Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Review ini mungkin dapat membantu anda membuat keputusan sama ada nak sertai ExtraDana atau tidak.
EDIT: October 2020, status terkini laman ini adalah inactive dan tidak dapat diakses. Sebabnya? Anda boleh fikir sendiri.
Saya terima infomasi daripada Bro Ajai berkenaan ExtraDana ini:
(Abaikan in.coupone.net tu, sindiket Russia)
Adakah ExtraDana ini benar?
Ataupun penipu @ scammer?
Sebagai pengguna (di dunia moden ini) kita berhak mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu.
Bila cukup infonya barulah anda dapat membuat keputusan yang mungkin tak disesali dan puas hati.
Saya tidak akan kata ExtraDana ini benar atau penipu.
Saya akan kongsikan apa yang saya tahu dari sudut yang neutral.
Biarlah anda, para pembaca menentukannya pendapat masing-masing.
Kepada pemilik dan organisasi ExtraDana, ingat peribahasa ini:
“Berani kerana benar, takut kerana salah.”
Saya tak dapat simpulkan apakah motif sebenar anda.
Niat baik? Niat tak baik?
Apa pun, kita lihat infomasi yang ada.
Cukup pengenalan, mari kita lihat isinya:
Laman web extradana.com
Berikut adalah rupa bentuk laman web ExtraDana.com:
Tak banyak maklumat yang kita boleh dapat dari laman webnya.
Melainkan maklumat yang dipaparkan di halaman utamanya.
Tak ada page tentang syarikat, terma dan syarat, dasar privasi dan halaman lain untuk tontonan umum.
Butang ‘Live Help’ juga tak berfungsi.
Tetapi terdapat maklumat nombor telefon admin dan juga email yang dipaparkan pada bahagian bawah (footer):
Apa yang ditawarkan oleh extradana.com
Kalau kita lihat daripada laman webnya, misi mereka adalah:
Membantu semua golongan menjana pendapatan.
Macam pernah dengar ayat ini ya?
Bantuan prihatin? Tidak ada golongan yang terkecuali?
Ok. Diringkaskan cerita, mereka kata ini adalah program yang boleh menjana pendapatan sehingga RM19,520.00 dengan modal hanya RM30.
Tak perlu promote, tak perlu jual barang, TIADA HAD UMUR, Warga Malaysia atau Brunei boleh sertai.
Super.
Berikut jadual pendatapan yang diambil daripada salah satu facebook page yang giat mempromotekan program ini:
Bukan sedikit RM19,520 ni. Sesetengah orang gaji tak sentuh setahun pun belum tentu dapat kumpul jumlah sebanyak ini.
Paparan dalaman untuk ahli Extradana
Untuk melihat persekitaran dalaman laman web ini saya pun mendaftarlah menjadi ahli.
(Menggunakan butir-butir John Monster)
Siap isi saya klik pada butang ‘Register’.
Dan muncul paparan ini:
Bayar sekarang atau login dahulu dan bayar kemudian. 2 pilihan diberikan.
Saya nak lihat kedua-duanya.
Bila saya klik dekat ‘Pay Now’, keluar paparan ini:
So, mereka gunakan perkhidmatan daripada toyyibpay.com untuk menerima bayaran secara online.
Kena bayar RM30…
Bagaimana jika saya login dahulu?
Saya login masuk dan muncul paparan ini:
Akaun John Monster ni package FREE, sebab dia tak bayar lagi RM30.
(Bang ExtraDana, ejaan package tak cukup hurufnya, C terpadam)
Tak banyak yang boleh dibuat dekat dalam ini.
Dekat profile terdapat ruangan data peribadi penuh (jika anda isi) seperti no ic , alamat dan maklumat bank.
Dekat mana muncul jumlah pendapatan ya?
Mungkin dalam akaun John Monster ini tak nampak sebab tak bayar RM30 lagi…
Namun apa yang saya jumpa akaun yang sudah membayar RM30 mungkin kelihatan seperti ini:
Kita teruskan ke topik selanjutnya.
Siapa pemilik ExtraDana?
Kalau melalui laman webnya tak ada maklumat yang menyatakan siapa pemilik atau yang menguruskan ExtraDana ini.
Sepatutnya untuk syarikat yang serius, lebih-lebih lagi yang melibatkan wang, siapa empunya syarikat itu penting.
Seperti biasa, saya akan periksa butir-butir laman web ini menggunakan aplikasi Whois.
Dan apa yang saya dapat:
Maklumat dirahsiakan…
Cuma yang diberitahu domain extradana.com ini telah didaftarkan pada 2 Januari 2020 menggunakan khidmat daripada serverfreak.
Siapakah pemilik ExtraDana ini sebenarnya?
Saya lakukan sedikit pencarian dan menjumpai risalah ini disalah sebuah facebook page yang giat mempromosikan ExtraDana:
Katanya ExtraDana ini dimiliki oleh Tuan Ahmad Faizal Bin Ahmad Bukhari yang mana telah merasmikan syarikat ini pada 18 Januari 2020.
Gambar tak berapa jelas dan kabur… tak nampak muka sebenar.
(Saya tak dapat cari versi yang jelas).
Saya gunakan photoshop untuk cantikkan sedikit gambar.
So, gambar ini adalah gambar Ahmad Faizal Bin Ahmad Bukhari @ pemilik ExtraDana?
Saya gunakan gambar tersebut pencarian gambar serupa dalam Google dan akhirnya saya berjaya dapatkan versi yang lebih jelas:
Ianya gambar stock photo..
Nama lelaki ini adalah ‘Asian Businessman Seated on High Chair’ dan bukanlah Ahmad Faizal Bin Ahmad Bukhari.
Saya tak pasti sama ada risalah ini dibuat oleh ExtraDana sendiri atau oleh ahli-ahli yang mempromosikannya.
Apa pun menggunakan maklumat yang tak betul itu tak baikkk..
Masih tak jumpa lagi siapa pemilik ExtraDana ini…
Sebentar.
Dekat payment gate RM30 ExtraDana tadi dekat atas tu ada nama syarikat:
Untuk mendaftar dekat mana-mana payment gateway kena ada butir-butir rasmi syarikat yang sah.
Maknanya ExtraDana ini beroperasi dibawah syarikat PS Smart Global Empire?
Jika kita cuba membuat sedikit pencarian ExtraDana mungkin berkait rapat dengan PS Smart Global Empire yang mana no pendaftarannya adalah: SA0538731-V.
PS SMART GLOBAL SA0538731-V.
Jika ia berdaftar sesiapa pun boleh mendapatkan maklumat tentang syarikat ini dengan menggunakan khidmat www.mydata-ssm.com.my.
Saya pun pergilah dan menggunakan khidmat mydata-ssm ini.
Bila saya taipkan nama syarikat ini keluarlah paparan ini:
Nama dan nombor pendaftaran yang serupa. Satu-satunya dalam rekod SSM.
Saya teruskan untuk dapatkan maklumat tentang syarikat ini.
(Kena bayar RM15.30 untuk dapatkan maklumat kebenaran…)
Dan ini adalah data yang saya dapat:
Jika benar ExtraDana ini beroperasi dibawah PS Smart Global Empire maka pemiliknya adalah Saa’duddin dan bukanlah Ahmad Faizal Bin Ahmad Bukhari.
Syarikat ini didaftarkan untuk bisnes perisian komputer dan gadget.
Syarikat ini juga didaftarkan beberapa hari selepas domain extradana.com didaftarkan.
Saya masih rahsiakan nama penuh, no ic dan juga alamat kerana terdapat kemungkinan juga berlakunya penyalahgunaan lesen operasi milik orang lain.
Atau penyalahgunaan maklumat peribadi orang lain.
Biar pihak berkuasa yang siasat dan tentukan sama ada ExtraDana benar-benar beroperasi dibawah PS Smart Global Empire ini.
(Nota: Jika anda adalah pemilik PS Global Empire dan tiada kena mengena dengan ExtraDana, segeralah buat buat laporan polis)
Jika tuan dan puan nak lihat maklumat penuh boleh kunjungi dan gunakan servis www.mydata-ssm.com.my.
Adakah ExtraDana sah dari segi undang-undang?
Pertama kita lihat semula bisnes @ modus operandi yang dijalankan oleh ExtraDana.
Nak join ExtraDana kena bayar RM30.
RM30 untuk jadi ahli bagi melayakkan diri mendapat pulangan @ bonus.
Kita boleh katakan sini produk ExtraDana adalah membership tersebut – keahlian.
Ahli ExtraDana boleh mendapat income melalui 2 cara:
- Income 1: Duduk diam dan setiap bulan akan terima jumlah income bermula daripada RM5 hinggalah RM15,625
- Income 2: Bonus tajaan VIP (refer orang dapat bonus RM10), Bonus infiniti (RM1 untuk setiap kepala)
Kata kuncinya disini, income tersebut berasal daripada ahli-ahli baru yang mendaftar.
Berdasarkan modus operandi ExtraDana ini ia boleh dikategorikan sebagai ‘PYRAMID SCHEME‘.
Bila kita lihat dalam Act 500 Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme 1993, Seksyen 27A yang mana menyatakan:
Dan bila kita lihat dalam Schedule tersebut (dalam akta yang sama):
Baca no 1 dan 2 pun dah cukup mengkategorikan ExtraDana sebagai Pyramid Scheme.
(Bila baca habis hampir semua kena pada ExtraDana)
Anda boleh lihat salinan Akta 500 Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme 1993 daripada Jabatan Peguam Negara.
Berdasarkan akta yang sama dalam Seksyen 27B:
Bisnes skim piramid tidak sah dari segi undang-undang di Malaysia.
Tidak boleh jalankan, tidak boleh promote jenis bisnes seperti ini.
Jika anda menjadi ahli dan mempromosikan bisnes piramid ini anda juga boleh disabit kesalahan.
Yang mana boleh didenda tidak kurang daripada RM500,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
(Empunya, rakan kongsi dan individu dalam organisasi, penangannya lagi hebat)
Balik ke soalan asal.
Adakah ExtraDana sah dari segi undang-undang?
TIDAK.
Lain-lain perkara berkenaan ExtraDana
Sewaktu membuat kajian @ review berkenaan ExtraDana ini saja juga menjumpai beberapa perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemilik bisnes.
Saya kumpulkan dalam bahagian ini.
1. Nama domain extradana.com sedang dijual
Sewaktu menggunakan khidmat Whois, saya perasan dekat atas ada iklan yang menyatakan nama domain extradana.com boleh dibeli.
Bila keluar iklan sebegini bermaksud pemilik domain tersebut bercadang untuk menjual dan mendaftarkan domain tersebut untuk dijual.
Kenapa nak jual bisnes yang baru dibuat?
Bagaimana dengan ahli yang baru mendaftar?
Adakah akan diuruskan oleh pembeli baru?
Bisnes mendapat sambutan tapi nak serahkan pada orang lain?
2. Laman ExtraDana adalah ‘Cetak Rompak’?
Saya ada sedikit pengetahuan berkenaan laman web.
Sewaktu memeriksa struktur laman ExtraDana saya terlihat infomasi ini:
Infomasi ini akan muncul apabila kita menggunakan HTTrack Website copier untuk menyalin mana-mana laman web yang ada di internet.
Maklumat ini menyatakan Laman ExtraDana di copy daripada http://idealbrothers.thesoftking.com/html/walleto/index.html.
Yang mana kelihatan seperti berikut:
thesoftking.com ini adalah sebuah syarikat yang menjual template untuk laman web.
Adakah laman ExtraDana copy curi dari template ini?
Jika ia dibeli dengan cara yang sah infomasi penggunaan HTTrack Website copier tidak sepatutnya ada dekat situ.
Mungkin pemilik ExtraDana nak jimatkan kos, tapi cara ini tak elok…
Kesimpulan dan penutup kata.
Semakin dalam saya lakukan kajian ini semakin saya tak dapat buat kesimpulan apakah motif sebenar pemilik @ pengasas ExtraDana ini.
Ditubuhkan sewaktu Covid-19 melanda dan katanya nak menolong orang-orang untuk buat duit.
Jika dijalankan dengan jujur, memang sebahagian akan tertolong tapi bagaimana yang selebihnya?
Siapa cepat dia dapat?
Saya rasa pemilik ExtraDana tahu apa yang dilakukanya ini tak betul dan tak akan bertahan lama.
Hanya menunggu masa.
Tunggu orang yang merasakan dirinya tertipu dan membuat laporan atau dihidu oleh mana-mana pihak berkuasa.
Saya tahu pemilik ExtraDana ini mempunyai kepakaran dalam bidang IT, berkerjaya, pakar dalam bisnes seperti ini dan bijak mengambil peluang.
Saya berharap gunakanlah kelebihan tersebut untuk sesuatu yang lebih bertahan, sah dan adil untuk semua pihak.
Kepada para pembaca yang habis membaca post ini, terima kasih.
Anda buatlah keputusan yang bijak.
Kongsikan jika bermanfaat.
Ajai Remli says
Salam dan selamat sejahtera bang..
Pertama sekali sy nak ucapan ribuan terima kasih pada abg..
Kerna sanggup susah payah membantu sy…
Patut lah hati sy duk ckp..
” lama dh x buka web page bromoden.. apa agak ny info terbaru.. ”
Naahh.. rupa ny ada info terbaru..
Apa2 pun terima kasih bang.. terima kasih…
🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻🙏🏻
B. L. Joseph says
Salam sejahtera juga, sama-sama… terima kasih juga kerana mention topik ini. Info untuk kebaikkan bersama.
Hidayah abdullah says
Terima kasih infonya.
Memang betul tk dapatlah 19K tu.
Tipu org saja.
Murah Fon says
Memang penipu nie.
Terimas info nya tuan.
Murah Fon says
Apa khabar Bromoden?
Bromoden xde update terbaru ke?
Cuba tengok CROWD1
Tengah naik sekarang ni.
Terima kasih atas kesudian bromoden.
B. L. Joseph says
Hello tuan, minta maaf banyak2.. Saya kurangkan sedikit untuk laman yang bukan dalam Malaysia kerana perbezaan dari segi undang-undang dan pemahaman umum.. (dan laman saya sering menerima cubaan mengondam selepas review jaal & imvideon… 😂😂😂)