Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Link untuk Driver dan proses installation Printer Canon e410.
Tidak semua orang merasakan cara install printer Canon e410 itu mudah.
Baru-baru ini mak cik sebelah rumah mengaduh printer yang baru dibelinya bermasalah.
Tak dapat digunakan langsung.
Rugi sahaja beli katanya.
Maka saya dengan baik hati menawarkan diri untuk ‘tolong lihat’
Printer Canon e410
Printernya kelihatan seperti ini:
Model Canon e410.
Ia adalah jenis printer 3 dalam 1 (print, scan dan copy) yang popular dan dijual dengan harga yang agak rendah.
(Anda boleh dapatkan Printer Canon e410 dengan harga berpatutan di Shopee)
Bila saya periksa, sebenarnya printer ini tak ada masalah. Cuma cara install tak betul.
Selepas melakukan proses installation semula, printer tersebut berfungsi seperti biasa.
(Dan mak cik pun gembira tak perlu hantar ke kedai)
Panduan bergambar cara install Printer Canon e410
Jika anda memiliki printer jenis ini anda mungkin juga akan mengalami masalah yang sama.
Dan jika ya panduan ini untuk anda.
Berikut saya rekodkan langkah demi langkah cara untuk install printer Canon e410 dengan betul.
1 Sambungkan internet pada komputer anda
Ini adalah langkah yang paling penting.
Proses installation printer e410 memerlukan sambungan internet.
Kalau tidak proses installationya tidak akan selesai.
Jika anda tidak mempunyai sabungan internet tetap untuk komputer/laptop gunakan internet smartphone anda.
Melalui fungsi Wifi-hotspot atau USB tethering.
(atau bluetooth tethering tapi sambungannya agak lambat sedikit)
Anda boleh aktifkannya daripada bahagian setting:
USB tethering kena guna USB untuk sambungkan hp ke komputer.
2 Download Driver printer e410
Jika beli printer terpakai @ 2nd-hand mungkin anda memerlukan drivernya.
Anda boleh dapatkan driver dari halaman ini: Canon E410 Series MP Driver.
(Saya membuat tutorial ini berdasarkan driver yang diatas)
Kelebihannya jika kita download dari sini, kita akan dapat driver versi terkini yang mana akan mepercepatkan proses installation nanti.
3 Install driver
JANGAN sambungkan printer anda siap sedia pada komputer.
Kita akan sambungkan apabila diminta nanti.
Klik pada driver yang anda download tadi untuk mula install.
Pilih untuk Asia jika pilihan ‘Place of Residence’ muncul:
Teruskan proses installation berdasarkan arahan yang diberikan.
4 Sambungkan printer e410 anda
Sambungkan printer anda ke komputer apabila arahan ini muncul:
Sambungkan printer ke komputer, plug in kabel elektrik dan switch on printer anda.
Selanjutnya kena tunggu beberapa ketika untuk komputer melakukan kerjanya.
Proses install selesai apabila keluar paparan seperti ini:
Klik pada butang ‘Close’ dan ‘Complete’.
Jangan lupa setkan printer sebagai default.
5 Proses Install printer e410 selesai
Dan anda boleh cuba print hasilnya.
Kongsikan jika post ringkas ini bermanfaat pada anda!
Info tambahan: Aksesori pelengkap printer E410
Sebagai pemilik printer Canon E410, senarai aksesori dan barangan berikut mungkin menarik perhatian anda:
1. Ink Canon PG 47 Black & Canon CL-57s Colour
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Printer Canon menggunakan ink jenis PG47 black dan CL57 color. Sampai masanya ink printer anda habis anda boleh dapat secara online
2. Ink refill untuk Canon
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Jika anda nak jimat sedikit. Mungkin boleh cuba refill ink.
3. Cartridge Printer Head Protector
Semak harga dalam pilihan dibawah:
Kartij printer anda amat berharga.
Jika anda tidak bercadang untuk menggunakan printer dalam satu jangkamasa yang panjang adalah baik jika anda lindunginya dengan alat ini. Agar tidak kering dan rosak.
Leave a Reply