Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Anda boleh pilih dan dapatkan harga terbaik untuk renew insurans kereta.
Kita lihat bagaimana cara mudah untuk renew insurans kereta secara online.
Juga boleh renew sekali roadtax kereta.
Kita boleh pilih sendiri mana satu insurans yang kita mahu.
Mudah, pantas dan jimat!
Cara Renew Insurans Kereta Online
Pernah dengar tentang PolicyStreet?
PolicyStreet beroperasi dibawah Polisea Pte. Ltd, Pendaftaran: 201601041144 (1212085-T).
Syarikat yang mempunyai kelulusan sebagai Financial Adviser dan Islamic Financial Adviser oleh Bank Negara Malaysia.
Mereka muncul misi untuk menukarkan sistem lama cara kita beli insurans menjadikannya lebih ringkas, mudah dan murah.
Cukup tentang PolicyStreet.
Anda boleh baca lanjut tentang mereka disini.
Kita terus ke inti utama post iaitu bagaimana cara untuk renew insurans kereta secara online.
Langkah-langkahnya seperti berikut:
1 Lawati PolicyStreet & Dapatkan Quotation
Pertama sekali, lawatai laman PolicyStreet.com.
Anda akan disapa dengan paparan seperti diatas.
Masukkan info yang diminta – Nombor kereta, poskod kawasan kediaman, IC pemilik kereta, no tel dan email.
(dan juga status bujang / bekhawin)
Siap isi teruskan klik pada butang ‘Get Started‘.
2 Pilih Insurans yang Terbaik
Seterusnya anda akan diberikan beberapa insurans untuk dipilih.
Antaranya termasuk:
- AXA Affin General Insurance Berhad
- Etiqa General Takaful Berhad
- Berjaya Sompo Insurance Berhad
- Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
- RHB Insurance Berhad
- Takaful Ikhlas General Berhad
- MSIG Insurance Berhad
- Tune Protect Group Berhad
- Zurich General Insurance Malaysia Berhad
- Pacific & Orient Insurance Co. Bhd
Mungkin terdapat beberapa lagi tambahan jenis insuran lain.
PolicyStreet jamin akan bagi anda harga setanding dengan mana-mana syarikat lain, termasuk pengeluar insurans itu sendiri.
(mungkin lebih murah dari pembekal insurans lain)
Dengan syarat kita kena bagi info yang tepat dalam langkah pertama tadi.
So, kita boleh pilih dengan yakin tanpa takut merasa rugi @ tertipu.
Klik pada insurans pilihan anda untuk meneruskan.
3 Masukkan Maklumat Tambahan
Seterusnya, lengkapkan apa-apa maklumat tambahan yang diperlukan.
Dan klik pada butang ‘Proceed‘.
4 Pilih Tambahan Servis jika berkenaan
Untuk bahagian ini anda boleh pilih servis & coverage tambahan.
Seperti roadtax, tambahan pemandu, windshield coverage dan seterusnya.
Selalunya kita akan ambil Roadtax dan pemandu tambahan.
Jika ada orang lain yang menggunakan kereta selain anda, baik ambil servis ini untuk memudahkan apa-apa urusan jika diperlukan kelak.
Untuk Roadtax, PolicyStreet akan hantar terus pada kita melalui pos.
Biasanya ia mengambil masa 2-3 hari untuk Semenanjung Malaysia dan dalam 5 hari untuk sampai ke Sabah & Sarawak.
Jika anda tak ingat bila roadtax anda habis tempoh boleh rujuk dekat sini: JPJ – Semakan tarikh luput kenderaan bermotor.
Lagi satu, untuk renew roadtax tidak boleh terdapat hutang saman yang belum langsai.
Untuk periksa saman-saman boleh gunakan ini: Semakan saman JPJ & AES
Selesai bahagian ini, boleh teruskan ke bahagian seterusnya.
5 Pastikan Semua Maklumat Betul
Paparan ini akan memperlihatkan semua info maklumat yang anda isi dan pilih.
Pastikan semua maklumat betul sebelum ke bahagian seterusnya.
6 Buat Pembayaran & Siap!
Langkah terakhir, buat pembayaran.
Anda boleh buat pembayaran melalui pilihan berikut:
- Credit and Debit Card (Mastercard, Visa, UnionPay)
- FPX (Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, Bank Islam, Bank Rakyat, BSN, CIMB, Hong Leong Bank, HSBC, Kuwait Finance House, M2U, OCBC, Public Bank, RHB, Standard Chartered Bank, UOB, Bank Muamalat), Affin Online, Am Online, Bank Rakyat, CIMB Clicks, Hong Leong Connect, Maybank2U, MyBSN, RHB Now
- GrabPay, Boost Wallet, MAE by Maybank2u, MCash, ShopeePay and Touch ‘n Go
Bacaan Berkaitan: Cara Tukar Limit Maybank2u (Transfer / Debit Kad / ATM)
Selepas pembayaran berjaya, notifikasi, resit pembayaran, e-Policy/e-Cover akan dihantar ke email yang anda berikan dalam tempoh masa 5 minit.
Jika anda risau atau nak pasti boleh hubungi StreetPolicy menggunakan info berikut:
- Call Customer service +603-3310 0063
- WhatsApp +601 11-684 2590
Cara untuk menghubungi mereka juga dinyatakan dalam laman web mereka pada bahagian paling bawah:
Perkara Lain Berkaitan
Berikut merupakan soalan & jawapan yang mungkin berguna pada anda.
1. Bagaimana jika saya tidak berkenaan dengan senarai insuran yang diberikan?
Anda boleh hubungi PolicyStreet menggunakan info berikut:
- Telefon +603-3310 0063
- WhatsApp +60111-684 2590
- emel [email protected]
Mereka mungkin akan berikan anda pilihan insurans lain seperti:
- Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
- AmGeneral Insurance Berhad
- Kurnia Insurans (Malaysia) Berhad
- Lonpac Insurace Berhad
- Tokio Marine Insurans Berhad
- Chubb Insurance Malaysia Berhad
- Great Eastern General Insurance (Malaysia)
- MPI Generali Insurans Berhad
- QBE Insurance (Malaysia) Berhad
2. Adakah selamat untuk saya renew roadtax secara online?
Ya, selamat.
Servis yang ditawarkan oleh PolicyStreet ini telah diaudit, disahkan dan diluluskan oleh JPJ dan Kerajaan Malaysia.
Lagi satu, bila kita renew roadtax dengan cara ini, kita tidak perlu nak print atau bawa kad kereta ke JPJ untuk renew roadtax.
3. Saya dah cuba guna aplikasi diatas, tapi kereta saya tiada dalam senarai…
Anda hubungi terus Street policy. Pasti ada sesuatu disebalik semuanya ini…
Caranya memang benar-benar mudah bukan?
Tidak perlu lagi nak jumpa penjual insurans dan sebagainya.
Duduk dekat rumah pun sudah boleh selesai.
Kongsikan pada semua rakan-rakan kita yang memiliki kereta!
Leave a Reply