Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Cara apply kad kredit secara online dan senarai bank pilihan.
Anda kini boleh melakukan permohonan kad kredit secara online.
Mudah dan senang.
Jika anda bercadang untuk memiliki kad kredit anda kini boleh cuba untuk memohon dari rumah sahaja.
Tak perlu bersusah payah nak datang ke mana-mana bank.
(Terutama sekali diwaktu pandemik yang melanda ini).
Bahagian dalam post ini:
- Kenapa nak apply kad kredit?
- Bagaimana cara nak apply kad kredit Online?
- 18 Senarai bank pilihan untuk Kad Kredit
Teruskan membaca.
Promosi Istimewa: Apply Citi Credit Card dan miliki Samsung Galaxy Buds Pro bernilai RM799 atau TnG e-wallet kredit RM600. Sah dari 19-21 Mei sahaja. Apply sekarang!
1 Kenapa nak apply kad kredit?
Tak ada hutang nak buat hutang?
Tidak…
Sebenarnya kalau kad kredit ini diurus dan digunakan dengan baik ianya memberikan manfaat pada kita.
Contohnya kebaikan adalah seperti berikut:
- Anda boleh bina kredit score anda agar senang beli rumah, senang lulus loan…
- Transaksi cashless, mudah tak perlu bawa banyak cash dalam tangan
- Dapat free servis (bergantung dengan jenis kad kredit anda)
- Senang melakukan transaksi antarabangsa / luar negara
- Boleh dapat diskaun, VIP, Reward point dan juga cashback..
So, tidak semestinya memiliki kad kredit itu tidak baik untuk kewangan kita.
(Jika anda tak ragu-ragu pasal kad kredit ini, boleh cuba BigPay)
Berbalik kepada topik asal:
2 Bagaimana cara nak apply kad kredit Online?
Anda pernah dengan RinggitPlus?
RinggitPlus adalah syarikat terkenal dengan servisnya yang membolehkan kita membuat permohonan berkenaan dengan kewangan secara online.
Ini termasuk kad kredit, loan dan sebagainya.
Jangan bimbang RinggitPlus ini bukan scammer penipu yang mana nak kita bayar itu dan ini kemudian hilang bergitu sahaja.
Ia adalah trusted company yang mendapat kelulusan daripada Bank Negara berkenaan dengan hal ehwal kewangan.
Berikut merupakan cara untuk anda apply kad kredit anda secara online:
1. Lawati laman RinggitPlus
Gunakan link ini untuk kebahagian permohonannya: RinggitPlus Search, Compare & Apply.
Paparannya lebih kurang seperti berikut:
Sini anda boleh lihat butang-butang pilihan seperti kredit kad, personal loan dan sebagainya.
Klik pada butang kredit kad untuk melihat senarai kredit kad yang boleh anda pohon.
2. Buat pilihan kredit kad yang nak dipohon
Disini anda boleh lihat pelbagai kredit kad daripada pelbagai bank.
Termasuklah bank-bank popular seperti Bank Rakyat, Aeon, Bank Islam, Public Bank, Maybank, BSN dan CIMB.
Anda juga boleh pilih mengikut kategori tawaran kad tersebut seperti offer, no annual fee, cashback dan seterusnya.
Anda bolehlah belek satu-satu dan lihat mana yang bersesuaian dengan anda.
Jangan lupa lihat kebaikkannya, apa yang ditawarkan, syarat permohonan dan sebagainya.
Bila sudah buat pilihan anda boleh teruskan untuk apply.
3. Apply kad kredit pilihan
Contohnya saya nak apply kad kredit Citi Cash Back Mastercard:
Untuk apply klik pada butang ‘APPLY NOW’.
Kemudian akan keluar form seperti berikut:
Isikan nama, nombor telefon, tik ‘I Agree’ dan klik pada butang ‘CONTINUE’.
Selanjutnya pihak RinggitPlus akan menghubungi anda untuk prosedur selanjutnya.
Mereka akan guide anda sehinggalah proses selesai.
Mudah bukan?
Seterusnya untuk rujukan anda:
3 18 Senarai bank pilihan untuk Kad Kredit
Berikut merupakan senarai bank yang menyediakan servis Kad Kredit.
Anda boleh klik setiap link yang diberikan untuk lihat kad kredit yang ditawarkan oleh setiap bank.
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM5,000 sebulan
- 13 Jenis pilihan Kad Kredit
2. Kad kredit Affin Bank | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM6,666 sebulan
- 10 Jenis pilihan Kad Kredit
3. Kad kredit Affin Islamic Bank | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM6,666.67 sebulan
- 5 Jenis pilihan Kad Kredit
4. Kad kredit AmBank | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM10,000 sebulan
- 11 Jenis pilihan Kad Kredit
5. Kad kredit BSN | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM5,000 sebulan
- 19 Jenis pilihan Kad Kredit
6. Kad kredit Bank Islam | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM8,333 sebulan
- 8 Jenis pilihan Kad Kredit
7. Kad kredit Bank Rakyat | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM5,000 sebulan
- 5 Jenis pilihan Kad Kredit
8. Kad kredit CIMB | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM20,000 sebulan
- 14 Jenis pilihan Kad Kredit
9. Kad kredit Citibank | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM16,000 sebulan
- 11 Jenis pilihan Kad Kredit
10. Kad kredit HSBC | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM3,000 – keatas sebulan
- 7 Jenis pilihan Kad Kredit
11. Kad kredit Hong Leong Bank | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM20,833 sebulan
- 17 Jenis pilihan Kad Kredit
12. Kad kredit ICBC | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM8,333 sebulan
- 6 Jenis pilihan Kad Kredit
13. Kad kredit Maybank | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM8,333 sebulan
- 25 Jenis pilihan Kad Kredit
14. Kad kredit OCBC | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM3,000 – RM8,333 sebulan
- 7 Jenis pilihan Kad Kredit
15. Kad kredit Public Bank | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM8,333 sebulan
- 19 Jenis pilihan Kad Kredit
16. Kad kredit RHB | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM12,500 sebulan
- 16 Jenis pilihan Kad Kredit
17. Kad kredit Standard Chartered | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM7,500 sebulan
- 6 Jenis pilihan Kad Kredit
18. Kad kredit UOB | Lihat Pilihan
- Kelayakan gaji: RM2,000 – RM10,000 sebulan
- 10 Jenis pilihan Kad Kredit
Dengan adanya kemudahan ini, kita tidak perlu susah-susah nak ke Bank mana kad yang nak diapply.
Gunalah kemudahan yang ada.
(Dan suda tentunya dengan berhati-hati sentiasa).
Kongsikan jika post ini bermanfaat pada anda.
Leave a Reply