Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Bagaimana nak dapatkan semula duit yang telah di refund dari dalam Lazada Wallet anda.
Baru-baru ini saya ada beli barang daripada Koleksi Taobao di Lazada.
Lebih seminggu tunggu, penjual tak kirim barang keluar.
So, Lazada cancel order sebab seller lambat ship barang.
Tak puas hati, saya cuba lagi beli barang lain tapi masih tetap daripada Koleksi Taobao.
Hasil sama juga. 3 kali beli, 3 kali cancel. Alasan seller tak dapat source barang.
(Jual barang tapi tak dapat source…😒)
Akhirnya saya akur kalah dan nak cuba beli dekat Shopee pulak.
Saya nak keluarkan duit tersebut, nak keluarkan daripada Lazada Wallet masuk balik ke akaun bank.
Jika anda mengalami keadaan yang sama dan first time nak cuba keluarkan, post ini mungkin boleh jadi rujukan anda.
Cara keluarkan Duit dari Lazada Wallet
Berikut langkah demi langkah cara untuk keluarkan duit daripada Lazada Wallet.
Disertakan dengan gambar agar lebih mudah difahami.
Nota penting: Kita hanya boleh keluarkan duit yang telah di REFUND / dipulangkan semula. Deposit atau rebate tak dapat dikeluarkan.
1. Akses masuk ke dalam Lazada Wallet
Buka apps Lazada, kemudian pilih menu Account.
Skrol sedikit ke bawah dan anda akan lihat bahagian Lazada Wallet.
Sentuh bahagian tersebut untuk memaparkan gambar seperti diatas.
Sentuh pada jumlah duit yang tertera untuk masuk ke bahagian pengeluaran.
2. Pilih butang ‘Withdraw’
Untuk setakat ini kita tak dapat tentukan berapa jumlah yang nak dikeluarkan.
Kalau nak keluarkan, kena keluarkan semua jumlah yang ada.
Untuk keluarkan, teruskan untuk sentuh pada butang ‘Withdraw‘.
3. Isikan butir-butir akaun bank anda
Seterusnya lengkapkan maklumat akaun bank anda, nama bank, no akaun dan sebagainya.
Untuk bank, Lazada akan bagi senarai.
Gunakan bank yang ada dalam senarai. Jika bank tak ada dalam senarai, terpaksalah hubungi pihak Lazada…
Siap isi, teruskan untuk sentuh butang ‘WITHDRAW‘.
4. Proses verifikasi
Lazada nak pastikan yang keluarkan itu adalah anda.
Mereka akan hantar kod yang mana perlu dimasukkan untuk meneruskan proses pengeluaran ini.
Anda boleh guna 2 cara, terima kod melalui:
- Handphone
Dengan syarat, email atau nombor telefon yang digunakan itu didaftarkan / ada dalam rekod Lazada.
(Yang anda gunakan sewaktu mendaftar akaun dengan Lazada)
Saya pilih untuk terima kod melalui no phone dan prosesnya seperti berikut:
Pertama, sentuh pada butang ‘Send Code‘.
Kemudian bila dah terima SMS, masukan kod yang diterima dan sentuh butang Verify Code.
5. Proses pengeluaran siap & tunggu duit masuk
Proses pengeluaran siap.
Selanjutnya kena tunggu sehingga duit masuk ke dalam akaun anda.
Menurut Lazada proses ini mengambil masa dalam 5-15 hari.
Saya berjaya dapatkan semula refund tersebut selepas 5 hari Berkerja.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda!
Mustikauli siringoringo says
Kapan uang Saya di refund
B. L. Joseph says
5 hingga 15 hari.. Kena tunggu.
Zaza says
Sgt membantu.terima ksh tuan tanah permudahkan urusan saya.smga Allah memberkati anda
B. L. Joseph says
Sama-sama dan terima kasih… gembira dapat membantu.
Mizalwa says
Nak tanya kalau barang belum beli tapi masa nak bayar ada masalah network error so saya cancel pembelian dn wang masuk e wallet. Tidak dapat keluar duit sebab bila dah masuk no akaun semua ada massege network error. Atau kena call lazada ke
B. L. Joseph says
Stabilkan dulu network..kemudian cuba lagi.. kalau tak dapat juga kena call lazada.
Liz says
Masalah saya pula …dah masuk no otp SMS..boleh pula dia kata ada masalah “security reason”..
nasuha says
Saya pon jdi mcm tu. Boleh saya tau apa solution cik utk dpt kan duit balik? Aiyy pening saya dgn lazada ni
Haiza says
Terima kasih kerana membantu..semoga dipermudahkan urusan saudara oleh Allah SWT..
Siti Fatimah Ismail says
Hi..sy dah cuba withdraw 3x..tp semua dye refund smle dlm wallet lazada..knpe ye??
Angah says
Hai nak tnye jika tersalah akaun semasa withdraw. bagaimana until betulkan.