Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Laptop percuma? Lagi taktik klasik untuk tipu orang.
Pembuka katanya berbunyi begini:
“Gold opportunities for youth, goverments who provide free laptops. Order your free laptop today.”
Terbaik…Murah hati dan banyak duit kerajaan kita ya?
Kalau seluruh rakyat Malaysia dapat laptop percuma maknanya kerajaan perlu belanja sebanyak 32.7 Bilion untuk bagi kita laptop.
Banyak tu.. RM32,700,000,000…
Taktik ini adalah taktik klasik yang selalu digunakan untuk menipu… Banyak variasinya.
(Termasuklah janji seperti kalau menang kita bagi elektrik, bagi jalanraya dan sebagainya – Contoh sahaja)
Namun masih lagi ada yang tertipu dengan taktik ini.
Mungkin ada yang beranggapan cuma beri nama, nombor telefon dan alamat… Tak ada apa-apa.
Bukannya bagi nombor akaun bank dan password…
Disanalah terjadinya kesilapan.
Teruskan membaca jika berminat untuk mengetahui.
Free Laptop Scheme 2020 & Ceritanya
Skim laptop percuma ini muncul semula ketika ombak besar pandemik covid-19 melanda.
Saya mendapat maklumat ini daripada seorang sahabat prihatin yang risau dengan sikap mudah percaya dan endah tak endah kawan-kawan diluar sana.
Skim tersebut menggunakan url ini: https://1bls-vip.top/pc/
EDIT (Update): Link yang sama menggunakan konsep ini adalah seperti berikut:
- http://svip-15.top/j/?c=pc
Begini rupa bentuk laman webnya:
Hanya satu halaman sahaja.
Dalam halaman ini mereka hanya bagi gambar laptop, borang untuk di isi dan juga butang ‘Apply’ yang besar.
Kemudian ada sedikit perkataan pada bahagian atas dan bawah yang menyatakan, kerajaan bagi laptop dan akan diberikan sebelum 31 November, 2020.
Sebentar, sejak bila bulan November ada 31 hari?
Ini mesti kes edit tukar bulan sahaja.
Nanti bulan depan dia letak December pula. Terbaik.
Apa pun mari kita cuba daftar:
Order your free laptop today
Saya isikan apa yang diminta olehnya, menggunakan identiti John Monster:
(Saya gunakan identiti yang tidak wujud)
Lepas saya klik pada ‘Apply’ keluar la paparan ini:
OK kita stop sini.
Berapa banyak kita share pun kita tak akan dapat laptop yang dijanjikan tersebut.
Mari kita lihat apa yang kita boleh jumpa dan tafsirkan daripada free laptop scheme penipu ini.
Kenapa Free Laptop Scheme ini tidak boleh dipercayai?
Ini adalah taktik untuk mendapatkan data peribadi yang terburuk pernah saya jumpa.
Namun masih ada lagi yang terpedaya kerana nak mencuba nasib.
1. Pemberian yang tidak bersebab
Kenapa kerajaan tiba-tiba nak bagi kita laptop?
Sepatutnya, sebelum terjerumus kepada benda seperti ini kita harus cari jawapan kepada soalan kenapa ini.
Jawapan tersebut mestilah dinyatakan dengan jelas dalam laman tersebut.
(Bukan datang dari anggapan kita sendiri).
Jangan mudah terpedaya dengan tawaran yang tidak bersebab.
Jika anda tiba-tiba ditawarkan gula-gula oleh orang yang tidak dikenali.
Adakah anda makan gula-gula tersebut?
Konsepnya sama.
Dalam laman web skim laptop ini tidak dinyatakan sama sekali kenapa nak bagi kita laptop.
Hanya satu halaman dengan gambar dan borang untuk mendapatkan maklumat anda.
(Dan dengan senang hati kita memberikan apa yang diminta olehnya)
Kalau benar kerajaan nak bagi kita laptop, dia tidak akan guna laman web cap ayam seperti ini.
2. Latar belakang yang tidak diketahui
Siapa pemilik laman ini?
Tidak ada maklumat yang boleh kita jumpa mengenai pemilik laman ‘Free laptop scheme’ dalam laman webnya.
Kita tidak tahu siapa orangnya, apa motifnya, kenapa kita nak percaya?
Jika kita lihat laman ini menggunakan url https://1bls-vip.top/pc/.
Rekod pendaftaran menunjukkan domain laman ini (https://1bls-vip.top) di daftarkan pada 16-10-2020 dibawah organisasi yang dipanggil li zhen feng yang mana berasal dari Henan, China.
Lain-lain rekod berkaitan pula dirahsiakan.
Bagaimana laman yang mungkin berasal atau didaftarkan dinegara lain boleh mengurus pemberian laptop oleh kerajaan Malaysia?
Ok, mungkin tidak dinafikan dengan kecanggihan IT zaman sekarang kita boleh mendaftarkan apa-apa laman web dari mana-mana negara.
Tetapi, jika benar pemilik laman ini menguruskan pemberian laptop kenapa nak susah-susah daftar dari negara orang lain?
Nampak benar kepincangannya disana.
3. Struktur luaran dan dalaman laman web yang meragukan
Mari kita lihat suasana dalam lamannya pula.
Untuk url laman yang saya dapat iaitu yang ini: https://1bls-vip.top/pc/#1602965147609.
Ia akan memperlihatkan paparan seperti ini:
Jika kita biasa lihat laman web, rupa bentuk standard laman web yang cukup syarat tidak akan kelihatan seperti ini.
Tiada menu, tiada pautan lain. Hanya selembar sahaja.
Halaman seperti ini ini lebih kepada pop-up page yang mana lebih kepada jenis iklan.
(iklan pun tidak seteruk ini)
November pun letak sampai 31 hari.
Kemudian dekat bawah tu dia letak kotak tik untuk agree term and conditions, yang mana tidak berfungsi langsung.
Untuk buat membuatkan kita lebih tertarik untuk mendaftar dia siap letak jumlah pengguna yang telah order laptop.
Dimana jumlah ini bertambah dengan cepat setiap saat.
Ini semua cuma muslihat semata-mata.
Nombor tersebut dihasilkan oleh kod. Mereka memprogram kod tersebut untuk membuatkan nombor bertambah setiap saat.
Sesiapa yang ada belajar sedikit berkenaan programming boleh melakukannya.
Saya pun boleh buat: 👇
Tahniah! Anda adalah orang yang ke tidak berjaya ditipu oleh scammer!
Jika anda refresh atau reload halaman tersebut, kiraan nombor tersebut akan reset dan berulang semula dari nombor yang kecil.
Kita nak bincangkan juga berkenaan dengan alamat url yang digunakan oleh laman free laptop scheme ini.
Alamat url yang saya dapat yang mana merujuk kepada halaman yang kita bincangkan ini adalah seperti ini:
https://1bls-vip.top/pc/#1602965147609.
Untuk infomasi bersama, adalah bukan kebiasaan bagi mana-mana pemilik laman web menggunakan alamat url panjang dan dalam, (seperti yang digunakan oleh laman tersebut) sebagai halaman utama mereka.
Patut mereka guna root domain mereka iaitu https://1bls-vip.top.
Melainkan mereka nak buat banyak mini website menggunakan root domain yang sama.
Jika kita cuba lihat root domain mereka https://1bls-vip.top, halaman ini kosong atau tidak wujud.
Terdapat kemungkinan wujudnya halaman lain untuk url ini.
Saya tak pasti apa alamat lain yang wujud, tapi kita boleh cuba jaya.
(Proses ini akan menjadi lebih mudah jika kita gunakan OS linux atau bantuan perisian…)
Saya perasan dekat alamat url terdapat perkatan PC, https://1bls-vip.top/pc/#1602965147609.
Maksudnya selain daripada PC mungkin terdapat beberapa lagi kategori lain.
Jika laman tersebut nak curi maklumat diri kita, apakah kategori lain yang mungkin digunakan untuk menarik perhatian pengguna?
Saya mencuba beberapa kategori dan akhirnya jumpa satu: https://1bls-vip.top/job/
Ianya menggunakan strategi yang sama.
Tapi kali ini dia gunakan Job pula.
Cuba mempengaruhi pengguna dengan sesuatu yang mungkin menarik perhatian, untuk mendapatkan maklumat peribadi anda.
Kesimpulan – Free Laptop Scheme 2020 ini adalah tidak benar
berdasarkan apa yang kita bincangkan diatas, skim laptop percuma ini jelas tidak benar.
Objektif utama empunya laman ini adalah untuk mendapatkan data peribadi anda – Nama dan nombor telefon.
(dan juga sebagai medium untuk pelbagai jenis iklan lain)
Maklumat tentang diri anda itu mungkin akan dijual pada orang lain atau digunakan sebagai target pengiklanan.
Atau paling buruk, ia digunakan untuk mencipta identiti baru berdasarkan maklumat diri anda.
Yang mana mungkin digunakan memohon kad kredit, pinjaman dan sebagainya.
Lagi satu yang kita risaukan tentang nombor telefon ini, jika kena pada pengondam yang serba boleh, mereka boleh gondam telefon anda.
Bila dapat akses telefon maka habislah akaun-akaun bank dikoreknya.
(paling kurang pun akaun media sosial anda diambil alih…)
Oleh itu, jangan tertipu atau mengambil lewa tentang maklumat peribadi anda.
Jangan sertai atau sebarkan.
Baik berwaspada sebelum terkena.
Untuk memastikan dunia online kita lebih selamat, laporkan laman web ini dan yang seperti ini ke: Report a Phishing Page
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.
(Dan join page Bromoden, sunyi sahaja page ini…)
Leave a Reply