Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Apa yang perlu anda tahu jika nak beli barang dari luar negara.
Zaman sekarang nak beli barang mudah, buka laman web boleh beli.
Janji kita mampu bayar.
Tapi kadang-kadang barang yang kita nak beli tak dapat dicari pasaran tempatan.
Kena order dari China, USA dan sebagainya.
Bila masuk bab beli barang dari luar negara ni, kebanyakkan orang tak berani nak buat.
Ragu-ragu…
Takut rugi, takut barang ditahan kastam, tak mahu jumpa kastam, kena bayar cukai lebih dan sebagainya.
Jangan biar keraguan anda menjadi penghalang untuk anda memiliki barang yang ingin dimiliki.
Pecahan Topik: Tips Beli Barang dari Luar Negara
Dalam post ini kita akan bincangkan apakah tips dan info berkaitan dengan pembelian barang dari luar negara.
Seperti:
- Jenis cukai untuk barangan import
- Cara pengiraan anggaran cukai perlu dibayar
- Kemungkinan untuk lepas kastam
- Cara berurusan jika barang ditahan
- Cara beli barang tanpa perlu menguruskan cukai import
Yang mana mungkin berguna untuk bacaan anda.
Penafian: Saya tidak pernah mengikuti pelajaran khas berkenaan undang-undang. Penulisan ini adalah daripada pemahaman saya sendiri. Jika anda nak buat keputusan yang serius sila dapatkan nasihat dari pakar undang-undang sebenar.
Jenis Cukai untuk barangan import
Secara amnya barang yang kita beli dari luar negara mungkin akan dikenakan kepada 2 jenis cukai:
- Duti import
- SST
Kita lihat satu persatu:
1. Duti Import
Untuk setiap barangan luar yang masuk ke negara Malaysia mempunyai kadar cukainya sendiri.
Bila anda beli barang dari luar Malaysia, ini bermaksud anda mengimport barangan tersebut masuk.
Dan ia akan tertakluk kepada kadar cukai yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
(Tidak kira masuk secara sebiji-sebiji atau sekaligus dalam kuantiti yang banyak)
Tidak semua barangan yang masuk dikenakan cukai.
Ada juga barangan yang bebas cukai contohnya Hard disk komputer dan Bar code reader.
Anda boleh rujuk dokumen rasmi daripada pihak kastam sendiri untuk senarai penuh: Perintah Duti Kastam 2017.
Oleh kerana, cukai ini melibatkan duit@sumber pendapatan negara, ia mungkin akan berubah-ubah mengikut pindaan yang diputuskan oleh kerajaan semasa.
Anda boleh lihat juga senarai dokumen semasa dalam simpanan kastam: Federal Gazette.
Perintah Duti Kastam 2017 mengandungi 1,218 mukasurat, yang mana menjelaskan duti import setiap jenis barangan.
Agak payah juga nak cari satu-satu.
Tips: Kalau nak cari dengan cepat, gunakan fungsi search. Buka dokumen tersebut dalam pelayar internet, kemudian tekan pada keyboard ‘Ctrl+F’ untuk mengaktifkan fungsi carian dan taipkan jenis barangan anda.
2. SST
Cukai selanjutnya adalah SST – Cukai jualan dan perkhidmatan.
Bermula pada tahun 2018, setiap barangan yang diimport akan dikenakan SST iaitu cukai jualan sebanyak 10% daripada nilai barangan.
Mungkin ada yang dikecualikan tapi terus terang saya tak larat nak baca habis.
Untuk panduan secara kasar kita anggap sahaja setiap barangan import akan dikenakan SST sebanyak 10%.
Jika anda mempunyai masa terluang bolehlah baca dokumen rasmi dari pihak kastam ini: SST General Guide
Cara Pengiraan Anggaran jumlah Cukai yang perlu dibayar
Mungkin anda nak tahu berapakah anggaran cukai yang perlu dibayar jika anda order barangan dari luar negara.
Mungkin juga anda nak buat perbandingan harga untuk barang yang sama.
So, anda boleh putuskan beli dari dalam atau luar negara.
Kita cuba tengok contoh ringkas berikut.
Saya nak beli basikal tayar besar ini dari Amazon:
Harga barang termasuk penghantaran adalah 800 USD.
Yang mana bersamaan dengan kira-kira RM3,315.
So, anggaran nilai barangan RM3,315 (harga termasuk penghantaran).
Terdapat 2 jenis cukai yang mungkin akan dikenakan pada saya iaitu:
- Duti import
- SST
Bila saya rujuk pada dokumen Perintah Duti Kastam, basikal ini mungkin akan dikenakan duti import sebanyak 25%.
Duti import = 25/100 X RM3,315 = RM828.75.
Untuk SST pula = 10/100 X RM3,315 = RM331.5.
Jumlah anggaran cukai yang perlu saya bayar adalah: RM828.75 + RM331.5 = RM1,160.25.
Mungkin ada tambahan seterusnya bergantung pada jenis barang yang anda order.
Tambahan mungkin dalam RM50 ke RM100.
Contohnya jika barangan elektronik yang memerlukan SIRIM perlu bayar permit sirim dan sebagainya. Begitu juga dengan barang-barang perubatan seperti vitamin.
Berikut merupakan contoh dokumen pembayaran cukai bagi barang yang dibeli dari luar negara:
Barang tersebut dikenakan cukai duti import dan cukai jualan (sst).
Kemungkinan barang untuk lepas kastam
Mungkin anda pernah dengar atau baca berkenaan yang barang dibeli secara online tidak ditahan.
Boleh lepas terus kastam tanpa perlu anda bersusah payah untuk urus pembayaran cukai.
Sebenarnya ia bergantung kepada 2 faktor:
- Harga / Nilai barangan
- Jenis barang
(Dan mungkin juga timbang rasa @ mood pegawai kastam yang menerima barang anda)
Ada dinyatakan di laman rasmi kastam yang mana seolah-olah memberitahu bahawa barang yang bernilai kurang daripada RM500 tidak akan ditahan.
Berikut merupakan petikan yang diambil daripada laman tersebut:
Anda boleh lihat halaman tersebut disini: Panduan penerimaan & penghantaran.
Apa yang saya faham daripada petikan tersebut adalah:
Jika nilai barang yang kita order kurang daripada RM500, boleh lepas.
Tetapi kita kena tengok juga faktor yang seterusnya: Jenis barang
Jika jenis barangan yang anda order tersebut memang terang-terang dikenakan cukai duti import maka barang tersebut akan ditahan.
Terdapat juga kes yang barang sepatutnya tidak dikenakan cukai tapi dikenakan cukai.
Ini kerana, pegawai kastam yang bertugas menafsirkan jenis barangan berdasarkan apa yang dinyatakan pada maklumat postage.
Oleh itu mungkin kita kena bincang dengan penjual agar mereka meletakkan description barangan yang sesuai.
(jika ingin lepas)
Ada juga kes barang mahal tapi boleh lepas.
Ini bernasib baiklah, kerana dapat pegawai pemeriksa yang baik hati.
Cara berurusan jika barang anda ditahan
Jika barang yang kita order mempunyai tracking number, kita boleh lihat status semasa barang tersebut.
Sampai di Malaysia, pemeriksaan kastam dan seterusnya.
Bila sampai pada pemeriksaan kastam selalunya kita akan tunggu.
(Dan berharap barang lepas).
Jika tidak lepas ia akan dinyatakan dalam status tracking. Contohnya seperti berikut:
(atau pihak pos akan call anda)
Jika anda dapat status seperti ini anda boleh buat 2 pilihan.
- Bayar pihak pos laju untuk menguruskan hal-hal cukai untuk anda.
- Datang ke pejabat dimana barangan tersebut ditahan untuk urus sendiri.
Jika anda nak yang senang, anda bayar pihak pos laju untuk uruskan bagi pihak anda.
Selalunya kita akan pilih option yang ini jika lokasi rumah kita jauh daripada lokasi pejabat pos dimana barang kita ditahan.
Kalau tak silap saya bayaran pengurusan dalam RM50.
Dan anda kena kirimkan bukti-bukti pembelian seperti invoice atau resit kepada mereka.
Selepas barang anda siap diuruskan, lepas kastam, ia akan dihantar ke lokasi pejabat post terdekat dengan anda.
Selanjutnya anda kena bayar jumlah cukai tersebut dengan tambahan cas pengurusan ketika nak menuntut barang tersebut.
Jika anda nak urus sendiri, anda kena datang ke pejabat pos di lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) seperti berikut:
- Pejabat Pos LTA Langkawi, Kedah
- Pejabat PosLTA Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Pejabat PosLTA Kuala Lumpur, Sepang
- Pejabat PosLTA Senai, Johor
- Pejabat PosLTA Kota Kinabalu, Sabah
- Pejabat PosLTA Labuan,Sabah
- Pejabat PosLTA Kuching, Sarawak
sumber: Importing/Exporting Goods Custom
Atau di lokasi yang dinyatakan dalam status tracking barang anda.
Sila bawa kesemua bukti-bukti pembelian seperti resit atau invoice dan juga anggaran jumlah wang untuk membayar cukai.
Bukti tersebut akan diminta ketika berurusan nanti.
Cara urusannya pula tidaklah sesusah yang disangka.
Anda akan diminta oleh pegawai kastam untuk membuka bungkusan barangan untuk melihat barangan didalam.
Seterusnya anda akan melawat beberapa kaunter, bayar dan anda boleh bawa balik barangan tersebut.
Cara beli barang dari luar negara tanpa perlu menguruskan cukai
Ada tak cara nak beli barang tanpa perlu fikir tentang cukai segala?
Ada…
Caranya anda beli daripada platform online shopping tempatan yang menawarkan barangan dari luar negara.
Contoh paling dekat adalah Lazada dan Shopee.
Cuma kadang-kadang barangan yang kita mahu tak ada dijual diplatform tersebut…
So, jika anda nak beli barangan luar negara dari Lazada atau Shopee anda tak perlu risau tentang cukai ini.
Ia dinyatakan dengan jelas dalam platform tersebut:
Contohnya anda nak beli helmet berharga RM2.5K dari luar negara di Lazada:
Anda hanya bayar harga yang dinyatakan dalam halaman produk tersebut.
Tidak perlu fikirkan tentang kastam, cukai dan sebagainya.
Jika ditahan oleh pihak kastam ia adalah tanggungjawab penjual untuk menguruskannya.
Selain itu anda boleh gunakan juga khidmat daripada Ezbuy.
Anda boleh lihat lamanya dekat sini: ezbuy.my
EZbuy membolehkan kita membeli barangan yang tak ada dijual dalam platform online shopping tempatan dan dalam masa yang sama tidak perlu risau tentang cukai dan sebagainya.
Harga mungkin akan lebih mahal daripada yang ditawarkan.
(Tambahan cas servis mereka)
Dengan syarat barangan yang anda order tersebut bukanlah barangan yang dilarang untuk di import masuk atau memerlukan permit khas.
Menurut Ezbuy antara barangan larangan adalah seperti berikut:
Anda boleh baca serba serbi tentang EZbuy ini dekat sini: Ezbuy Quick Guide.
Kesimpulannya – Urusan Beli barang dari luar negara tidak sesukar yang disangka
Jika anda bercadang nak beli barang dari luar negara jangan ragu-ragu.
Petama buat kajian terlebih dahulu: harga barang, jenis barang, anggaran cukai….
Mungkin semasa beli anda boleh berkomunikasi dengan penjual berkenaan declaration barang dan juga declaration harga.
Tapi ini tidak digalakkan… sebab cara ini mungkin lebih cenderung kepada nak elak cukai.
(Terpulang pada anda)
Seterusnya sediakan dokumen berkaitan: Resit, invoice, bukti pembelian, email komunikasi atau mana-mana yang berkaitan.
Ini akan digunakan untuk menyokong hujah anda semasa penilaian barang tersebut.
Kemudian anda tunggu barang sampai, dengan harapan barang tersebut lepas.
Kalau tak lepas, anda boleh minta tolong pejabat pos uruskan atau datang sendiri ke pejabat post lapangan terbang antarabangsa.
Dan anda akan dapat barang tersebut.
Selesai.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda ya!
Dan jangan lupa likes page bromoden untuk info terkini…
Amisha says
Hi,saya telah menerima barang daripada UK ,tapi bukan daripada pembelian .Saya diminta untuk membayar 1000dollar USD bermaksud 4100 ringgit Malaysia untuk melunaskan duti import yang dikenakan .
Jadi saya ingin meminta pandangan adakah wajar jumlah Wang dikenakan .
B. L. Joseph says
Hi, pertama sekali pastikan dahulu kesahihan barang tersebut. Takut2 kita terkena taktik scam. Untuk kira anggaran cukai barang, kita boleh cuba cari barangan yang sama dalam platform jualbeli seperti amazon. Kita lihat harga barangan termasuk shippingnya ke Malaysia. Daripada total tersebut barulah kita boleh kira anggaran cukai yang mungkin dikenakan. Boleh rujuk dekat post atas untuk lihat bagaimana nak kira anggaran cukai….
atiqah says
hai assalamualaikum, kalau barang tu bukan kita yang beli , contoh sedara bagi hadiah dr luar negara , mcm mana tax tu dikenakan ?
Daus says
Salam sejahtera, saya rasa saya sudah kena scamer …sebab apa saya ada beli laptop dengan harga sekian²..selepas pada itu saya diminta oleh penjual untuk bankin kepDa dia sebanyak 1500 untuk kos aktifkan kad waranti rasmi..dan dia kata duit itu akan dikembalikan dalam masa 10/20 minit…adakah ini betui …dia dia mendakwa saya akan ditahan oleh pihak imigresen Indonesia sekiranya tidak menjelaskan bayaran tersebut…dan saya tidak mempercayai…
yun says
saya pun kena macam ni jugak.. dan saya dah terbayar rm980 utk aktif warranty card dan katanya kena bayar lagi rm2200 utk settle pada imigresen indonesia tapi saya hanya bayar rm1000 je. Saya nak tanya betul ke bab kena tangkap dgn polis imigresen indonesia tu? memang betul kena tangkap ke atau memang scam ni??
Suriani says
Hi,saya telah menerima barang daripada UK ,tapi bukan daripada pembelian .Saya diminta untuk membayar 2000 ringgit Malaysia untuk melunaskan duti import yang dikenakan .
Jadi saya ingin meminta pandangan adakah wajar jumlah Wang dikenakan .
B. L. Joseph says
Adakah saudari pasti barangan itu betul-betul barangan? Kerana terdapat taktik scam seperti ini. Jika cukai yang dikenakan sebanyak RM2000, barangan tersebut sepatutnya berharga Rm8,000 ke atas…
Jal says
Selamat sejahtera,
Saya ada beli handlebar basikal mtb,
Harga dia 90usd+shipping 35usd :125usd anggaran dlm myr550++,
Skali kedai tax kastam dalam myr185, awat mahai , depa campoq total skali shipping ka atau kira harga barang skali , mohon tuan bg pencerahan..mekasih.
yun says
saya nak beli barang gajet dari indonesia, harga barang rm450, tapi lepastu seller minta pula rm980 katanya untuk aktifkan kad warranty, tapi tak lama lepastu seller minta lagi rm2200 katanya untuk settlekan pada polis imigresen smart card member… tapi rm980 dgn rm2200 tu katanya 100% money back..
so kat sini saya nak tanya pendapat adakah ini scam?
erin says
jika barang bawah 500 tidak perlu bayar cukai kan ?? sebab saya rasa ini scammer dia suruh saya 750 untuk hidupkan kad waranti , saya juga membeli barangan di Indonesia