Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Untuk pencarian yang lebih cepat dan tepat.
Secara purata kita menggunakan Google Search 4 kali sehari.
Selain daripada taip dan search, adakah anda pernah tahu cara menggunakan Google Advanced Search?
Dengan menggunakan cara search ini, kita boleh mendapatkan apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan lebih cepat dan tepat.
Dalam post ini kita akan lihat:
- Apakah Senarai Google Search Operator
- Cara Guna Google Search Operator untuk menambahbaik kehidupan harian
Bookmark dan save post ini untuk kegunaan dihari-hari mendatang.
Senarai Google Search Operator
Google search operator adalah huruf, perkataan atau arahan khas yang boleh digunakan dalam Google search untuk hasil pencarian yang lebih tepat.
Berikut merupakan senarai Google Search Operator terkini yang boleh digunapakai:
" "
: Untuk pencarian yang hanya mengandungi parameter yang diberikan. Contohnya carian "blog bromoden"
hanya akan memberikan keputusan yang mengandungi ayat tepat “blog bromoden”
OR
: Untuk pencarian yang sekurang-kurangnya mengandungi salah satu daripada parameter diberikan. Contohnya carian blog OR bromoden
akan memberikan keputusan berkenaan dengan “blog” ataupun “bromoden”
|
: Sama fungsi seperti OR (diatas).
AND
: Untuk pencarian yang hanya mengandungi kombinasi parameter yang diberikan. Contohnya carian blog AND bromoden
akan memberikan keputusan yang mana mesti mengandungi “blog” dan “bromoden” dalam page yang sama.
-
: Untuk pencarian yang tidak mengandungi parameter yang diberikan. Contohnya carian blog -bromoden
akan memberikan keputusan yang mengandungi “blog” tolak blog yang berkaitan dengan “bromoden”.
*
: simbol bintang atau Asterisk digunakan untuk menggantikan apa-apa perkataan atau ayat. Contohnya carian blog * bromoden
akan memberikan keputusan yang mana mengandungi perkataan “blog” kemudian apa-apa perkataan atau ayat di tengah dan diakhiri dengan perkataan “bromoden”.
( )
: Penggunaan operator ini sama seperti cara penggunaannya dalam operasi matematik. Biasanya digunakan apabila lebih daripada satu operator digunakan. Apa-apa parameter didalam () akan diproses terlebih dahulu sebelum parameter dan operator lain.
define:
: Memberikan definisi bagi parameter yang diberikan. Contohnya define:blog
akan memberikan definisi tentang ‘blog’.
cache:
: Memberikan keputusan ‘copy’ kepada halaman yang kita cari dalam simpanan Google. Sebagai contoh laman web bromoden.com tidak dapat diakses. Dengan menggunakan operator cache:bromoden.com
, google akan memberikan hasil carian rakaman terkini laman web tersebut dalam simpanan mereka.
filetype:
: Carian untuk jenis fail tertentu contohnya jpeg dan pdf. Contohnya, carian bromoden filetype:jpeg
akan memberikan hasil carian bergambar yang mengandungi perkataan ‘bromoden’.
ext:
: Sama seperti filetype:
.
site:
: Untuk hasil carian daripada laman web tertentu. Contohnya carian site:www.bromoden.com internet
akan memberikan hasil carian berkaitan dengan perkataan ‘internet’ daripada laman web ‘www.bromoden.com’.
intitle:
: Untuk hasil carian yang mana tajuk page mengandungi parameter yang diberikan. Contohnya carian intitle:bromoden
akan memberikan keputusan yang mana mempunyai perkataan ‘bromoden’ di dalam tajuknya.
allintitle:
: Untuk hasil carian yang mengandungi semua parameter yang diberikan dalam tajuknya. Contohnya carian allintitle:bromoden blog
akan memberikan hasil carian yang hanya mengandungi ‘bromoden’ dan ‘blog’ dalam tajuknya.
inurl
: Untuk hasil carian yang mana parameter yang diberikan ada dalam url. Contohnya, carian allinurl:bromoden
akan memberikan hasil yang mana ‘bromoden’ ada dalam url page tersebut.
allinurl
: Sama seperti diatas. Untuk parameter yang lebih daripada satu perkataan.
src:
: Untuk mencari halaman yang menggunakan foto dari alamat tertentu. Contohnya carian src:https://www.bromoden.com/images/bromoden.jpeg
akan memberikan hasil carian mana-mana page yang menggunakan image tersebut.
Agak panjang senarainya.
Anda mungkin mempersoalkan kenapa mesti mahu merumitkan cara menggunakan google search dengan operator-operator ini sedangkan kita boleh sahaja taip dan search.
Teruskan membaca.
Cara Guna Google Search Operator Dalam kehidupan harian
Berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan Google search operator dalam situasi-situasi yang mana akan memudahkan kehidupan dan aktiviti harian kita.
1 Anda mahu mencari resepi berdasarkan bahan yang ada
Jika anda mahu mencari resepi berdasarkan bahan yang ada didapur anda boleh menggunakan operator intitle
, kemudian gunakan operator -
untuk menyingkirkan keputusan carian yang menggunakan bahan-bahan yang tiada di dapur anda.
Contohnya, anda mahu memasak ayam kari tetapi bahan-bahan seperti tomato dan yogurt tiada. anda boleh buat carian seperti ini: intitle:resepi kari ayam -tomato -yogurt
.
Ini akan memberikan hasil carian resepi kari ayam yang tidak menggunakan tomato dan yogurt sebagai bahan resepi.
2 Anda mahu belajar kemahiran atau hobi baru
Jika anda ingin belajar kemahiran baru, contohnya bermain gitar. Anda boleh menggunakan operator site:
untuk mencari bahan atau panduan daripada laman web yang boleh dipercayai.
Sebagai contoh site:www.udemy.com gitar
untuk mencari kursus belajar gitar daripada laman terkenal udemy.com.
Atau anda boleh mencari bahan pdf yang boleh dicetak terus dengan menggunakan operator seperti ini: filetype:pdf belajar gitar
3 Anda mahu mencari tiket kapal terbang murah
Contohnya anda bercadang untuk terbang ke Tokyo dan mahu mencari harga tiket terbaik. Anda boleh menggunakan search operator seperti ini flights kuala lumpur tokyo (cheap OR discount OR deal OR offer)
.
Ini akan memberikan hasil carian yang mengandungi perkataan seperti cheap, discount, deal dan offer untuk tiket penerbangan ke Tokyo.
4 Anda mahu mencari ebook terbaik untuk bacaan
Contohnya anda mahu mencari ebook berkaitan dengan ‘artificial intelligence’ dalam bentuk pdf dan ebook tersebut tidak berkaitan dengan topik seperti ‘ethics’ atau ‘philosophy’.
Anda boleh menggunakan kombinasi search operator seperti ini: intext:artificial intelligence -ethics -philosophy filetype:pdf
.
5 Anda mahu membeli laptop 8GB atau 16GB RAM online.
Anda boleh gunakan google dan search operator seperti ini: site:shopee.com.my laptop (8GB OR 16GB)
.
Ini akan memberikan anda keputusan carian laptop yang mempunyai RAM 8GB dan 16GB di Shopee.
Boleh tukarkan bahagian site untuk periksa di laman web online shopping lain seperti Lazada.
Ada pelbagai lagi kombinasi lain yang boleh anda cuba. Anda boleh fahami dan cuba satu persatu kombinasi Google Search Operator diatas.
Dengan sedikit kreativiti pencarian anda dalam Google akan menjadi lebih pantas dan tepat.
Semoga cara menggunakan Google Advanced Search ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahbaik kehidupan harian bersama.
Leave a Reply