Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Daftar i-Akaun KWSP secara online melalui e-mel, untuk memudahkan sebarang pengurusan pengeluaran (i-Lestari).
Untuk memudahkan urusan pendaftaran i-Akaun, pihak KWSP telah memperkenal cara pendaftaran melalui email.
Anda tak perlu lagi datang ke pejabat KWSP terdekat untuk pendaftaran i-Akaun.
Perkara ini juga dijelaskan dalam bahagian FAQ i-Lestari.
Dengan i-Akaun urusan seperti pengeluaran i-Lestari dan lain-lain menjadi lebih mudah dan pantas.
Berikut merupakan cara pendaftaran i-Akaun melalui email:
1. Muat turun Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun
Borang Permohonan Pendaftaran Ahli i-Akaun boleh dimuat turun daripada sumber rasmi KWSP.
Sumber rasmi KWSP: Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun.
Jika trafik terlalu tinggi, mungkin proses loading untuk borang tersebut agak lambat sedikit.
Sebagai alternatif anda boleh akses borang yang sama melalui link berikut:
Pautan alternatif: Borang permohonan Pendaftaran i-Akaun
2. Isi Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun
Borang hendaklah ditaip.
Berikut merupakan syarat pengisian borang yang dinyatakan oleh KWSP.
Untuk mengisi borang tersebut dengan cara bertaip anda boleh gunakan perisian berikut:Adobe Acrobat Reader DC.
Siap isi simpan dan namakan borang anda tersebut menggunakan format berikut:
Contohnya:
3. Sediakan dokumen yang diperlukan
Sila ambil perhatian untuk bahagian dokumen:
- Hanya format fail jpg, png, gif dan pdf sahaja diterima
- Jumlah saiz keseluruhan dokumen mestilah tidak melebihi 3MB
Senarai dokumen yang diperlukan adalah:
#1. Salinan MyKad (depan & belakang)
Anda digalakkan untuk membuat garisan palang ‘UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA‘ pada bahagian penjuru atas kiri.
Simpan salinan MyKad tersebut dan namakan fail mengikut format berikut:
Contohnya:
#2. Selfie pemohon bersama MyKad
Untuk gambar selfie, MyKad perlu berada berdekatan dengan muka pemohon dan mestilah jelas.
Simpan dan namakan fail mengikut format berikut:
Contohnya:
#3. Dokumen bukti pemilikan no telefon yang hendak didaftarkan
Contohnya bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit.
Dokumen tersebut MESTILAH atas nama anda.
Simpan dan namakan fail mengikut format berikut:
(digalakkan untuk membuat garisan palang ‘UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA’)
#4. Salinan buku bank/akaun penyata
Salinan buku bank ataupun penyata akaun untuk akaun simpanan atau semasa.
Akaun mestilah milik pemohon.
Simpan dan namakan fail mengikut format berikut:
(digalakkan untuk membuat garisan palang ‘UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA’)
4. Hantar dokumen menggunakan e-mail
Sila ambil perhatian:
- Jangan gunakan email yahoo ([email protected]). Email jenis yahoo tidak dapat diproses kerana masalah teknikal.
Permohonan pendaftaran i-Akaun hendaklah dihantar ke alamat email berikut:
Pada bahagian tajuk/subjek email anda gunakan format berikut:
Contohnya:
Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad
Muat naik semua dokumen yang diperlukan tadi dan hantar email anda.
Sebarang komunikasi berkenaan status permohonan anda akan dimakluman daripada email yang sama.
Pihak KWSP akan menghantar status permohonan anda melalui email beralamat sama seperti diatas iaitu: [email protected].
Leave a Reply