Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Untuk kenal lebih jelas tentang Hashtag #
Hashtag adalah penggunaan lambang ‘#’ di depan sebarang perkataan yang dipilih contohnya #bromoden.
Ia digunakan dalam laman media sosial seperti twitter dan facebook untuk tujuan mengelaskan topik-topik tertentu agar lebih mudah dicari.
Setelah sekian lama menggunakan hashtag ini, pernakah terlintas di fikiran anda apakah hashtag sebenarnya?
Luangkan sedikit masa anda untuk mengetahui apa itu hastag, asal usulnya dan bagaimana cara pakai @ cara gunanya dalam media sosial seperti twitter, instagram, facebook dan lain-lain.
Dalam post ini:
Pengenalan ringkas tentang Hashtag
Hashtag adalah gabungan 2 perkataan iaitu Hash + Tag = Hashtag.
Kadangkala juga ia disebut “sharp” atau simbol “pagar”.
Simbol Hash = #.
Ingat tak suara operator telefon “Sila masukkan nombor telefon anda di ikuti dengan butang hash“?
Pada butang dail telefon simbol ini terletak pada bahagian paling bawah sebelah kanan.
Tag pula boleh dikatakan sebagai penanda atau label untuk memudahkan kita mengenali, mencari dan menyusun sesuatu.
Dari mana datangnya Hastag?
Penggunaan awal simbol hash ini dikesan seawal tahun 1970-an sebagai mod alamat untuk program komputer PDP-11 (komputer mini 16-bit).
Penggunaan simbol hash ini kemudiaannya beralih kepada bidang “chatting” apabila digunakan oleh IRC sebagai label untuk Group dan juga Topic.
Penggunaan pertama hastag dalam media sosial dicadangkan oleh Chris Messina dalam twitter.
Tujuan beliau adalah untuk melabelkan topik-topik tertentu menggunakan simbol hash atau hashtag.
Dipendekkan cerita akhirnya hashtag kini menjadi popular di Twitter dan juga media sosial lain seperti Instagram, Facebook, Flicker, Tumblr dan lain-lain.
Untuk apa guna Hashtag?
Kebanyakkan orang menggunakan hashtag hanya untuk suka-suka sahaja (termasuk saya sendiri sebelum ini).
Kawan buat so kita pun buatlah…
Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa harus, perlu dan baiknya jika kita menggunakan hashtag dalam interaksi media sosial seharian kita.
1. Hashtag memudahkan anda untuk dijumpai.
Jika anda mempunyai bisnes, hashtag membantu para pelanggan untuk mencari anda dalam media sosial.
Contohnya jika anda menggunakan hashtag seperti #BaranganBayi, setiap carian untuk “Barangan Bayi” akan melibatkan anda.
2. Hashtag memudahkan anda untuk mencari sesuatu.
Jika anda ingin mencari atau membuat kajian tentang sesuatu topik di media sosial, gunakan hashtag. Lebih fokus.
3. Hashtag mendapat lebih banyak klik.
Ini penting untuk para pengusaha online.
Nota: Elakkan pengunaan terlalu banyak hashtag dalam satu-satu post. Ini membuatkan post anda kelihatan seperti spam.
4. Hashtag menjadi pautan
Setiap hashtag yang anda buat akan menjadi pautan atau link yang mana jika diklik akan mengumpulkan semua post yang menggunakan hashtag yang sama.
5. Hashtag boleh mengambarkan emosi atau maksud tertentu
Menjadikan post anda lebih menarik atau membawa maksud tertentu tanpa anda perlu menjelaskannya.
Contoh yang biasa digunakan #JanganKecamSaya #TakSabarMenunggu #MasukBakulAngkatSendiri.
Cara guna Hashtag
Anda tidak perlu apa-apa perisian, pengetahuan program komputer atau kelulusan khas untuk membuat hashtag.
Apa yang perlu anda buat hanya letakkan simbol “# didepan apa-apa perkataan yang anda mahu gunakan seperti ini #BuatHashtag.
Untuk panduan bersama berikut beberapa tips untuk buat hashtag
- Tidak boleh ada jarak @ Space dalam Hashtag. Buat seperti ini #TiadaJarak bukan seperti ini #Tiada Jarak.
- Guna huruf besar untuk setiap perkataan baru agar mudah dibaca. #PandaiInternet lebih mudah dibaca daripada #pandaiinternet. Namun begitu kedua-duanya merujuk kepada topik yang sama, tidak ada beza.
- Boleh guna angka atau nombor. #Nombor1 diterima dalam hashtag.
- Tidak boleh guna simbol. Simbol-simbol seperti ,.”!?’$%* dan lain-lain tidak digunapakai dalam hashtag kerana ia membawa maksud lain (disimpan untuk tujuan lain).
- Bebas guna apa sahaja huruf @ perkataan. Tidak ada senarai disediakan dalam hashtag. Apa-apa perkataan boleh dijadikan hashtag dengan hanya menambah simbol #. #HashtagPertamaSaya.
Penggunaan Hashtag di media sosial
Setakat ini antara media sosial yang menyokong penggunaan hashtag adalah:
- TikTok
- YouTube
Malah LinkedIn juga menyokong penggunaan hashtag ini dalam platform mereka.
Mari kita lihat contoh penggunaan hashtag untuk setiap media sosial tersebut.
Hashtag di Twitter
Tempat lahirnya hashtag. Digunakan lebih meluas jika dibandingkan dengan media sosial lain.
Kegunaan utama hashtag di twitter adalah untuk menandakan topik tertentu. Jika anda perasan pada twitter anda terdapat ruangan “Trend”, yang mana mengumpulkan topik yang mungkin menarik minat anda berdasarkan post @ tweet anda.
Hashtag secara automatiknya bertukar menjadi link @ pautan. Klik pada hashtag tersebut akan mempamerkan post-post lain pada topik yang sama yang mana menggunakan hashtag yang sama atau berkaitan.
Hashtag di facebook
Hashtag diperbolehkan di facebook pada tahun 2013.
Jika anda klik pada hashtag, facebook akan mempamerkan post-post yang mengandungi hashtag yang sama.
Ada sumber yang menyatakan bahawa hashtag tidak sesuai digunakan dalam facebook.
Namun itu bergantung pada individu masing-masing. #SukaHatiKitalah
Hashtag di Instagram
Hashtag digunakan dalam instagram sebagai pelengkap foto yang dikongsikan yang mana akan membantu anda terutamanya untuk:
- Mendapat like dan seterusnya
- Mendapatkan follower.
Anda boleh menggunakan lebih banyak hashtag dalam instagram, lebih banyak jika dibandingkan dengan media sosial yang lain.
Namun begitu, jangan guna lebih dari 30 hashtag untuk satu-satu post.
Hashtag di Pinterest
Jika anda mahu menggunakan hashtag dalam Pinterest, dinasihatkan untuk menggunakan hashtag yang unik dan berkaitan dengan anda, blog anda atau bisnes anda.
Contohnya #bromoden untuk bromoden.com.
Elakkan daripada menggunakan #hashtag umum seperti #CaraCaraGunaHashtag. Ini untuk mendapatkan lebih banyak peluang untuk para pengguna sampai ke pin anda yang lain.
Risiko buruk guna Hashtag
Guna hashtag pun ada risiko?
Ya. Jika anda tersilap pilih atau guna hashtag. Tersilap guna boleh menjatuhkan nama atau bisnes anda.
Contohnya anda tidak sengaja menggunakan hashtag seperti ini:
Suasana malam pada hari pertama perayaan… #MalamPertama
Secara tidak langsung post anda itu akan termasuk dalam topik #MalamPertama yang mana…Cuba search sendiri di Twitter.
Kesimpulannya, sebelum anda memutuskan untuk menggunakkan hashtag tertentu buat kajian terlebih dahulu. Sangat penting jika anda mahu menjaga reputasi bisnes atau laman web anda.
Saya berharap post ini bermanfaat pada semua. #SilaShare
Leave a Reply