Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Agar mudah orang nak contact @ berurusan dengan kita.
Panduan ini dibuat khas untuk pengguna akaun instagram jenis personal account.
Untuk pengetahuan bersama terdapat 3 jenis akaun instagram – personal, business dan creator.
Jika kita mendaftar untuk menggunakan instagram, secara automatik kita akan diberikan akaun personal.
Personal akaun berbeza sedikit daripada akaun business dan akaun creator.
Untuk akaun business dan creator, link WhatsApp boleh dibuat secara terus dalam profile.
Untuk personal akaun pula tidak ada option untuk masukkan WhatsApp. Kena guna cara lain.
Kenapa tidak pilih sahaja akaun business atau akaun creator?
Boleh saja, akan tetapi terdapat kelemahan pada kedua-dua jenis akaun ini iaitu tidak boleh setkan profile kepada private@sentiasa public.
Kadang-kadang, sebagai manusia biasa ada masanya juga kita tidak mahu orang nampak profile kita atas sebab-sebab tertentu, sebab itulah personal akaun ini lebih baik.
Masih ada cara buat link Whatsapp di instagram dan tidaklah begitu sukar.
Teruskan membaca untuk mengetahui caranya.
1. Cara nak letak WhatsApp link di Profile
Pertama anda kena tahu bagaimana cara betul nak letak link WhatsApp dalam profile.
Sediakan dahulu link WhatsApp anda.
Anda boleh buat link guna panduan ini: Buat Link WhatsApp.
Contoh link whatsapp:
https://wa.me/60123456789
Seterusnya pergi ke bahagian ‘Edit Profile’ dalam ig anda.
2 bahagian yang kita akan ubah disini iaitu bahagian:
- Website
- Bio
Dalam ruangan ‘website‘ masukkan link whatsapp anda.
Kemudian dalam ‘Bio, selepas pengenalan, tambahkan sedikit ayat seperti ‘WhatsApp/Hubungi saya melalui link berikut:’
Hasil akhir akan kelihatan seperti berikut:
Jelas dan orang akan tahu link tersebut untuk WhatsApp anda.
2. Cara nak beritahu link WhatsApp anda dalam post
Memang tak boleh letak apa-apa link dalam post instagram personal.
Melainkan anda menggunakan akaun bisnes dan membayar untuk khidmat iklan.
Tapi anda boleh letakkan maklumat bagaimana nak hubungi anda dalam post.
Anda sudah letakkan link WhatsApp dalam bahagian profile.
Anda cuma perlu tambah sedikit dalam post anda ayat-ayat seperti ini:
- Berminat? Lawati bio untuk link wasap…
- Link WhatsApp saya ada di Bio…
Ikut kreativiti anda.
Kemudian anda boleh letak username anda dekat hujung untuk memudahkan pengunjung akses bio anda.
Contoh seperti ini:
Dalam post ini jelas beritahu bagaimana nak hubung penjualnya.
Username dekat hujung tu (@resepiborneo) bila kita klik akan terus bawah kita ke bahagian bio / profile dimana letaknya link WhatsApp tadi.
3. Cara nak letak juga link WhatsApp anda dalam post
Katakanlah anda nak letak juga link WhatsApp anda dalam post.
Dan anda tak kisah dan sanggup untuk membayar khidmat pengiklanan.
Berikut merupakan caranya:
Pertama, tukarkan dahulu akaun instagram anda daripada personal ke akaun bisnes.
Untuk menukar, pergi ke profile, klik setting, skrol ke bawah hingga anda jumpa pilihan ‘Switch to Business Profile‘.
Lengkapkan semua bahagian yang diminta.
Apabila proses penukaran ke akaun bisnes berjaya, anda akan nampak butang ‘Promote‘ akan muncul pada post anda:
Bila anda klik butang tersebut (untuk promote), akan muncul pilihan seperti ini dimana anda boleh masukkan link whatsapp anda:
4. Link WhatsApp dengan ikon di Profile instagram
Pilihan ini hanya diberikan untuk akaun bisnes yang mempunyai follower 10 ribu ke atas.
Ia sebenarnya adalah fungsi stories yang mana anda boleh masukkan link.
Kongsikan jika post cara buat link wahtsapp di instagram ini bermanfaat pada anda!
Leave a Reply