Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Banyak perkara menarik yang anda boleh jumpa di dalamnya.
Ada baiknya untuk anda cuba download data akaun facebook anda.
Terutama sekali jika anda bercadang untuk delete akaun facebook.
Atau jika anda suda menggunakan akaun facebook yang sama lebih dari 10 tahun.
Banyak perkara yang menarik dan luar dari sangkaan yang boleh anda jumpa di dalam data tersebut.
Cara untuk download data facebook
Berikut merupakan cara untuk download data akaun Facebook anda.
Mudah sahaja, boleh lakukan terus dari handphone.
Cuma masa download nanti mungkin lebih baik guna komputer / laptop.
Kerana saiz failnya agak besar, terutama sekali jika anda memang dah lama guna facebook dan sering buat post, upload gambar dan video.
1 Buka apps facebook & akses bahagian menu
Buka aplikasi facebook dalam handphone anda kemudian klik pada ikon menu (3 garis bertindih)
2 Pilih ‘Setting & privacy’
Skroll ke bawah dan cari pilihan ‘Setting & privacy‘, klik pilihan tersebut.
3 Pilih ‘Setting’
Dibawah pilihan ‘Setting & Privacy’, klik lagi pada pilihan ‘Setting‘.
4 Pilih ‘Profile Settings
Dalam paparan yang diberikan, pilih ‘Profile Settings‘ yang bersebelahan dengan gambar profile anda.
5 Pilih ‘Download profile information’
Skroll ke bawah ke bahagian sehingga anda jumpa bahagian ‘Your facebok information’.
Dibawah bahagian ini klik pada pilihan ‘Download profile information‘.
6 Pilih info / data yang nak di download
Untuk setting default yang diberikan, anda akan download kesemua data facebook anda yang ada.
Anda boleh buat pilihan dibahagian ini, mana yang anda nak dan tidak.
Caranya, untik / unselect pilihan.
7 Klik butang ‘Create File’
Siap pilih skroll ke bahagian paling bawah sekali dan klik pada butang ‘CREATE FILE‘.
8 Tunggu notifikasi Facebook
Proses untuk create file ini mengambil sedikit masa.
Facebook akan hantar notifikasi jika fail anda suda siap.
Bila fail data anda suda tersedia, jangan tangguh. Terus saja download.
Kalau tak silap Facebook hanya bagi masa selama 4 hari untuk kita download.
Lebih daripada daripada itu, mereka akan delete dan kita kena create fail semula.
9 Download Data Facebook anda
Untuk download, anda boleh pergi ke bahagian yang sama, kemudian pilih tab ‘AVAILABLE COPIES‘.
Dan sentuh pada butang download.
Mudah bukan?
Jika fail data anda terlalu besar mungkin agak sedikit menyusahkan untuk download dalam handphone.
Anda boleh juga download fail data tersebut daripada Facebook versi website anda.
Ikuti sahaja langkah diatas, kemudian bila nak download anda boleh lakukan cara ini:
Download fail Data Saiz besar dari Facebook Versi Website:
- Klik menu dropdown (ikon anak panah tanpa ekor) di penjuru atas kanan
- Pilih ‘Setting & Privacy > Setting’
- Pilih ‘Privacy’ dalam menu yang disediakan di sebelah kanan
- Seterusnya ‘Your Facebook Information’
- Dan klik ‘view’ dalam bahagian ‘Download Profile Information’
10 Lihat Data anda
Anda boleh lihat kandungan data anda menggunakan handphone / Komputer.
Fail tersebut akan dibaca menggunakan pelayar internet (browser).
Jika anda download data facebook anda menggunakan handphone, apabila siap anda boleh buka fail tersebut dan paparan seperti ini akan muncul:
Boleh lihat satu persatu fail tersebut.
Apakah isi Fail Data Facebook tersebut?
Saya telah gunakan Facebook lebih daripada 10 tahun.
Daripada zaman ‘Mafia Wars’ sehinggalah ke sekarang.
Dalam tempoh masa lebih 10 tahun tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang saya lakukan dalam facebook.
Daripada komen, mesej, foto, tempat yang dilawati dan sebagainya.
Saya sendiri pun tak ingat.
Apa yang saya jumpa dalam fail data Facebook agak menarik.
1. Senarai lengkap data dan aktiviti anda dalam facebook
Jika anda download semua data, terdapat 35 jenis fail:
- about you
- account center
- ads and businesse
- apps and website
- archive
- comments
- event
- facebook gaming
- friends
- groups
- interactions
- likes and reaction
- location
- marketplace
- messages
- music reccomendation
- other activity
- pages
- payment history
- photos and videos
- privacy checkup
- profile information
- rewards
- saved item and collection
- search history
- security and login information
- short videos
- stories trash
- voice recording and transcriptions
- your places
Agak melampau lengkap juga data yang facebook simpan ya…
Kalau nak cari sendiri pun tak dapat info sebanyak ini.
Anda boleh lihat ‘bagaimana’ diri anda suatu ketika dahulu
Dalam Facebook anda boleh lihat bagaimana perbezaan diri anda jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu.
Cuba lihat dalam bahagian data Post dan juga Comments
Lihat post dan komen yang anda pernah berikan daripada mula memiliki akaun facebook.
Malu bila baca balik. Nampak sangat emosi tak stabil di suatu ketika dahulu.
Kalu boleh nak delete semua 😂😂😂
Yang ini kalau nak cari sendiri belum tentu jumpa.
Mungkin anda terjumpa komen yang tak sepatutnya wujud dan harus dipadamkan.
Jumpa ‘friend’ yang hilang dari ingatan
Ketika meneliti bahagian komen, saya terjumpa komen dengan orang yang saya tak ingat langsung sekarang.
Daripada pertukaran komen, ia seolah-olah kami saling mengenali.
Saya cuba lihat profail orang tersebut, tapi tak kenal langsung.
Jumpa benda yang pernah menarik perhatian
Ada ketika sewaktu menggunakan facebook kita jumpa benda yang menarik atau penting.
Tapi tak ada masa nak tengok habis.
Atau kita nak simpan untuk suatu masa nanti.
Tapi akhirnya lupa dan hilang dari ingatan.
Anda boleh cuba lihat bahagian fail ‘saved item and collection’
Boleh dapatkan semua koleksi gambar dan video anda dalam facebook
Anda boleh dapatkan semua koleksi gambar dan video dalam facebook anda.
Tanpa perlu klik satu persatu dalam facebook.
Bergantung pada aktiviti anda dalam Facebook, ada banyak lagi perkara yang boleh anda jumpai.
Saya sarankan anda ambil masa untuk cuba download data facebook anda dan lihat sendiri.
Leave a Reply