anda telah pernah melalui nya dan menerima nya.. ape yg saya ingin jelaskan di sini.. tiap suatu usaha itu harus lah melalui percubaan.. percubaan yg saya maksud kan adalah.. akal yang di beri utk ber fikir dan membuat keputusan. Saya tidak sehebat mana dalam soal bisnes seperti ini.. yang jadi perkara ini di katakan scammer dan tidak logik dengan berpadu kan kena bayar itu adalah tidak benar.. ni saya jelaskan.. duit yg di kata kan terima us 1k itu adalah duit benar yg akan di cairkan.. dan setiap pembayaran yg di minta di bayar itu.. dtg nya dari duit yg di serah kan selepas pencairan.. di mana yg dikata kan harus bayar utk terima bonus yang JAA janji kan? Ade! Untuk yang daftar sebelum tamat tarikh pendaftaran. Memg saya akui tidak mudah utk senang jadi senang.. tapi yang senang adalah siapa yg berdaftar awal sebelum tamat tarikh luput penerimaan. Tak kemana pun duit poket saya.. tetap juga di dalam kantung seluar saya.. saya baca banyak komen2 yg menembak terus pada sesuatu usaha dan di namakan mencari jalan utk berusaha dalam kelansungan hidup yg penuh perih jerih ini.. maaf sekali lagi.. tidak semua MLM itu penjerat dalam dunia ni.. ade batas dan kompromi nya utk di guna kan akal dan hati yang di kekurnia kan Allah swt… InsyaAllah.. jika ini di Izin kan Allah.. kun fa ya kun.. jadi lah ia.. jika tidak di izinkan oleh nya.. pasti yang berakal dan berhati terang akan terus menungkal semua ini.. doa kan yg baik2 sahaja.. amiin
Fikry says
Bos,, pk la,, ada ke org nk bg duit free? Klau btol sekalipon xde bayaran 1000$ utk org yg join awl,, tu xbermakna benda ni btol la,, klau diorang scam? Duit kantong seluar mmg xkelua,, tp maklumat diri? Klau digunakan untuk tujuan scam? Xde isu ke? Fikir2 la,, melayu jgn layu,, bangsa lain gelak kan je kita ni,, x abes2 nk senang tanpa usaha,, xde bos benda free zaman sekarang ni… Masuk toilet pon kne bayar.. sedih mentaliti melayu mcm ni,, xabes abes diperbodohkn.. bangkit la..
Ajai Remli says
🤣🤣🤣🤣🤣🤣
” Akal yg di berikan untuk berfikir..? ”
Otak lu tu yg x betul agak ny.. akal lu yg x waras tu boss ku..
Siapa kata jaa x minta duit..? Kyc tu suruh bayar bukan pakai duit ke? B0d0h tu jangan di bawa2 boss ku.. nanti berjangkit pada org lain.
Simpan sikit b0d0h lu tu buat sedekah kat anak cucu…
Aishah says
Saya dah letak email betul. Dah try nk edit tapi x boleh. Nama dan no telfon je sy edit
arep says
tq for sharing
Muhammad Hafizi says
Saya baru daftar. Tapi saya tk cari org pon. Saya nak tngok lepas setahun dapat tk 1000usd tu. lepastu baru saya ikhtiar lain hahahaha. Tapi data yg diberikan tk lengkap. Maybe ada udang di sebalik mee. Tk masuk akal jugak kalau free dapat 1000usd hanya dngan tngok ads 10 minit kan.
Rachmad Ramadhany says
Semoga bukan scam
abie says
saudaraku itu sang penulis kan hanya persi dia , tapi kita juga harus melihat dari sisi upaya kan ujungnya namanya manusia sedang ikhtiar dan kalau berhasil ya bagus dan kita lihat niat baiknya lah , semoga cerita penulis itu sebatas hanya curiga curiga dan curiga alias tital negatif dan penjelasan bisa saya terima tapi lihat apa yang telah di lakukan untuk upaya kesejahteraan permasalahan mencapai angka $1000 itu tetap mengacu kepada usaha kita dari iklan dan jadi semuanya di lihat bagaemana kita memandang dan semoga saya upaya untuk menuju sejahtera bisa di kerjakan dengan baik dan saya saya yang memberikan penjelasan di atas yang begitu bagus dan buatlah yang sama dan saya ikut untuk mendukung setiap ujung nya untuk kebaikan manusia dan salam persaudaraan
Ajai Remli says
Ini lagi sorg b0d0h ny bertalu2..
Simpan sikit bodoh ko tu buat anak cucu ko..
Nak bersangka baik kejadah apa ny lagi..
Dari kata free dah mintak bayar kan.. alamat 3 tempat semua x wujub.. termasuk yg admin bagi dh jadi 4 tempat.. maka ny belajar biar jadi pandai.. jangan di bela kebodohan ko tu..
Nanti mati pun dlm kejahilan..
MUHAMAD AZLAN BIN MD SAAD says
Untuk makluman selepas apps jaa dilancarkan…akan ada yuran tahunan sebanyak usd20…selepas tu kena bagi gambar n ic…pendaftaran sekrg ni syarat je jd xperlu takut apa2…maklumat daftar percuma tu tipu pun ttap diluluskan…
ahmad says
saudara sudah menjadi ahli JAA ke? sy kebingungan
Erick says
Thanks bro.. 👍👍👍👍👍
khairi says
Daripada mula mendapat tawaran promosi tentang JAA lifestyle ni, Saya terus Tak terpengaruh dan percaya, saya buat kajian menyeluruh daripada Google hingga ke You Tube, Memang ramai orang yang dah terpengaruh dengan tawaran ini hampir di seluruh dunia.
Semua video menayangkan benda yang sama iaitu cara mendaftar dan juga klip kemewahan hidup jika setelah daftar, mengikuti dan berjaya melalui JAA lifestyle.
Pada laman web utama JAA lifestyle pula. hanya dipaparkan gambar rumah contoh yang dimuat turun dari Google dan video percutian yang telah diedit.
Senang cerita macam ni la…
Orang gila yang ada RM100 pun takkan bagi duit tu dengan percuma kerana dia tau itu benda berharga dan diperlukan.. Di waktu ekonomu dunia yang tengah kurang stabil sekarang, Dengan ramai yang muflis kehilangan pekerjaan, Muncul pula JAA lifestyle ni nak bagi duit cara senang dengan daftar percuma…. Satu kemusykilan…
Kemungkinan ada strategi digital yang ramai tidak tahu dan ada rancangan selanjutnya…
Terpulanglah.. Kalau sesiapa rasa nak kaya senang, teruskan. Ini ibarat satu perjudian.. Perjudian nasib dan masa… Dunia tanpa wang kertas… Dengan sistem kewangan yang tak nampak…
Amir says
Tq sir. saya dah cuba ubah data yg betul. tapi email tak boleh nak edit laa.. ada cara tak.. ayah saya dah terkena 😌. saya cuma nak betulkan keadaan. tq
Kurtubi says
My friend recommended me last week and I gave him email and real name, after that I seek some information about it and here I get the best answer for rejected this business. Thank you sir,
Syed says
Aku dh dftr msuk gmail dan no fone..adoiii
Bravo888 says
Cara daftar gmn pak
Pis says
Maklumat nama dan no tel boleh edit, tp email dia dah lock xbole ubah
Qustury says
T.q bro,
Saya rasalh, ini peluang bagus utk semua,krisi ekonomi dunia yg tgh down., jadi diorg nk upgred dgn kita-2 sekali joint dn sama-2 senang.., cuma JAA ini rahsia sikit, adakah bank dunia(google), menarik minta ramai org tercebur dlm peluang ini.., Renungan dn kajian…
Daman says
Menurut saya kita tetap daftar,agar supaya kita tahu kebenarannya, toh ini masih gratis, klo nantinya ada hal2 yg tdk benar yaa kita tinggalkan saja.
IZZUDIN YUSOF says
Thank you atas penjelasan tuan. Anat bermanfaat. Semoga kita tidak terlalu cepat mempercayai sesuatu tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Yulita says
You heard information from wrong person .. JAAL registered in London .. and you get 1000 euro per year ..not per month for work .. watching advertising that pay to company and us .. how do you think TV survive ..from advertising fee.. you just old fashion about media and advertising world bro
MAZLIN BIN MOHAMED NORDIN says
Mudahnya longlai..penulis ni pun berandaian je..jika dia letak email palsupun atau alamat antartika sana,bila melalui proses KYC,yg palsu akan dibatalkan penyertaan..jadilah seperti ikan di lautan..tak terpengaruh dengan persekitaran..belom ada sesenpun yg kena tipu dengan JAA..yg pasti sport toto,damacai terang2 ramai yang jadi papa,penulis ni takpun buat analisa..tu la bapak segala scam..
Irfan rifai says
Salam abang saya dari indonesia..
Betul sekali sekarang di indonesia juga sedang ramai membahas tentang JAA..
Tetapi rasa-rasanya aneh ya apabila segala sesuatu informasi tentang JAA itu juga disembunyikan dari maklumat umum..
Kemungkinan besar JAA hanyalah scam dan berniat mencuri data informasi pribadi bagi orang yang sudah mendaftarkan pada websitenya..
Wassalam bang
X Mangsa Ponzi scam says
Bagus Min..ajar kaji selidik sesuatu hal yg too good to be true.
Kepade semua yg lain.. Tak kiralah scam atau tidak. Tak perlu berharap duit jatuh dr langit je.. Usahalah dengan titik peluh sdiri.. Paling koman pon cuba buat youtube channel atau belajar berniaga online.. Ade byk peluang yg lain.
fehckida says
Terima Kasih atas penjelasan. Bro, sekarang JAA dah improve website dia. And ada terms baru. Boleh bro ulas sikit tak? Curious sikit. Tq Bro.
Antok says
Ass. Wr.Wb.
Saya dari Indonesia salam sejahtera damai dan sehat selalu untuk semua, singkat kata, diatas langit ada langit, apapun itu namanya, saya cuman berharap agar semuanya senantiasa mendapatkan keselamatan dunia dan akherat, kesehatan lahir bathin, jujur sy pun juga awam tetang hal tersebut, tapi nggak salah kita mencoba, this not criminal, only the concept have to attention for all, baik buruk sudah ada yg mengatur, mari bersama membangun image motivasi yg bermartabat penuh tolerance atar bangsa, smoga Allah memberikan jalan dan petunjuk untuk kita smua.✌✌👌
nizam says
dh mula kne bayar us20 boss untuk kyt katanya,untuk melayakkn supaya dapat usd 1000 setahun tu konon2nya la…nasib saya x terjebak lagi..
Maz says
Saya ada daftar kemudian buln 6 haritu..baru ni org yg rekemen saya tu suruh buat kyc maknya saya kena bayar lebih kurg rm9+ dekat jaa..katanya utk elak akuan kita dibuang..masalahnya bila saya ikut step cara pembayaran ambk gambar ic dan gambar sendiri tapi yg palig meragukan kenapa kena ada no kad bank kita dgn no 3 digit yg pentig di belakag kad tu…saya teruih x jadi..sebb no 3 digit dibelakag tu mana boleh bgtau kat org kan…emmmm..
B. L. Joseph says
Ya betul… Untuk kawan-kawan lain dekat luar sana sila berhati-hati. Bukan setakat duit lesap, identiti diri pun boleh dijual @ digunakan oleh orang lain.
Rian says
Saya juga sudah daftar 🙈JAA life style di buat oleh seorang freelance asal india yang bernama sopno atas permintaan shain hymon dan sampai saat ini pihak JAA life style masih belum melunasi biaya pembuatan web mereka….
decky says
sumbernya dari mana kah? bisa bantu jelaskan ya Kak. Terima Kasih
Shalom says
Assalamualaikum.
Apa kisah JAALifestyle kita ni?
Ada maklumat terkini? Siapa dah dapat payment, siapa dah bayar keahlian? Siapa tercyduk, siapa pulak dah nampak sinar harapan?
Saja cari² maklumat tentang JAALifestyle ni. Asyik masuk promosi pasal benda ni dalam group whatsapp. Takut jadi macam iShareFan atau yang seangkatan dengannya je..
Rian says
Aku pernah chat di messenger dengan seorang freelancer dari india yang mengaku pembuat website JAA lifestyle… dan nama shain juga ada di sebutkan di situ…. Menurut pengakuan dia, website yang dia buat belum sepenuhnya di bayar oleh shain alias belum lunas….
Cek aja fb nya 👇
https://www.facebook.com/safin.r.shopno
Simon says
You should try to have a section on your site where an individual can automatically translate the article to english from bahasa melayu for the benefit of the ones who doesn’t understand. I’m trying to do my findings on JAA LIFE and your article looks detailed and comprehensive yet I can’t translate it.
Rian says
Aku pernah chat di messenger dengan seorang freelancer dari india yang mengaku pembuat website JAA lifestyle… dan nama shain juga ada di sebutkan di situ…. Menurut pengakuan dia, website yang dia buat belum sepenuhnya di bayar oleh shain alias belum lunas….
Cek aja fb nya 👇
https://www.facebook.com/safin.r.shopno
Irman says
Banyak terimakasih kat pengulas JAA, saya dah kena daftar tapi musti bayar IDR 250 rb buat regis, sekira RM 72,75. Lama dah saya biarkan, banyak message minta saya bayarkan wang itu.
Alhamdulillah saya jumpa tulisan ni. Makasih encik.
Saya nak memohon bila encik berkenan ulaslah tentang vTube. Saya dah member, tapi masih belum faham, ini scam atau sama saja dengan JAA
B. L. Joseph says
Sama-sama.. Gembira dapat membantu. Jika saya dapat buat ulasan tentang vTube saya akan post dalam blog ini ya. Terima kasih.
M fajri says
Terima kasih penjelasannya,Izin share pak cik
Novita says
Apakah saudara saudara yg di Malaysia sudah ada yang berhasil mendapatkan penghasilan dari JAA ?
Di Indonesia sedang ramai sekali mendaftar jadi anggota JAA.
Egip says
Betul banget. Tp hati hati saja.. Dari bahasa di grup. Udah ky yg jualan obat. Tinggi tinggi sekali omongan nya.. Dapat incom ratusan juta. Wong seperak pun blom nyobain. 😢
Egip says
Saya sudah terdaftar dan menjadi member. Bahkan membeli paket adv. Tapi sampai saat ini pihak perusahaan masih mengunduh waktu dngan berbagai alasan. Di TELEGRAM nya pun sangat membagongkan. Kritik sedikit langsung bisu kan oleh admin. Memang benar benar bisnis MLM. Dari pengalaman saya.
Bayyy says
Thanks pak cik, atas infonya XD
Salam hampir jdi mmber from indo XD