Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Biar senang customer nak hubungi anda.
Setakat July 2020, statistik daripada statista menunjukkan bahawa Facebook masih lagi menjuarai carta sosial media paling popular:
Facebook masih merupakan platform terbaik untuk menjalankan bisnes online.
Jika anda guna Facebook berjual @ berbisnes, anda kena tahu cara untuk buat link Facebook untuk memanfaatkan sepenuhnya kelebihan ini.
Link Facebook memudahkan customer untuk terus menghubungi atau pm anda melalui messenger.
Dan jika digunakan dengan betul akan memberikan kelebihan pada anda.
Dalam post ini anda akan lihat:
- Cara buat link Facebook
- Dimana nak cari username facebook anda
- Bagaimana nak jadi kreatif dengan link facebook anda
Berikut merupakan cara mudah untuk buat link Facebook.
Cara buat link facebook
Anda boleh guna cara ini untuk Facebook peribadi ataupun Facebook Page bisnes anda.
Prosedur @ langkah ini adalah berdasarkan rujukan rasmi dari Facebook sendiri.
Pertama sekali gunakan struktur asas link berikut:
- m.me/
Kemudian tambahkan username facebook anda pada bahagian hujungnya.
Contohnya untuk facebook page bromoden ia akan menjadi:
- m.me/bromoden
Apabila link facebook anda di klik ia akan membawa customer ke bahagian paparan facebook seperti berikut:
Dimana nak cari username facebook anda?
Anda boleh dapat username daripada bahagian akhir url facebook anda:
Untuk facebook page anda boleh lihat username anda terpapar dibawah nama page anda:
*Jangan lupa buang simbol @.
Ataupun anda boleh lihat (atau buat username) dalam bahagian Edit Page Info bagi paparan desktop:
Bagaimana nak jadi kreatif dengan link facebook anda?
Ingat tak paparan yang ini?
Anda boleh menjadikan ia lebih menarik dengan mengubah cover photo dan juga bahagian ‘About’ agar pengunjung akan lebih tertarik untuk menekan butang ‘MESSAGE’.
Contohnya, anda nak promosikan kelas boxing.
Anda boleh ubah cover photo dan juga bahagian about tersebut. Contohnya seperti ini:
Apabila link facebook anda digunakan oleh pengunjung, paparan seperti berikut akan muncul:
Dan ini sedikit sebanyak akan lebih mempengaruhi pengunjung untuk menekan butang ‘MESSAGE’ tersebut.
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda ya!
Dan jangan lupa like Page Bromoden (masih sunyi dekat page tu..)
Leave a Reply