Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Cara paling simple untuk baiki pendrive corrupted tanpa perlu format.
Dalam post ini saya kongsikan cara mudah untuk baiki semula pendrive rosak.
Pendrive yang tiba-tiba tidak dapat dibaca dan perlu untuk diformat.
Kita tidak mahu format kerana dalam pendrive tersebut terdapat banyak benda penting.
Ikuti cara ini.
Perkara yang perlu diketahui
Sebelum itu, ada 2 perkara yang perlu anda ketahui jika anda memutuskan untuk guna cara repair pendrive rosak ini:
- Anda perlukan laptop atau PC
- Akan ada fail yang hilang
Anda perlukan laptop atau PC: Tidak perlu install apa-apa. Kita cuma perlu gunakan program CMD atau command prompt yang sedia ada dalam windows.
Akan ada fail yang hilang: Untuk menyelamatkan isi kandungan pendrive yang lain, akan ada fail yang terkorban @ hilang.
Tapi jika dibandingkan dengan semua fail hilang, pendrive kena format, lagi baik hanya beberapa fail hilang.
Cara untuk repair pendrive rosak
Langkah 1: Pertama sekali plug in @ cucuk masuk pendrive tersebut ke USB port laptop atau PC.
Akan ada warning notification keluar, ‘You need to format the disk before can use it’, ‘usb drive not accesible’, dan sebagainya…
Jika anda diberi pilihan untuk format, klik pada pilihan ‘NO’ atau ‘Cancel’.
Atau ‘OK’ jika muncul notifikasi seperti gambar diatas.
Langkah 2: Seterusnya, kenal pasti label huruf pendrive tersebut.
Anda boleh pastikan apa label hurufnya pada bahagian ‘This PC’ dalam komputer anda. Contohnya ‘F: , G: , H:’ dan seterusnya
Ingat label ini untuk digunakan dalam langkah seterunsya.
Langkah 3: Buka program CMD @ Command prompt. Program ini sedia ada dalam mana-mana pc atau laptop yang menggunakan OS windows.
Cara mudah untuk cari program ini adalah dengan menaip ‘CMD’ pada ruangan search di sebelah ikon windows, penjuru bawah kiri paparan skrin anda.
Langkah 4: Taip masuk cmd atau command prompt, akan keluar command prompt app.
Untuk start, pilih pilihan ‘Run as Administrator’
Paparan CMD kelihatan seperti berikut:
Pada paparan cmd, taip masuk command seperti berikut:
chkdsk A: /f /r /x
Gantikan A: dengan label huruf pendrive yang anda mahu repair tadi.
Langkah 5: Tekan kekunci ‘Enter’ pada keyboard, dan tunggu sehingga proses siap, dengan perkataan tertera ‘100 percent completed..’ pada CMD.
Tutup program CMD dengan cara right klik pada butang X pada paparan cmd tersebut.
Dan sepatutnya pendrive anda siap dibaiki dan boleh diakses semula.
Apakah kejadian disebalik proses ini?
Masalah seperti ini, yang mana pendrive tiba-tiba rosak, tidak dapat digunakan, perlu diformat dan sebagainya terjadi kerana pelbagai faktor seperti:
- Pendrive dicabut tanpa proses yang betul
- Power elektrik tiba-tiba kurang atau terlebih semasa guna pendrive
- Masalah sistem dalam pendrive tersebut
- Masalah dengan komputer seperti usb port, connection dengan pendrive putus-putus
Dan pelbagai lagi masalah lain.
Apabila kita gunakan command ‘chkdsk’ dalam command prompt, ia akan memeriksa dan mencari disk error dan bad sector dan cuba untuk memperbaikinya.
Dalam proses tersebut, ‘chkdsk’ akan memindahkan, mengubasuai dan memadamkan beberapa fail, untuk kesihatan keseluruhan pendrive tersebut. Dan aktiviti ini menyebabkan kemungkinan akan ada fail yang hilang.
Malangnya, jika fail tersebut untuk berada dikawasan bad sector ia adalah agak mustahil untuk didapatkan semula.
Semoga post cara repair pendrive rosak ini bermanfaat untuk kegunaan anda.
Leave a Reply