Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Pernahkah anda terfikir apakah yang berlaku jika kita sign in atau login menggunakan akaun Google atau Facebook?
Dalam post ini kita akan lihat perkara seperti:
- Apa itu ‘Login with Google / Facebook’
- Apakah yang terjadi disebalik tabir
- Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil
- Cara membatalkan penggunaan akaun anda
Jika kita tahu apakah yang berlaku, maka lebih mudah kita untuk menjaga keselamatan data dan juga diri kita di dunia internet.
Teruskan membaca.
Apa itu ‘Login with Google / Facebook’
Jika anda adalah pengguna internet setia, anda mungkin pernah menjumpai cara login atau buat akaun seperti ini:
Ia juga sering muncul dalam apps smartphone seperti ini:
Cara login ini disediakan oleh syarikat yang berkenaan – Google dan Facebook.
Kemudian digunakan oleh pihak ketiga seperti pemilik laman web dan pemilik apps agar pengguna lebih mudah mendaftar dengan mereka.
Pengguna boleh mendaftar akaun tanpa perlu melalui cara konvensional.
Tidak perlu isikan butir-butir seperti nama, umur, password dan sebagainya.
Gunakan sahaja butir-butir yang ada daripada Google atau Facebook.
Apakah yang terjadi disebalik tabir
Setiap kali kita ingin mendaftarkan akaun di mana-mana laman atau apps, kita perlu memberikan butir-butir diri kita.
Contohnya nama, jantina, tarikh lahir, email dan sebagainya.
Ini semua diperlukan oleh pemilik laman atau apps untuk membuat identiti kita sebagai pengguna.
Apabila kita memilih untuk mendaftar menggunakan akaun Google atau Facebook, kita tidak perlu memberikan semua ini satu persatu.
Kita hanya perlu memasukkan id dan password Google / Facebook.
Pemilik laman / apps kemudiannya menggunakan protokol pengesahan yang dikenali sebagai OAuth untuk berhubungan dengan Google / Facebook.
Mereka akan meminta maklumat yang diperlukan tentang diri anda daripada Google / Facebook.
Dan apa maklumat yang diminta tersebut sepatutnya dinyatakan dengan jelas sebelum anda menekan butang bersetuju.
Apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil
Kebiasaannya maklumat yang diminta adalah seperti nama, tarikh lahir, gambar profile, email dan seterusnya.
Yang mana merupakan maklumat yang biasa diperlukan jika kita nak membuat akaun.
Kita cuma perlu berhati-hati jika pihak tersebut meminta kebenaran seperti ‘edit akaun google/facebook’ anda.
Berikut merupakan perkara yang perlu kita ambil perhatian:
- Gunakan cara login ini hanya jika kita betul-betul percaya pihak tersebut.
- Perhatikan betul-betul apa yang diminta sebelum memberi kebenaran.
- Aktifkan 2-step verification untuk akaun Google dan Facebook anda.
- Jika diberikan pilihan antara Google atau Facebook, pilih Google dahulu.
- Batalkan kebenaran untuk mana-mana servis yang anda tidak gunakan lagi
Pertama sekali, saya sarankan anda untuk gunakan cara login ini hanya untuk mana-mana laman atau apps yang benar-benar dipercayai.
Jangan jika ada sahaja pilihan ini terus gunakan.
Jika ada pilihan guna form, guna dahulu cara tersebut.
Kita boleh tahu dan tentukan maklumat yang kita berikan.
Jika memilih untuk login cara ini, perhatikan juga dan fahami apakah yang diminta sebelum bersetuju.
Jika sebelum ini anda selalu mendaftar menggunakan cara ini dekat mana-mana, aktifkan 2-step verification untuk login akaun Google atau Facebook anda.
Login ini boleh mematahkan cubaan untuk login, sekiranya id dan password anda disalahgunakan.
Untuk aktifkan anda boleh rujuk:
Jika terdapat servis atau apps yang pernah didaftar menggunakan cara ini tetapi tidak lagi digunakan, batalkan.
Cara membatalkan penggunaan akaun anda
Cara untuk lihat semua kebenaran yang anda berikan dan cara untuk membatalkan adalah seperti berikut:
1. UNTUK AKAUN GOOGLE
Untuk lihat dan batalkan access lawati: https://myaccount.google.com/security
Skrol sedikit kebawah dan cari bahagian ‘Third-party apps with account access‘.
Kemudian klik pada ‘Manage third-party access‘.
Semua yang ada berkaitan dengan akaun Google anda akan muncul disini.
Berserta juga denga jenis kebenarannya.
Jika terdapat apa-apa servis yang anda tidak gunakan lagi, pilih servis tersebut dan klik pada butang ‘REMOVE ACCESS’.
1. UNTUK AKAUN FACEBOOK
Klik pada ikon menu yang terletak di penjuru kanan atas paparan facebook.
Pilih ‘Setting & Privacy’ kemudian ‘Settings’.
Kemudian pada ruangan menu ‘setting’ yang terletak di sebelah kiri, pilih ‘Security and login‘:
Seterusnya pilih ‘Apps dan Websites (masih lagi di menu sebelah kiri).
Paparan apps dan website yang mempunyai access ke facebook akan kelihatan seperti berikut:
Dalam paparan ini anda boleh lakukan perkara seperti view, edit atau remove.
Semoga post ini bermanfaat untuk anda.
Leave a Reply