Bromoden mengajak anda mencuba Online Shoping TEMU! Murah dan penghantaran percuma. Untuk pengguna baru, Guna RM500 Coupon Bundle ini: https://temu.to/m/uqbgefrbv72. Atau, guna 30% OFF code: acs987364
Boleh tak kita letak nama kita dalam link WhatsApp?
Bagaimanakah cara untuk membuat link whatsapp dengan nama sendiri?
Jika anda menggunakan WhatsApp Business, link WhatsApp dengan nama anda (atau nama bisnes) sudah tersedia.
Anda hanya perlu ke bahagian Setting > Business Tools > Short link.
Tapi jika anda menggunakan aplikasi WhatsApp biasa, setting tersebut tidak ada.
Kita kena buat sendiri.
Panduan rasmi yang diberikan oleh WhatsApp hanya boleh menggunakan nombor kita dalam link.
Contohnya: https://wa.me/60123456789
Nama tidak boleh digunakan.
TETAPI, ada caranya.
Dan salah satu adalah dengan menggunakan bitly.
Ikuti panduan cara buat link whatsapp nama sendiri ini:
1. Buat link WhatsApp anda
Pertama, anda kena buat link WhatsApp dahulu.
(Kalau nak cepat gunakan gunakan aplikasi pembuat link whatsapp)
Gunakan struktur link rasmi dari pihak WhatsApp ini:
https://wa.me/6
Kemudian letak nombor whatsapp anda dekat hujung struktur link tersebut.
Contohnya nombor anda 0123456789, maka link tersebut menjadi:
https://wa.me/60123456789
Link anda siap, simpan dan kita ke langkah seterusnya.
2. Daftar akaun dengan bitly.com
Untuk daftar dan guna percuma sahaja.
(Kecualilah anda mahu mengambil pakej berbayarnya)
Pergi ke lamanya: https://bitly.com
Klik pada butang ‘Sign up’ untuk buka akaun:
Bila paparan pakej muncul, skrol sedikit ke bawah dan cari ‘Sign up for free‘.
Selepas itu anda kena masukkan sedikit maklumat seperti berikut:
Isikan nama, alamat email dan password pilihan anda dan seterusnya klik pada butang ‘Sign up with Email’.
Seterusnya pilihan berikut akan muncul:
Pilih ‘Personal’.
Dan langkah seterusnya anda boleh pilih untuk isi atau skip.
(Skip sahaja jika nak cepat)
Dan anda akan dibawah masuk ke dashboard anda.
2. Buat dan customize link WhatsApp anda
Berikut merupakan paparan yang anda akan nampak:
(Dekat atas tu ada notifikasi untuk verify email, jangan lupa untuk masuk ke email anda dan lakukan verification nanti)
Jika anda lihat, terdapat 2 butang berwarna oren: ‘CREATE’ dan ‘CREATE YOUR FIRST LINK’
Mana-mana pun boleh guna.
Klik pada butang ‘CREATE YOUR FIRST LINK’.
Akan keluar dekat tepi kanan paparan seperti ini:
Masukkan link whatsapp yang anda baut dalam langkah 1 tadi ke dalam ruangan ‘PASTE LONG URL’ dan klik create.
Link pendek anda akan keluar:
Seterusnya anda boleh ubah bahagian hujung link tersebut dan letakkan nama pilihan anda.
Klik ‘Save’ dan link anda siap!
Anda kini berjaya mengetahui cara buat link whatsapp nama dengan sendiri.
Dalam contoh ini link WhatsApp contoh yang dibuat adalah: bit.ly/MohdMat
Anda boleh cuba link tersebut sama ada berfungsi ataupun tidak.
Boleh letak dalam media sosial anda facebook, ig dan sebagainya.
Mudah bukan?
Lagi satu yang baiknya dengan bitly ini, selain percuma dan boleh ubah linknya adalah anda boleh lihat pecahan analisis seperti berapa banyak klik, dari kawasan mana datangnya klik tersebut dan sebagainya.
Kongsikan post ini untuk kebaikkan bersama ya!
Dan jangan lupa like page bromoden, sunyi page bromoden…
Leave a Reply