Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Tips untuk bantu anda pilih plan internet yang terbaik untuk kegunaan anda.
Mungkin anda tidak puas hati dengan plan internet anda sekarang.
Bayar mahal tapi servis lembab.
Nak upgrade sikit agar lebih laju.
Atau nak cari plan yang jauh lebih murah tapi.
Atau mungkin anda nak pasang internet untuk rumah.
Untuk bantu anda memilih, sini saya kongsikan beberapa tips cara untuk pilih plan internet terbaik untuk anda.
Moga bermanfaat.
1 Dapatkan senarai provider untuk lokasi anda
Pertama sekali kita kena tahu siapa provider yang servisnya boleh digunakan ditempat kita.
Laju dan baik macam mana pun kalau servisnya tak ada di kawasan kita tak boleh guna juga.
Untuk periksa anda boleh gunakan fungsi coverage checker yang ditawarkan di laman servis provider pilihan anda.
Nama fungsi ini mungkin berbeza mengikut provider.
Contohnya untuk Celcom:
Ia dipanggil ‘Network Checker’ dan pilihan ini terletak di bahagian bawa laman web mereka.
Manakala untuk Digi pula ia dipanggil ‘Check your coverage’ dan diletakkan dalam menu utama ‘NETWORK’.
Kalau susah nak cari taipkan sahaja dekat Google search.
Contohnya kita nak cari network coverage untuk Celcom:
Buat senarai internet provider yang boleh digunakan di tempat anda.
Kemudian barulah kita pergi ke langkah yang berikutnya:
2 Ketahui berapa banyak kelajuan yang anda perlukan
Selanjutnya kita kena tahu berapa tahap kelajuan internet yang kita perlukan.
Memang kalau boleh kita nak yang paling laju.
Tapi kita kena tengok juga dari segi kos.
(Melainkan kos bukan masalah bagi anda).
Katakan kita ambil plan 200Mbps, tapi kita guna 100mbps sahaja.
Yang selebihnya 100Mbps tu kita bayar percuma sahaja.
(Sepatutnya duit tu boleh kita letak dekat bajet lain atau simpan)
Terdapat beberapa soalan yang mungkin boleh membantu anda mengetahui tahap penggunaan internet.
Anda nak guna sendiri atau kegunaan bersama?
Mungkin anda nak guna untuk sendiri sahaja.
Mungkin anda nak pasang untuk seisi rumah.
Jika untuk seisi rumah sudah tentu anda nak plan yang lebih laju.
Adakah anda selalu tengok movie online, streaming atau main game online?
Untuk kualiti video yang baik kita memerlukan kelajuan lebih kurang 5Mbps.
Sama seperti permainan game online. Jika nak yang tiada gangguan kena at least 5Mbps.
Kalau nak tengok video jenis 4K download speed kena atas 25Mbps.
Adakah anda selalu upload atau buat live?
Jika anda selalu buat live dekat facebook, youtube atau sering buat streaming kena bagi perhatian dekat upload speed pula.
(Kadang-kadang dalam pakej yang ditawarkan download speed dengan Upload speed berbeza).
Contohnya untuk live facebook yang standard kita kena perlu upload speed dalam 4Mbps.
Kalau nak yang HD perlu upload speed 7Mbps.
Untuk Youtube pula untuk sesi live dengan kualiti video standard kena ada upload speed lebih kurang 4Mbps.
Kualiti video HD kena ada lebih kurang 11Mbps upload speed.
Untuk kualiti 4K pula paling baik upload speednya dalam 62Mbps.
Berapa banyak orang yang nak guna internet?
Jika anda nak pasang untuk kegunaan rumah atau pejabat kena juga pertimbangkan berapa banyak penggunaan setiap orang.
Ini untuk memastikan setiap orang berpuas hati dan tidak mengalami gangguan.
Lebih-lebih lagi jika anda share bayar.
Anda tak mahu ambil pakej yang tepat-tepat jumlahnya.
Pastikan ada buffer untuk mengelakkan masalah internet lambat.
Ada smart device lain yang perlu disambungkan pada internet?
Kena ambil kira juga alat lain yang memerlukan sambungan internet.
(Selain daripada smartphone dan komputer)
Contohnya SmartTV dan juga CCTV rumah anda.
Untuk SmartTV streaming video HD dan CCTV kena ada lebih kurang 5Mpbs.
Untuk SmartTV 4K video pula kena ada lebih kurang 25Mbps.
Berdasarkan keperluan ini anda boleh tahu berapa banyak kelajuan minimum yang anda perlu ada.
Contoh situasi adalah seperti berikut:
Saya nak pasang internet untuk kegunaan rumah.
Dalam rumah ada 3 orang pengguna termasuk saya.
Setiap pengguna memang kaki movie dan berpuas hati dengan kualiti video HD: 5Mbps x 3 = 15Mbps download speed.
Kadang-kadang juga buat live Facebook atau video call: 7Mbps x 3 = 21Mbps Upload speed
Dalam rumah juga ada 2 SmartTv kualiti video HD sahaja: 5Mbps x 2 = 10Mbps
Kena juga consider pelawat datang nak tumpang internet, saya kirakan untuk 2 orang: 10Mbps download speed dan 14Mbps upload speed.
Dan bagi buffer untuk elakkan stress (untuk seorang): 5Mbps download speed dan 7Mbps upload speed.
Berdasarkan anggaran diatas, saya perlukan pakej yang menawarkan sekurang-kurangnya 40Mbps download speed dan 40Mbps upload speed.
Bila kita buat pengiraan seperti ini kita dapat pastikan kita tak rugi bayar dan dalam masa yang sama tidak mengalami masalah internet lambat.
Selanjutnya barulah anda boleh memilih pakej dengan bijak.
3 Buat perbandingan pakej yang ada
Ada suda ada senarai internet provider yang servisnya ada di tempat anda.
Anda juga suda tahu berapa keperluan internet anda.
Selanjutnya kita nak lihat dan bandingkan setiap pakej yang ditawarkan oleh internet provider yang berkenaan.
Semasa buat perbandingan ini kita akan lihat perkara seperti:
- Harga – Kita nak pilih harga yang paling rendah untuk kelajuan kita mahu.
- Limited atau unlimited – Pilih unlimited jika ada.
- Kualiti servis – Servis baik, cepat dan mudah untuk dihubungi.
- Kontrak – Pilih yang tidak ada kontrak atau pendek masa kontraknya.
- Pemasangan & pemindahan – Lihat berapa cas dikenakan
- Tawaran lain – Panggilan, sms, Offer semasa, percuma dan sebagainya,
Jangan lupa tengok dengan terperinci setiap maklumat yang diberikan dalam pakej untuk buat perbandingan.
Beri perhatian pada Download speed dan Upload Speed yang ditawarkan dalam satu-satu pakej.
Selalunya internet provider hanya bagi nampak Download speed dalam iklan mereka.
Contoh pakej Celcom Home Fibre 100Mbps ini:
Dia cuma bagi nampak 100Mbps sahaja.
Bila kita tengok lebih lanjut baru nampak download dan upload speed sebenar:
Dan selain daripada jenama-jenama yang besar ini anda kena tengok juga servis provider lain.
Contohnya pakej Time Fibre Broadband 100Mbps ini:
Harga jauh lagi murah dan Download / Upload speednya adalah 100Mbps.
Bila anda suda pertimbangkan kesemua yang dinyatakan diatas barulah anda buat pilihan terakhir.
Saya pasti jika anda ikuti cara pilih plan internet ini anda akan gembira dengan pilihan anda.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!
Leave a Reply