Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Bagaimana cara padam akaun facebook lama yang lupa password dan tak boleh akses langsung?
Kita sudah cuba pelbagai cara untuk akses…
Masih tidak dapat.
Kita tidak mahu orang lain salah anggap facebook tersebut masih aktif, sedangkan tuannya tak dapat akses langsung.
Post ini memberikan cara yang mungkin boleh bantu anda padam akaun facebook lama tersebut.
Terdapat 2 cara:
Sebelum lakukan cara ini saya cadangkan anda untuk cuba dahulu segala cara yang ada untuk recover butir-butir login facebook tersebut.
Boleh cuba gunakan link facebook ini untuk cuba recover:
Jika masih juga gagal, bolehlah cuba padam guna cara yang dibawakan dalam post ini.
1. Cara padam melalui profile facebook lama
Untuk padam akaun lama facebook yang tak dapat akses:
1 Akses facebook menggunakan PC/Laptop
Jika belum ada akaun facebook, buat akaun baru.
Anda perlu mempunyai akaun facebook untuk akses profile akaun lama anda.
Lagi baik jika facebook baru yang anda create itu menggunakan gambar sebenar anda.
Lagi mudah untuk dipercayai dan cepat dilayan oleh pihak facebook.
2 lawati profile facebook lama anda
Cari dan lawati profile facebook lama yang anda nak padam.
Di bahagian bawah cover photo, sebaris dengan butang menu friends dan Message, terdapat menu dengan label …
Klik pada menu tersebut.
4 Pilih ‘Find Support or report profile’
Apabila kita klik pada menu, pilihan akan keluar:
Pilih pilihan ‘Find Support or report profile‘.
5 Pilih ‘Pretending to be someone’
Dalam pilihan jenis report yang diberikan:
Pilih ‘Pretending to be someone‘
Kemudian bila ditanya siapa, kita pilih ‘Me‘.
Selanjutnya, kita hanya perlu tunggu tindakan daripada facebook.
2. Cara padam melalui report Impostor
Selain daripada cara di atas kita juga boleh gunakan bahagian ‘report impostor’ facebook.
Cara ini kita tak perlu ada akaun facebook baru.
Anda hanya perlu lawati link ini:
https://www.facebook.com/help/contact/295309487309948
Kemudian hanya perlu pilih daripada pilihan yang diberikan.
Kita pilih pilihan ‘Someone created account pretending to be me or a friend‘.
Kemudian pilihan seterusnya kita boleh pilih sama ada kita mempunyai akaun facebook atau tiada, ketika mengisi report tersebut.
Contoh borang penuh yang perlu di isi adalah seperti berikut:
Agak detail sedikit maklumat yang diperlukan.
Gambar id dan segala.
Tapi jika kita memang nak padam akaun lama tersebut kena lengkapkan juga.
Cara yang diberikan diatas bukanlah cara rasmi untuk padam akaun.
Cara rasminya, kita kena login masuk akaun dan padam.
Keberkesanan cara diatas adalah bergantung dari keputusan pihak facebook sendiri.
Semoga post cara padam akaun facebook lama yang lupa password sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Muhammad Fairuz says
Saya dah try banyak kali cara yang 1 tu tapi tak menjadi.Facebook respond kata tak melanggar standard communitilah bagai…tapi cara ke 2 tu menjadi..kena letak email dengan gambar ic..lepastu aku try search akaun lama aku yang aku nak padam tu dah takde..fuhhh ko memang power bro.tq
esya says
macam mana nak buat ye . saya nak padam akaun facebook lame saya yang lupa kata laluan dengan emil tlong saya boleh ?
Agun says
Bro berapa hari akaun lama akan hilang..semalam aku buat tapi harini aku check ada lagi la akuan lama
Redvelvet says
Terbaik cara no 2 tu mmg terpadam fb lama sy alhamdulillah, selama 10 tahun fb tu terima kasih sbp bg caranya Sekurang-kurangnya gmbr lama terpadam sekali terjaga laa aurat sy, sy doakan semoga tuhan merahmati anda dgn keluarga anda asbab kebaikan yg dikongsi, cara no 2 letak ic dan email seriously mmg menjadi,
Nasuha says
Ic depan? Xpe ke post gmbr ic tu sy takot😭