Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Senarai apps untuk lajukan internet di handphone anda!
Stress dengan kelajuan internet handphone anda?
Siapa pun akan naik geram bila internet lambat macam siput.
Lebih-lebih lagi saat kita nak cepat.
Terdapat beberapa app yang dibuat khas untuk lajukan internet yang boleh anda gunakan.
Jika anda cuba search dekat Google Play, berlambak yang akan muncul.
Sampai tak tahu nak pilih mana satu.
Untuk mudahkan anda, disini kami senaraikan beberapa App terpilih yang boleh lajukan internet handphone.
(khas untuk Android sahaja)
Siap dengan ringkas setiap satu.
Senarai App Lajukan Internet
Berikut merupakan ringkasan dalam senarai ini:
Untuk maklumat penuh setiap aplikasi di atas, teruskan membaca.
1 Net Optimizer | Optimize Your Internet Speed
Download di Google Play: Net Optimizer – by Net Optimizer.
Aplikasi ini akan mencari dan menggunakan DNS server yang terpantas berdasarkan lokasi dan internet anda.
Dengan ini data paket akan dihantar dan diterima dengan lebih pantas.
Hasilnya? Loading laman web menjadi lebih pantas, online game kurang lag.
Boleh digunakan untuk wifi dan juga mobile data connection (3G/4G/5G).
2 Speedify – Fast & Reliable VPN
Download di Google Play: Speedify – by Connectify Inc.
Aplikasi terbaik jika anda selalu tak duduk diam satu tempat – Traveler.
Atau seorang Youtuber, video blogger atau pengguna internet yang tak mahu internet connection terganggu tak kira berada dimana jua.
Speedify menggunakan VPN server.
Pernah dinominasikan sebagai ‘servis vpn terpantas’ oleh Tom’s Guide.
Sistemnya akan mengatur online traffic berdasarkan connection internet yang ada untuk memastikan video, streaming, live atau download anda tidak terganggu.
3 Internet Optimizer & Faster, Fix Online Game Ping
Download di Google Play: Internet Optimizer – by Scoreboot.
Aplikasi ini asalnya adalah percuma tapi kini kena beli dengan harga lebih kurang RM1.50+.
Ia popular dan kebolehannya dipercayai.
Aplikasi Internet Optimizer akan membaiki internet lag, internet ping, menambah kelajuan loading browser dan mengurangkan ping online game.
Boleh digunakan untuk mobile data dan juga wifi.
Lagi satu pilihan terbaik untuk app yang boleh lajukan internet anda.
4 Connection Stabilizer Booster
Download di Google Play: Connection Stabilizer Booster – by Supersonic Soft.
Connection Stabilizer Booster adalah aplikasi terbaik yang menstabilkan internet, penyambung semula dan booster untuk 2G GPRS, EDGE, HSPA 3G, 4G LTE dan WIFI.
Jika anda sering mengalami masalah seperti internet terputus selepas tempoh masa tertentu, ada connection tapi tak loading app ini untuk anda.
5 Network Signal Speed Booster
Download di Google Play: Network Signal Speed Booster.
Aplikasi ini dapat meningkatkan kekuatan isyarat rangkaian anda, termasuk isyarat Wi-Fi dan isyarat telefon, untuk meningkatkan kelajuan internet dan meningkatkan sambungan rangkaian.
6 DNS Changer: Fast & Secure DNS
Download di Google Play: DNS Changer: Fast & Secure DNS.
DNS yang baik dan selamat akan meningkatkan kelajuan internet.
Aplikasi ini mengubah DNS asal dalam smartphone kepada DNS pilihan anda atau DNS yang terbaik.
Ini termasuk DNS yang dibekalkan oleh Google, Cloudflare, Quad9, Verisign dan banyak lagi.
Bagaimana hasilnya?
Adakah app diatas berjaya lajukan internet anda?
Kongsikan post ini untuk mereka yang memerlukan.
Leave a Reply