Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Untuk naikkan limit pengeluaran atm, transfer dan penggunaan debit kad Maybank.
Berikut adalah setting asal limit untuk Maybank:
- Pengeluaran dari atm – RM1,000 sehari
- Penggunaan Visa Debit Kad – RM1,000 sehari
- Transfer duit (3rd party transfer) – RM3,000 sehari
(jika anda tak pernah tukar sebelum ini)
Kadang-kadang limit ini menyusahkan disaat kita mahu melakukan transaksi lebih dari yang ditetapkan.
Dalam post ini kita lihat bagaimana cara untuk naikkan limit tersebut agar bersesuaian dengan penggunaan anda.
Pecahan topik cara tukar limit Maybank2u
Bahagian dalam post ini adalah seperti berikut:
- Cara nak tukar limit debit kad maybank
- Cara nak tukar limit transfer maybank2u
- Bagaimana jika saya tiada akaun Maybank2u?
- Cara tukar limit pengeluaran Maybank ATM
Boleh lihat mana yang berkenaan untuk anda.
Jika anda lebih menyukai panduan versi video, boleh lihat panduan video boleh lihat ini:
Video panduan diatas disediakan secara rasmi oleh pihak Maybank sendiri.
Teruskan membaca untuk panduan lebih terperinci dan lanjut:
1 cara nak tukar limit debit kad maybank
Pertama sekali kita login masuk dalam akaun Maybank2u versi laman web
Anda boleh gunakan url ini: https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do
Atau search di google untuk ‘Maybank2u‘
Berikut contoh paparan dalam maybank2u anda:
Klik pada simbol profile yang terletak di penjuru atas kanan:
Pilihan menu akan keluar:
Seterusnya klik pada menu ‘Setting‘. Paparan seperti berikut akan muncul:
Dalam paparan seterusnya klik pada ikon drop down:
Ini akan memperlihatkan pilihan seperti berikut:
Klik pada pilihan ‘CARDS‘. Paparan seperti berikut akan muncul.
Untuk ubah limit penggunaan kad debit, klik pada simbol pensel/pen:
Menu dropdown akan muncul disebelah simbol pensel tersebut.
Klik menu tersebut dan pilih limit yang anda mahu.
Kemudian klik pada butang SAVE.
Seterusnya anda perlu untuk request nombor TAC.
Nombor TAC akan dikirimkan ke nombor handphone yang anda daftarkan dengan maybank2u.
Masukkan no TAC dan anda telah berjaya untuk naikkan limit penggunaan Kad debit.
Nota: Penggunaan kad debit adalah pembayaran menggunakan kad, tidak termasuk pengeluaran duit dari atm
2 Cara nak tukar limit transfer maybank2u
Login masuk dalam akaun Maybank2u versi laman web anda
Dalam maybank2u, klik pada simbol profile yang terletak di penjuru atas kanan:
Ini akan mempamerkan pilihan menu seperti berikut:
Klik pada menu ‘Setting‘ unuk pergi ke bahagian setting:
Langkah seterusnya, klik pada ikon drop down:
Ini akan memperlihatkan pilihan seperti berikut:
Dalam pilihan yang diberikan, pilih ‘PAY & TRANSFER‘
Paparan seperti berikut akan keluar:
Seterusnya klik pada menu dropdown yang terletak sebaris dengan ‘Pay Limit’:
Dalam senarai pilihan yang diberikan pilih ‘Transfer Limit‘:
Paparan untuk ubah transfer limit akan muncul:
Dibahagian ini anda boleh ubah transfer limit untuk beberapa jenis transfer seperti berikut:
Untuk ubah transfer limit bagi jenis transaksi yang berkenaan, anda hanya perlu klik pada simbol ‘pensel/pen‘.
Jika anda nak ubah transfer limit lebih daripada satu jenis, jangan lakukan serentak.
Lakukan satu persatu.
Jangan lupa klik pada butang ‘SAVE CHANGES‘ selepas membuat perubahan.
Untuk panduan berikut merupakan definisi bagi setiap jenis transfer mungkin sering kita lakukan:
- 3rd party transfer – Pemindahan ke akaun Maybank milik orang lain.
- Interbank GIRO transfer – Pemindahan ke akaun bukan Maybank (milik sendiri atau orang lain) bukan serta merta.
- Instant Interbank Transfer – Pemindahan ke akaun bukan Maybank (milik sendiri atau orang lain) dengan serta merta.
3 Bagaimana jika saya tiada akaun Maybank2u?
Jika anda tiada / belum buat akaun Maybank2u anda boleh menaikkan limit melalui cara berikut:
- Telefon Customer Care
- Melalui mesin atm
- Lawati cawangan terdekat Maybank
Paling cepat sekali adalah dengan membuat panggilan ke Maybank Customer Care.
Nombor maybank customer care adalah seperti berikut:
- 1-300 88 6688 (Malaysia)
- +603-7844 3696 (Overseas)
(ada tertera di belakang kad atm anda)
Semasa membuat panggilan, anda mungkin memerlukan beberapa maklumat untuk tujuan pengesahan seperti:
- Nombor debit card anda
- Nama anda seperti dalam IC
- Nombor IC anda
- Nombor akaun maybank
- No telefon yang didaftarkan dengan maybank
4 Cara tukar limit pengeluaran Maybank ATM
Untuk tukar had pengeluaran di ATM Maybank pula, mau tak mau kena pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
(melalui mesin atm juga anda boleh menukar had transfer, penggunaan kad dan lain-lain)
Urutan langkah untuk tukar had pengeluaran wang dari atm, di mesin atm seperti berikut:
- Pilih Bahasa M’sia.
- Masukkan nombor pin anda.
- Pilih lain-lain urusniaga.
- Pilih penukaran had/bahasa/….
- Pilih had pengeluaran.
- Pilih had pengeluaran yang anda mahu.
- Masukkan no kod pengenalan anda untuk pengesahan.
- Selesai.
Dalam paparan ‘Had Pengeluaran’ terdapat juga pilihan untuk menetapkan limit lain seperti had interbank, had pindaan, pembelian (penggunaan kad).
Anda boleh lihat video ringkas cara tukar limit pengeluaran duit di mesin atm ini:
Kongsikan post ini jika bermanfaat pada anda ya!
Jangan lupa follow Bromoden di Facebook juga.
Leave a Reply