Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Belajar cara buat cover photo Facebook yang menarik dengan mudah.
Anda mahu Facebook page atau Facebook peribadi anda kelihatan lebih cantik?
Dalam post ini kita akan lihat beberapa cara untuk buat cover photo yang boleh membantu anda mencapai matlamat tersebut.
Selepas baca post ini Facebook anda pasti akan tampil dengan wajah baru yang lebih menarik.
(Contoh page bromoden)
Nota: Disarankan untuk menggunakan komputer / laptop untuk buat cover photo Facebook. Senang dan anda boleh buat dengan lebih selesa.
Teruskan membaca.
Perkara penting berkenaan Facebook cover photo
Sebelum itu, kita lihat dahulu beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui.
Pertama sekali berkenaan Saiz gambar.
Menurut Facebook, lebar minimum gambar cover photo adalah 720px.
TETAPI, jika anda pilih saiz 720px cover photo anda akan menjadi pecah dan tidak cantik.
Saiz yang selamat adalah:
- Maksimum: 2037px dan 754px
- Minimum: 851px dan 315px
(*lebar x tinggi)
Maksudnya lebar untuk gambar maksimum adalah 2037px dan minimum adalah 851px.
Tinggi maksimum pula adalah 754px dan minimum adalah 315px.
Perkara kedua berkenaan dengan paparan cover photo Facebook dekstop dan mobile phone.
Masa nak buat / pilih cover photo kena hati-hati kerana sebahagian daripada gambar anda tidak akan kelihatan dalam paparan mobile phone.
Kita lihat contoh paparan Facebook page MILO Malaysia ini:
Sebahagian daripada cover photo dipotong dan tidak kelihatan dalam mobile view.
Cara untuk mengatasi masalah ini adalah:
Letakkan benda-benda yang anda nak fokus pada bahagian tengah.
Seterusnya kita pergi ke topik utama: Cara Buat Cover Photo Facebook secara percuma.
Untuk cara buat cover photo facebook ini, kita tak perlu download apa-apa.
Kita akan gunakan aplikasi website.
Yang mana boleh dilakukan terus daripada pelayar internet yang kita gunakan.
Dengan syarat mestilah mempunyai sambungan internet…
Mari kita lihat:
Canva – Aplikasi website rekabentuk grapik
Canva adalah platform rekabentuk grapik terbaik yang pernah saya gunakan.
Anda boleh lihat laman webnya disini: Laman Rasmi Canva.
Saya sarankan anda menggunakan platform ini.
Selain daripada percuma, canva sangat mudah untuk digunakan. Hanya perlu pilih, tarik dan masuk.
Dan ia mampu menghasilkan grapik yang cantik.
Pilihan untuk buat cover photo facebook juga telah tersedia di dalam Canva.
Anda boleh pilih design yang suda sedia anda dan ubah mengikut cita rasa anda atau buat design baru.
Apa-apa pun pertama anda kena daftar dengan mereka.
Proses pendaftaran amat ringkas dan cepat.
Akses laman web Canva kemudian klik pada butang ‘Sign up‘ yang terletak di penjuru atas kanan laman.
Anda akan diberikan pilihan untuk daftar guna akaun google, Facebook atau email.
Terpulang untuk anda pilih mana satu.
Selepas daftar anda akan diberi pilihan seperti ini:
Saya pilih ‘Personal’.
Selepas tu anda boleh mula untuk buat cover photo untuk facebook anda.
Taipkan facebook pada ruangan search:
Pilih ‘Facebook Cover’.
Dan paparan seperti berikut akan muncul:
Anda boleh pilih template yang telah disediakan disebelah kiri, kemudian ubah ikut kemahuan anda.
Terdapat beberapa menu lain yang mana boleh anda fahami dengan mudah.
Seperti gambar, tulisan, grapik dan seterusnya.
Bila dah siap anda boleh download gambar tersebut menggunakan butang ‘Download’ yang terletak di penjuru atas kanan.
Mudah bukan?
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.
Leave a Reply