Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Signal ok, signal tak ok, internet sangat lambat…
Disini saya kongsikan cara untuk lajukan internet handphone yang lembap.
Mungkinkah masalah tersebut berpunca daripada handphone?
Atau memang line yang tak baik?
Boleh cuba satu persatu cara ini. Boleh digunapakai untuk semua rangkaian – celcomdigi, maxis, umobile dan lain-lain.
Panduan ini dibuat khas berdasarkan OS Android. Untuk iOS juga boleh digunapakai, cuma cara dan settingnya mungkin beza sedikit.
Isi kandungan cara adalah:
Jangan lupa no 9 mesti dilakukan jika memang benar bukan masalah dari handphone anda.
Daripada tak buat apa-apa, cuba dahulu cara ini.
Selamat mencuba!
1 Bersihkan cache Apps
Bersihkan cache pada aplikasi yang ada pada handphone.
Terutama sekali apps yang menggunakan internet.
Cache yang terkumpul akan memakan prestasi handphone anda dan seterusnya akan memberi kesan kepada kelajuan internet.
Untuk membersihkan cache secara manual anda boleh pergi ke:
Settings > Apps
Kemudian pilih aplikasi yang kerap anda gunakan.
Contohnya pelayar internet, facebook apps, permainan/games dan sebagainya.
Paparan App info akan keluar seperti berikut:
Klik/sentuh pada bahagian Storage.
Dibawah bahagian Cache, terdapat butang Clear cache. Tekan butang tersebut.
Anda akan lihat nombor pada bahagian tepi akan berkurangan.
2 Ubah setting internet
Cara ini berguna untuk tempat-tempat yang mana signal rangkaian yang anda guna tidak stabil.
Bagaimana nak tahu signal tidak stabil?
Signal tidak stabil jika ia kerap berubah.
Ssekejap E, H+ dan kadang-kadang boleh dapat 4G.
Setting asal (setting kilang) untuk internet biasanya disetkan pada ‘automatik‘.
Ini membuatkan signal pada handphone kita sentiasa berubah-ubah, ikut mana signal yang lagi kuat.
Contohnya tempat anda boleh dapat signal 5G, tapi oleh kerana signal E lebih stabil maka handphone anda pilih E.
Lalu internet anda pun ikutlah kelajuan E siput.
Untuk situasi ini, anda kena ubah setting internet, jangan pilih ‘automatik’.
Caranya ubah adalah seperti berikut:
Settings > More > Mobile networks > Preferred network type
NOTA: Cara untuk akses bahagian prefered network type mungkin berbeza pada setiap handphone.
Klik pada Prefered network type dan pilih jenis signal yang terpantas yang ada.
3 Buang widget dan aplikasi yang tidak digunakan
Apa itu widget?
Widget adalah paparan seperti jam, kalender, Google search, ramalan cuaca dan sebagainya yang muncul pada home screen / paparan utama handphone anda.
Tahukah anda widget tersebut mempengaruhi kelajuan internet anda?
Terutama sekali widget yang memerlukan sambungan internet.
Contohnya widget ramalan cuaca, widget google news…
Oleh itu, bersihkan widget tersebut.
Buang widget yang ada pada home screen handphone melainkan anda betul-betul memerlukannya.
Bergantung kepada jenis handphone, cara membuang widget adalah seperti berikut:
Sentuh widget > Ikon tong sampah keluar > Tarik widget tong sampah
Buang juga aplikasi yang anda tidak gunakan.
Hampir semua apps yang ada di google play menggunakan internet untuk memperlihatkan iklan-iklan mereka.
Terutama sekali aplikasi yang sering muncul dalam notifikasi handphone anda.
Yang jenis inilah banyak menggunakan internet anda dalam diam-diam.
4 Guna aplikasi pelaju internet
Adakah anda tahu bahawa terdapat beberapa aplikasi dibuat khas untuk menambah kelajuan internet handphone anda?
Anda boleh memuat turn aplikasi tersebut dari Google Play.
Untuk senarai aplikasi pelaju internet terpilih boleh rujuk post ini:
Senarai App Lajukan Internet untuk Android.
Selepas install cuba buka pelayar internet anda untuk lihat jika terdapat sebarang perubahan. Tidak salah untuk mencuba bukan?
5 Gunakan pelayar internet yang pantas
Apa pelayar internet atau browser yang anda gunakan?
Kelajuan internet handphone anda juga dipengaruhi oleh jenis pelayar yang anda gunakan.
Mungkin anda mahu mencuba pelayar internet ‘Brave’ untuk menggantikan ‘Chrome’?
Brave dikatakan 3x lebih pantas daripada Chrome. Selain itu privasi anda lebih terjaga dengan menggunakan Brave.
Anda boleh mencuba pelayar internet Brave disini: Brave Google Play
6 Reset Internet Connection
Kadang-kadang akan terjadi gangguan sambungan internet handphone anda dengan menara pemancar.
Ini sering berlaku kepada handphone model lama atau yang kurang RAMnya.
Untuk mengatasi masalah ini, reset sambungan internet anda dengan cara:
- Padam dan pasang semula handphone anda atau;
- Aktifkan mod airplane dan untuk seketika kemudian kembalikan kepada normal mod.
7 Tutup operasi background bagi aplikasi yang tidak digunakan
Jika anda sering berpindah dari satu apps ke apps yang lain, apps yang terdahulu akan terus beroperasi di background.
Ini akan memakan RAM anda dan seterusnya menjadikan internet handphone anda lembab.
Berikut merupakan cara untuk menutup aplikasi background tersebut.
- Tekan menu aplikasi terbaharu. Menu ini adalah salah satu daripada 3 butang pada bawah handphone anda dan selalunya berbentuk segi empat.
- Tarik keluar aplikasi yang anda tidak gunakan.
Atau,
- Masuk ke bahagian setting handphone anda.
- Cari bahagian Apps atau Appplication Manager. Nama bahagian ini mungkin berbeza-beza mengikut jenis handphone. Contohnya, untuk Samsung ia dipanggil “Application Manager”, untuk LG adalah Setting>General>Apps.
- Pilih aplikasi yang anda mahu matikan dan tekan “Force stop“
Mahu cara yang lagi mudah?
Cuba gunakan aplikasi: Task Killer
Cara gunanya:
- Install.
- Tekan untuk buka.
- Tandakan (tick) pada aplikasi yang ingin anda matikan kemudian tekan pada “Kill selected“.
8 Factory reset untuk reset semua setting
Internet masih lagi lambat? Mungkin sistem handphone anda sudah bermasalah.
Seringkali terjadi untuk handphone yang telah digunakan sekian lama.
Cara paling mudah untuk mengembalikan setting dan sistem asal adalah factory reset.
Jika anda perlukan bantuan cara untuk melakukan factory reset dan juga membuat back-up semua nombor, fail, video dan sebagainya boleh rujuk pautan ini:
Format Handphone: Cara Lengkap Backup & Factory Reset Android
9 Buat aduan pada MCMC
Internet masih juga lambat selepas langkah diatas?
Kita buat aduan pada MCMC.
Kita berhak untuk dapatkan kelajuan minimum seperti yang dijanjikan oleh penyedia rangkaian yang kita pilih.
Untuk membuat aduan, pertama sekali kita periksa dahulu kelajuan internet yang kita dapat.
Boleh gunakan laman seperti speedtest.net.
Jika keputusan kelajuan jauh berbeza daripada apa yang dijanjikan, buat aduan.
Untuk membuat aduan lawati laman: https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main.
Pertama kita kena register terlebih dahulu.
Selepas register bolehlah membuat aduan dalam kategori telecomunication. Siap aduan anda akan diberi no rujukan untuk sebarang komunikasi akan datang.
Sudah mencuba semua tips untuk lajukan internet handphone yang dinyatakan diatas? Apa pendapat anda?
Jika handphone anda model lama dan anda punya bajet mungkin boleh pertimbangkan untuk beli baru? Boleh rujuk panduan ini:
21+ Smartphone Murah Terbaik sekitar RM500 di Malaysia.
Kongsikan pada kawan anda yang selalu mengeluh internetnya lambat..
Idham says
Terima kasih. Dah cuba buat line bertambah laju.