Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Bayar bil air anda dengan mudah menggunakan Online Banking Maybank2u.
Sebelum ini saya ada menulis post berkenaan tentang cara bayar bil air secara online untuk penduduk Sabah menggunakan apps Sabah Pay.
Selain guna apps, para Sabahan juga boleh membayar bil air anda dengan menggunakan Maybank2u.
Caranya mudah dan ringkas.
Yang diperlukan adalah:
- Bil air terkini @ no akaun bil air anda
- Maybank2u
Caranya seperti berikut:
1. Login masuk kedalam akaun Maybank2u anda
Jangan guna apps Maybank. Jabatan Air Sabah tidak muncul dalam senarai Payee.
Anda kena login masuk guna pelayar internet (browser).
Lawati laman rasmi maybank2u: Maybank2u
2. Pilih ‘Pay Bills’
Dalam akaun maybank2u anda klik pada simbol ‘3 titik’ untuk mempamerkan menu ‘Pay bills’:
Pilih menu ‘Pay bills‘:
3. Pilih ‘Jabatan Air Sabah’
Selepas anda pilih Pay bills paparan berikut akan muncul:
Anda boleh set ‘Pay from’, bayar dari akaun mana.
Pastikan pada bahagian ‘Pay to‘ disetkan kepada ‘Payee‘.
Dibawah bahagian ‘Payee’, terdapat ruangan ‘New Payment…‘ untuk anda memilih kepada siapa anda mahu bayar.
Klik bahagian tersebut dan taipkan ‘Jabatan Air Sabah‘:
Daripada pilihan yang diberi, pilih ‘Jabatan Air Sabah‘
4. Lengkapkan butir-butir yang diperlukan & Bayar
Paparan seperti berikut akan muncul:
Lengkapkan butiran yang diperlukan.
Masukkan amount @ jumlah bayaran berdasarkan bil air terkini anda.
Untuk akaun no anda boleh rujuk bil air anda. Ia terletak pada bahagian atas bil air anda.
Dibawah ‘No. Akaun’:
Nombor akaun yang sama juga ada tertera dibawah bar kod.
Untuk date @ tarikh, letakkan tarikh terkini.
Siap isi klik pada butang ‘Pay’.
Teruskan dengan proses pembayaran hingga siap.
Dan tahniah, anda telah berjaya membayar bil air secara online menggunakan Maybank2u.
Sedikit penutup kata…
Cara ini nampak lebih ringkas jika dibandingkan dengan cara bayar bil air sabah guna apps ‘Sabah Pay’.
Namun begitu, satu kelemahan cara ini adalah kita tidak dapat pastikan pembayaran itu sampai atau tidak.
Kena tunggu bil seterusnya untuk lihat rekod.
Jika anda guna Sabah Apps, agak lebih yakin kerana sistemnya bersambung terus dengan rekod Jabatan Air Sabah.
Kongsikan jika post ini bermanfaat!
Dionysia Goh says
Tunjuk la bah juga kan bahagian mana tu No. Akaun bill air di bill air tu.. Alang² juga ni mau kasi info..
B. L. Joseph says
Ala.. Sorry. Ada dibawah title No. Akaun. Sudah diupdate post diatas. Thanks ya.