Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
e-wallet & prepaid mastercard untuk urusan jual beli dalam dan luar negeri.
Apa itu BigPay?
Adalah soalan yang muncul dalam fikiran anda setelah tidak sengaja terbaca / terdengar tentang apps ini.
Post ini membawa anda untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang BigPay.
Berikut antara topik yang dibincangkan:
- Apa itu BigPay?.
- Bagaimana cara daftar BigPay?
- Bagaimana Cara guna BigPay?.
- Apakah yang BigPay boleh lakukan?
- Apa Kebaikan & Keburukan BigPay?
- Selamat tak guna BigPay?
Teruskan membaca.
1 Apa itu BigPay?
BigPay adalah Prepaid MasterCard dan juga e-Wallet.
Jika anda guna BigPay anda akan dapat e-Wallet dan juga prepaid Mastercard.
Ia juga merupakan aplikasi smarpthone yang boleh digunakan untuk aktiviti jual beli online, bayar bil, share bayar bil, hantar duit dan terima duit.
BigPay diperkenalkan oleh AirAsia.
AirAsia Tony Fernandes. Siapa tak kenal?
Dizaman yang menuju ke arah cashless ini, servis yang ditawarkan oleh BigPay amat memberikan kita manfaat.
Ia memudahkan urusan kewangan anda dalam dan luar negeri.
Anda boleh lihat laman web mereka di sini: www.bigpayme.com.
2 Bagaimana cara daftar BigPay?
Jika berminat, berikut merupakan cara nak daftar BigPay.
Mudah sahaja.
1. Muat turun & Install aplikasi BigPay
Pertama muat turun aplikasi BigPay daripada Google Play atau App store:
Teruskan untuk install aplikasi tersebut.
2. Daftar akaun BigPay
Siap install buka aplikasi.
Paparan pertama yang muncul adalah seperti berikut:
Klik pada butang ‘Sign Up‘ untuk mula mendaftar.
Pilih lokasi, ‘Malaysia‘.
Atau ‘Other’ jika anda kini menetap di luar Malaysia.
Seterusnya masukkan nombor telefon anda.
Kemudian tekan butang ‘Send code‘.
Kod verification akan dihantar ke nombor yang anda masukkkan.
Seterusnya, masukkan password pilihan.
Jika smartphone anda mempunyai fungsi fingerprint, anda boleh set fingerprint.
Klik butang ‘Agree’ pada bahagian term & condition.
(Dinasihatkan untuk baca seimbas terma & syarat ini)
Teruskan untuk melengkapkan butir-butir diri anda (Tell us about yourself)
Butir-butir yang diperlukan adalah seperti:
- Nama seperti dalam IC/MyKad
- Alamat email
- Tarikh lahir
- Jantina
- Warganegara
- Nombor IC/MyKad (masukkan nombor sahaja)
- Pekerjaan (Pilih daripada senarai yang disediakan)
- Industri pekerjaan
Seterusnya, lengkapkan bahagian alamat (Whats’s your home address?).
Selepas alamat adalah bahagian ‘Referral code‘.
Jika anda masukkan kod referal, anda dan empunya kod akan sama-sama menerima RM10.
Saya amat berbesar hati jika anda gunakan referral saya ini:
Masukkan referral code jika ada.
Seterusnya anda akan diminta untuk mengambil gambar IC/MyKad, gambar selfie dan juga video bersuara.
Tips untuk gambar IC, gunakan kertas putih sebagai latar gambar IC anda.
Tips untuk selfie, video bersuara?
Rapikan rambut dan gunakan baju yang sesuai…
Langkah seterusnya: Top up RM20 dalam wallet BigPay anda.
Jangan bimbang, RM20 tu tetap milik anda.
Boleh digunakan kelak.
Tujuan top up adalah untuk proses verifikasi sahaja
BigPay nak tahu anda betul-betul nak guna atau tidak.
Kemudian barulah mereka akan hantar masterkad kepada anda.
3. Tunggu kad sampai & aktifkan.
Kad anda akan sampai ke alamat yang diberikan dalam masa 5-7 hari berkerja.
Kalau dah lebih 14 hari dan kad tak sampai-sampai, hubungi BigPay melalui chat dalam aplikasi mereka.
Bila anda dah terima kad BigPay, buka aplikasi dan klik pada ‘I have receive my card‘.
Masukkan 3 digit CVC yang tertera pada belakang kad anda.
Set nombor pin kad dan kad anda berjaya diaktifkan.
3 Bagaimana cara guna BigPay?
Untuk gunakan BigPay ini ada 3 perkara yang perlu anda tahu:
- Cara guna Prepaid MasterCard BigPay
- Cara guna e-Wallet BigPay
- Cara top-up akaun BigPay
#1. Cara guna Prepaid MasterCard BigPay
Prepaid MasterCard BigPay cara gunanya sama seperti mana-mana kad MasterCard lain.
Anda boleh gunakan kad ini di mana-mana kaunter pembayaran di seluruh dunia.
(Kecuali North Korea dan Israel).
Anda boleh guna dengan cara paywave (scan kad) atau masukkan pin kad anda.
Dengan syarat kaunter pembayaran tersebut menerima MasterCard.
Ini termasuk aktiviti jual, beli, bayaran secara online.
Contohnya beli barang online, bayar servis online dan sebagainya.
Untuk pembayaran online pula, kena masukkan butir-butir kad anda.
Prepaid MasterCard BigPay ini disambungkan dengan akaun e-Wallet BigPay anda.
Penggunaan kad akan ditolak daripada baki akaun BigPay anda.
#2. Cara guna e-Wallet BigPay
Untuk aplikasi e-Wallet BigPay anda perlu masuk ke dalam aplikasi BigPay.
Kemudian anda boleh pergi ke bahagian Payment untuk lakukan aktiviti kewangan anda.
Antara transaksi yang boleh anda lakukan adalah:
- Minta bayaran daripada kawan-kawan (pengguna BigPay lain)
- Hantar duit pada pengguna BigPay lain
- Bayar menggunakan QR code
- Transfer duit dari akaun BigPay ke bank tempatan
- Hantar duit ke luar negara
- Bayar bil
- Ang Pao (terbaru)
Tiada prosedur yang rumit untuk gunakan aplikasi ini.
Orang kata nampak saja dah tahu apa nak buat.
#3. Cara top-up akaun BigPay
Untuk top up / tambah baki akaun BigPay anda boleh guna:
- Online banking (bank-bank tempatan)
- Kad kredit / Kad Debit
Dalam aplikasi BigPay, sentuh pada simbol ‘+’ di sebelah baki akaun anda, kemudian pilih jumlah dan seterusnya bank.
Atau, boleh juga melalui menu:
Settings > Top up Sources
Apapun, mari kita lihat lebih terperinci fungsi BigPay:
4 Apakah yang BigPay boleh lakukan?
Apakah yang kita boleh lakukan dengan BigPay?
Fungsi dalam BigPay mungkin bertambah dari masa ke semasa.
Berikut merupakan fungsi setakat saya menulis post ini.
Pertama sekali kita lihat Prepaid MasterCard nya:
Fungsi Prepaid MasterCard Bigpay
Fungsi MasterCard BigPay sama seperti mastercard biasa.
Anda boleh gunakannya untuk:
- Membayar di kaunter pembayaran yang menerima MasterCard
- Boleh buat bayaran secara pay wave
- Boleh buat bayaran guna pin
- Boleh withdraw duit dari mana-mana atm yang menerima mastercard
- Boleh guna untuk pembayaran online
Dimana anda boleh guna kad BigPay?
Anda boleh gunakan kad ini di seluruh dunia.
KECUALI Korea Utara dan Israel.
Asalkan tempat yang anda gunakan itu menerima mastercard.
Untuk keluarkan duit dari mesin atm juga sama.
Anda boleh gunakan kad ini untuk keluarkan wang dari mana-mana mesin atm.
Dengan syarat, mesin atm tersebut menerima mastercard.
Nota: Cas RM6 akan dikenakan untuk pengeluaran cash dari atm di Malaysia dan RM10 untuk luar negara.
Fungsi Aplikasi e-Wallet BigPay
Apakah yang anda boleh lakukan dengan e-Wallet BigPay?
Anda boleh buat perkara seperti berikut dengan e-Wallet BigPay:
- Minta bayaran daripada pengguna BigPay lain
- Hantar duit dengan pengguna BigPay yang lain
- Share bayar bil atau bayaran lain dengan kawan-kawan
- Buat atau minta bayaran menggunakan QR Code
- Transfer duit dari akaun BigPay ke bank tempatan
- Transfer/hantar duit ke bank luar negara
- Bayar bil elektrik, air, telefon postpaid, astro
- Bayar Loan Courts Mammoth
- Hantar Ang Pao dengan pengguna BigPay lain
Untuk hantar, minta, share bayaran dan Ang Pao, ia hanya boleh dilakukan sesama pengguna BigPay.
Contohnya anda beli makanan di foodpanda.
Boleh order sekali kemudian bahagikan bill dengan kawan-kawan.
Antara senarai bill-bill yang boleh dibayar menggunakan BigPay adalah seperti berikut:
(rekod setakat Febuari 2021)
Bil elektrik
- Nur Power Distribution
- Sabah Electricity
- Sarawak Energy
Bil Air
- Air Johor
- Air Kedah
- Air Kelantan
- Air Kuching
- Air Melaka
- Air Negeri Sembilan
- Air Perak
- Air Perlis
- Air Selangor
- Air Terengganu
Bil telefon
- Celcom Postpaid
- RedONE Postpaid
- U Mobile Postpaid
- Yes Postpaid
Bil lain-lain
- Astro
- Courts Mammoth
5 Apa Kebaikan & Keburukan BigPay?
Sebab terbesar kenapa saya tertarik dengan BigPay adalah kerana Prepaid Masterkadnya.
Dengan adanya kad BigPay, saya dapat lakukan transaksi yang selama ini tak dapat dibuat atau ragu-ragu nak buat.
Cara apply senang, hanya apply secara online.
Cara aktifkan pun senang, hanya perlu aktifkan melalui aplikasinya.
Jika terjadi sebarang masalah, contohnya kad hilang juga senang.
Cuma perlu block atau deactivate kad.
Mari kita lihat beberapa kebaikan BigPay:
Kebaikan BigPay
- Anda boleh miliki masterkad yang boleh digunakan di seluruh dunia tanpa perlu susah-susah nak apply dengan bank.
- Transaksi online luar negara lebih mudah. Tak perlu nak aktifkan kad.
- Tiada cas tersembunyi untuk pertukaran mata wang antarabangsa.
- Boleh track perbelanjaan secara automatik. Tak perlu susah isi tracking apps.
- Boleh kumpul Big Point untuk beli tiket kapal terbang.
- Boleh lock/freeze kad dengan pantas guna apps, jika kad hilang / dicuri.
Bagi yang nak lihat dimana perginya duit anda tiap bulan boleh gunakan kelebihan BigPay ini.
Setiap perbelanjaan yang anda lakukan menggunakan BigPay akan direkodkan dalam bahagian analytics:
Kalau anda nak yang lebih detail boleh export keluar rekod perbelanjaan anda.
(terdapat butang export pada bahagian atas paparan analytics)
Keburukan BigPay
- Sistem e-Wallet BigPay belum lagi popular dikalangan peniaga di Malaysia.
- Tak boleh guna untuk bayar Grab.
- Exchange rate kadang-kadang berubah mengikut masa vendor menerima bayaran.
- Bagi mereka yang nak berbelanja besar, maximum top-up hanya RM10,000.
6 Selamat tak guna BigPay?
Pertama sekali, BigPay diluluskan @ mendapat kelulusan daripada Bank Negara.
Sumber: Bank Negara: List of regulatees
Perkataan kelulusan Bank Negara pun dah buat kita rasa agak selamat.
Selain itu, aplikasi BigPay dilengkapi dengan sistem sekuriti seperti fingerprint dan juga facial recognition untuk melindungi wallet pengguna.
BigPay juga tidak bersambung secara terus dengan akaun bank kita.
Kita cuma top up dari bank bila nak tambah balance.
Jika berlakunya kejadian seperti kad hilang atau dicuri, anda boleh deaktivate kad, lock atau freeze kad tersebut dengan pantas melalui aplikasi BigPay.
Tak perlu nak buat panggilan seperti prosedur biasa yang diamalkan oleh bank-bank.
So, apa itu BigPay?
Pendapat saya?
BigPay adalah servis yang memberi manfaat kepada gaya hidup masa kini.
Pertama, saya boleh memiliki mastercard yang mana kalau nak apply dekat bank belum tentu dapat.
(Ditambah lagi dengan servis cas dan bunga dari bank 😰)
Saya rasa, ramai yang buat transaksi antarabangsa, shopping online tapi dibataskan oleh cara pembayaran…
Kedua, saya boleh gunakan kad tersebut untuk transaksi online dalam & luar negeri. Mudah.
Ketiga, saya boleh kawal perbelanjaan dan lihat kemana duit dibelanjakan melalui fungsi spending tracking yang disediakan.
Dan akhir sekali, oleh kerana Mastercard ini jenis prepaid, saya tak akan berhutang. Saya hanya boleh belanjakan apa yang ada dalam balance e-wallet saya.
Hidup lebih mudah bukan?
nur says
Selamat pagi, soalan saya duit dalam big pay boleh transfer ke akaun bank mana-mana (malaysia) ka..tq
B. L. Joseph says
Salam sejahtera, ya boleh dalam Bigpay ada bahagian payment > transfer ke bank local dalam malaysia..
Mohd Rizal says
Mula daftar utk mmbayar deposit rm20 ,msuk wang di akaun mna sbagai wang pendahuluan?
SITI says
Ada syarat umur tak untuk mendaftar?
B. L. Joseph says
Umur sekurang-kurangnya 18 tahun.
MOHD YUSRI B ZAPFRI ISMAIL says
Kalau dari indonesia or thailand nak transfer atau topup ke bigpay kita boleh ke?bigpay ada account no yg org boleh transfer kat bigpay kita tak?maaf bertanya..sebab nak tahu bende yg baru..
B. L. Joseph says
Untuk setakat ini, bigpay hanya boleh menerima duit daripada pengguna Bigpay lain. Kita boleh guna debit/kredit card untuk top-up, tapi ia hanya boleh dilakukan daripada apps/akaun pemilik Bigpay. Jika tuan nak terima wang dari luar negara, saya cadangkan untuk guna Payoneer. Saya gunakan Payoneer sebagai altenative paypal untuk menerima duit luar dari Malaysia.
Siti says
Salam, mo tanya, contoh saya beli barang online di US, boleh gunakan bigpay?
B. L. Joseph says
Jika laman tersebut menerima masterkad pasti diterima…
Faez says
Hi , Sya ingin bertanya . Rm20 itu akan masuk ke Bigpay e-wallet sepenuhnya atau akan ditolak fees ? Dan berapa amount minimun yg perlu ada dlm akaun ataupun boleh jaa withdraw kesemuanya ? Tq b
B. L. Joseph says
RM20 itu akan masuk semuanya dalam e-wallet. Tiada fees. Tiada amaount minimum yang perlu ada dalam akaun. Boleh withdraw kesemuanya…
Aisyah says
Nak tanya, kalau nak buat pembelian di luar negara, sama ada guna kad atau qrcode.. kena tukar ke duit negara lain atau boleh terus buat pembelian walaupun tak tukar duit?
B. L. Joseph says
Boleh terus buat pembelian, urusan kadar penukaran matawang dilakukan automatik dalam sistem.
Jyma says
Nak tanya , kalau nak transfer duit ke indonesia ,bole ker ?
B. L. Joseph says
Boleh…
Rin says
Hi. Kalau Kita book hotel online and guna big pay. Jika Kita batalkan booking. Berapa Lama big pay Akan refund suit kembali’?
atul says
hai tumpang tanya, macam mana nak tahu akaun nombor bigpay kita? boleh tak kita nak bankin duit dekat akaun bigpay kita secara manual (atm) . sekiranya kita tidak mempunya apa2 online bankin
emran bin abdullah says
tumpang tanya maksudnya untuk buat pembayaran/tranfer mesti ada duit yang berbaki dalam dalam bigpay
berapa lamakah kita akan dapat kad
Nordin says
Saya tidak daftar apa ya masalah? Tolong ajar cik